Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, February 7, 2013

Info 5 Minit Anti Dadah Siri 1/2013

Info 5 Minit Anti Dadah untuk tahun 2013 telah pun bermula hari ini. Seperti tahun-tahun yang lalu, Pengawas PPDa telah ditugaskan untuk membaca info. Pengawas PPDa yang membaca info akan bersedia mengikut topik dan jadual yang telah disusun untuk mereka. Tajuk Info 5 Minit hari ini ialah Apa Itu Dadah?. Info dibacakan oleh Pengawas PPDa, Anis Zulaikha bt Abd. Rashid, Tahun 6 Intan.


Apa itu dadah?
           
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, emosi, mental dan tingkahlaku pengguna apabila digunakan.
            Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja dan dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin.
Contohnya penagih akan sanggup mengemis, melacur diri, merompak, menyamun bahkan membunuh asalkan mereka mendapat perolehan bagi membeli dadah. Ini membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut terhadap diri sendiri  dan juga orang lain.
Dadah yang dikenali umum terdiri daripada ganja, heroin, morfin, syabu dan ganja. Namun hakikatnya, dadah turut merangkumi tembakau dan rokok, arak serta ubat-ubatan yang diambil berlebihan.




Anis Zulaika bt Abd.Rashid sedang membaca Info 5 Minit Anti Dadah




No comments:

There was an error in this gadget

Universal Converter