Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, February 2, 2013

PROSIDAR (Program Sifar Dadah Sekolah Rendah)


MEMO

 KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG”                                          Tarikh:  2 Februari 2013

Kepada:
Semua Guru Pendidikan Jasmani & Kesihatan  Tahap 1, dan
Semua Guru Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Tahap 2

Tuan,

PELAKSANAAN  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROSIDAR

Merujuk perkara di atas, semua guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tahap 1 dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) Tahap 2 dikehendaki menjalankan pengajaran dan pembelajaran untuk PROSIDAR (Program Sifar Dadah Sekolah Rendah) dalam kelas masing-masing sebagaimana yang sepatutnya.

2.         Waktu pengajaran dan pembelajaran  PROSIDAR ialah selama 60 minit dalam satu bulan untuk kedua-dua tahap sama ada berturut-turut dalam dua masa atau diasingkan satu masa yang dijalankan dua kali dalam sebulan. Guru-guru terbabit boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran di bilik sumber PPDa atau di kelas masing-masing.

3.         Modul/Kit  PROSIDAR Tahap 1 dan 2 boleh dimuat turun dengan melayari ruangan PAUTAN dalam blog ppdasktd ini.


Segala perhatian dan kerjasama didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.


’Saya Yang Menurut Perintah’

Guru Penyelaras PPDa
Sek. Keb. Tasek Dermawan, Ipoh.

No comments:

There was an error in this gadget

Universal Converter