Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, June 27, 2009

HARI TERBUKA BILIK PPDa


Pada 26 Jun 2009, bersempena Hari Bicara Akademik, ibu bapa telah hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan. Di samping itu, ibu bapa telah dijemput melawat ke Bilik Sumber PPDa untuk melihat sendiri pameran serta kemudahan yang disediakan dan juga mendapatkan maklumat tentang bahaya dadah.

Hari Terbuka Bilik Sumber PPDa bertujuan untuk menyampaikan pelbagai info dalam pencegahan dadah bagi mencapai Negara Bebas Dadah 2012. Ibu bapa turut berkongsi pandangan dan pengalaman sempena lawatan mereka ke bilik ini. Pendedahan ini turut dikongsi bersama dengan anak-anak mereka.



Ibu bapa mendapat info daripada guru-guru yang berada di bilik tersebut. Anak-anak mereka turut menerangkan kepada ibu bapa mereka setiap destinasi dalam Bilik Sumber PPDa yang dilawati. Terdapat kira-kira 70 (direkodkan 49 orang) orang ibu bapa yang meluangkan masa selepas atau sementara menunggu mengambil kad laporan anak-anak mereka.Disini diucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kelas, AJK PIBG dan pihak pengurusan sekolah bagi menjayakan program ini. Begitu juga, istimewa untuk Cikgu Megat Azizan Bin Megat Ibrahim yang paling banyak membantu memberikan penerangan kepada para pengunjung.


TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA. SILA DATANG KEMBALI.


No comments: