Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, November 23, 2009

UPSR 2009- BUAT SEHABIS BAIK!

Tanggal 19 November 2009, hari Khamis merupakan detik bersejarah bagi murid-murid Tahun 6 sesi 2009. Keputusan Peperiksaan UPSR 2009 telah diumumkan dalam satu majlis khas di Dewan Sri Dermawan. Turut hadir, para ibu bapa murid Tahun 6, yang telah

  menunggu sejak awal pagi lagi.



Sebelum itu, sesi taklimat yang disampaikan oleh beberapa orang guru, termasuk Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD. Kata-kata perangsang diberikan kepada murid Tahun 6, untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh di peringkat menengah. Antara murid yang berjaya mendapat 5A iaitu, Aizat Ibtisyam dan Jonathan. Mereka berdua merupakan Setiausaha, dan Penolong Setiausaha Pengawas Bilik Sumber PPDa. Tahniah untuk mereka berdua.




Tahniah buat yang berjaya mendapat 5A dan 4A. Begitu juga warga guru Tahun 6 yang telah berusaha memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid untuk berjaya. Bagi yang kurang berjaya, banyak lagi peluang untuk mencipta kejayaan di peringkat sekolah menengah nanti. Jadikannya satu pedoman untuk mencipta kegemilangan. Bak kata pepatah "Yang baik jadikan teladan, Yang tidak elok jadikan sempadan".

No comments: