Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Sunday, October 11, 2009

BULAN BAHASA KEBANGSAAN



Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah telah dilancarkan oleh Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohammad pada 5 Oktober 2009, Hari Isnin. Pelbagai program dan aktiviti dirancang bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2009.



Majlis perasmian tersebut diserikan dengan pantun, deklamasikan sajak oleh murid berbilang kaum dan teristimewa, daripada Pn. Noraziah Bt. Jaapar. Tujuan utama diadakan aktiviti tersebut adalah untuk mendedahkan tentang kepentingan menguasai Bahasa Melayu(BM) dengan baik selaras dengan status sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sebagai warganegara Malaysia, penguasaan BM mrupakan salah satu bukti penting menunjukkan semangat patriotik dan tanda kesetiaan kepada Malaysia. Bukan hanya sebagai subjek pelajaran yang perlu lulus semata-mata atau memenuhi syarat untuk bekerja dengan kerajaan sahaja. Ditambahi dengan Malaysia, sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum.



Oleh itu, BM merupakan alat perpaduan yang tidak boleh disangkalkan lagi. Ia juga selari dengan seruan kerajaan masa kini iaitu Satu Malaysia, Rakyat diDahulukankan, Pencapaian Diutamakan. Sekolah juga menyeru kepada Murid diDahulukankan, Pencapaian diUtamakan. Tema Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 SKTD ialah, Bahasa Jiwa Bangsa.


No comments: