Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, June 17, 2009

Sekolahku Gemilang-Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri

Assalamualaikum wbr dan Salam Sejahtera,

SKTD sekali lagi menempa nama kerana telah menjadi Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak 2009. Ini merupakan kemenangan dua tahun berturut-turut mewakili Negeri Perak ke peringkat kebangsaan.

Slogan "SKTD...Cemerlang" bergema di angkasa atas kemenangan ini. Warga SKTD, terutamanya barisan guru telah berusaha bersama-sama bagi mencapai kejayaan ini. Ucapan tahniah buat semua terutamanya, Pn. Hjh. Kamariah, Guru Besar SK Tasek Dermawan yang banyak menyumbang untuk kejayaan ini. Begitu juga Puan Norhuda yang turut berusaha bersama guru lain bagi mencapai impian bersama.

Pada 18 Jun 2009, satu mesyuarat anjuran PPDa JPN, Perak yang dipengerusikan oleh En. Hazawari bersama-sama dengan pegawai-pegawai lain dari JPN dan pejabat-pejabat pelajaran daerah serta sekolah-sekolah yang akan mewakili Perak bagi pelbagai kategori di peringkat kebangsaan telah di adakan di sini. Tujuan mesyuarat itu adalah untuk menyelaraskan beberapa perkara untuk persediaan pertandingan itu nanti. Tambahan pula, satu penghormatan memilih SK Tasek Dermawan sebagai tuan rumah mesyuarat ini.

Selain itu, mereka juga mengambil kesempatan melawat Bilik Sumber PPDa SKTD untuk melihat sendiri situasi di situ. Pelbagai pendapat dan ulasan diberi di sebalik kekaguman melawat Bilik PPDa SKTD.



Sejurus itu, pihak sekolah, khususnya Jawatankuasa Kerja PPDa SKTD telah merangka beberapa strategi untuk memastikan kemenangan yang gemilang bagi tahun ini. Keterlibatan semua warga SKTD amat penting bagi menggapai impian di peringkat kebangsaan pula. Tidak boleh dengan cara lain bagi merebut tempat yang teratas.



Sokongan telah ditunjukkan oleh pelbagai pihak luar terutamanya, pihak PPDa JPN Perak dan PPD Kinta utara dalam membantu pihak sekolah. Syabas buat semua!


No comments: