Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, November 4, 2009

PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK ADIK JAGDIS


Pada 3 November 2009, pada perhimpunan rasmi hari Isnin, telah diadakan satu majlis penyampaian penghargaan kepada Adik Jagdis Singh Sidhu a/l Kalwant Singh, Pengawas PPDa.

Adik Jagdis telah berjaya mewakil Perak ke Johor untuk mengikuti Majlis Alumni Sahabat PPDa-Petronas dan Anugerah Pengurusan Bilik Sumber Dan Sudut/Lorong Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2009 yang berlangsung pada 20 Oktober 2009 di Hotel Tropical Inn, Johor Baharu, Johor Darul Takzim.


Adik Jagdis telah menerima surat penghargaan serta plak Alumni Sahabat PPDa-Petronas yang disampaikan oleh En. Shamshulbahri Bin Ghazali, PK. Pentadbiran. Ini merupakan satu kejayaan bagi sekolah khasnya, Unit PPDa SKTD. Seterusnya, Adik Jagdis diminta untuk menceritakan tentang aktiviti yang dijalankan di sana. Adik Jagdis juga merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah, pihak PPD dan JPN Perak yang memberikan peluang sebegini. Tepukan gemuruh diterima sebaik selesai menceritakan tentang aktiviti yang telah dijalankan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Jagdis.




Semua ini diharapkan akan menjadi perangsang kepada warga SKTD untuk mencipta kejayaan, menabur bakti membantu guru dan mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan.

No comments: