Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, November 14, 2009

HARI KANAK-KANAK DAN KONVOKESYEN PRA SEKOLAH 2009




 Bertarikh 12 November 2009, hari Khamis, SKTD menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak di Dewan Terbuka SKTD. Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pn. Hjh. Maimoon Bt. Mat Akil, Pengarah Urusan Berani Guard Sdn. Bhd., Subang Jaya, Selangor DE.




Program ini melibatkan pelbagai acara yang mengkhususkan penghargaan kepada kanak-kanak di SKTD. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi denan Naynyian lagu rasmi, diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Ikhmal. Seterusnya, ucapan daripada Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD, ucapan Tuan Hj. Ahmad Sutan, Yang Dipertua PIBG dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh perasmi.




Aktiviti diteruskan dengan persembahan Nasyid, Persembahan Tahun 1 dan 2 dan Majlis Graduasi Pra Sekolah yang disampaikan oleh Tuan Hj. Ahmad Sutan, Yang Dipertua PIBG. Majlis berhenti rehat, murid-murid SKTD diberikan makanan dan minuman percuma.




Majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid pra sekolah dan Tahun 3. Seterusnya, penyampaian Anugerah Keceriaan Kelas 2009 dimenangi oleh Tahun 2B dan 4B. Diikuti Penganugerahan Kehadiran Penuh 2009 dimenangi oleh:
1. Mohd Haizat b. Nizam, 6Z.
2. Mohd Esyraq Faiq B. Mohd. Radzi, 6Z.
3. Mohd. Fairuz B. Mohd. Radzi, 5D.
4. Nursohijjah Bt. Madzlan, 5D.
5. Siti Naziha Bt. Nizam, 5D.
6. Siti Aisyah Bt. Mohd. Amir, 5I.
7. Aqil Hakimi B. Shamsu Kamal, 4B.

8. Nor Shauqina Adhwa Bt. Nur Azlan, 3B.
9. Mohd. Farhan B. Mohd. Khalid, 2D.
10. Mohd. Fairuz Aiman B. Mohd. Zaini, 2I dan,
11. Trisheera a/p Sivanesan, 1I.



Seterusnya penyampaian Anugerah Murid Cemerlang seramai 45 orang murid dari Tahun 1-6. Majlis diteruskan dengan persembahan murid dari Tahun 4 dan 5. Diikuti dengan penyampaian Anugerah Murid Sahsiah Terbaik seramai 23 orang yang terdiri seorang murid bagi setiap kelas dari Tahun 1-6. 

Manakala, bagi Anugerah Murid Idola ialah Adik Faturrahman B. Ghazali, 6B dan Adik Nurin Najihah Bt. Mohd. Khalid, 6D. 
Kesemua anugerah itu disampaikan oleh Pn. Hjh. Maimoon Bt. Mat Akil dan Tuan Hj. Ahmad SutanMajlis diakhiri dengan persembahan drama oleh Murid-murid Tahun 6. 
Program berakhir pada pukul 12.15 tengah hari. Tetamu jemputan telah dibawa menjamu selera, diikuti dengan melawat sekitar sekolah, antaranya Bilik Sumber PPDa.




No comments: