Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, November 23, 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2009


SKTD sekali lagi mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2009(MAC) pada 18 November 2009, hari Rabu bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.20 tengah hari. MAC dirasmikan oleh En. Ahmad Bashir B Hj. Abd. Rahim, Pen. Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta Batu Gajah. Perasmi juga
merupakan bekas anak murid Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD.

Ramai ibu bapa turut hadir menyaksikan anak-anak mereka menerima hadiah penghargaan atas kejayaan yang dicapai pada tahun ini. Antara anugerah yang disampaikan ialah:

1. Anugerah 5A UPSR 2008, 24 orang murid.
2. Anugerah Akademik Cemerlang, 20 orang.
3. Anugerah Akademik Terbaik, 18 orang.
4. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik, 47 orang.
5. Sijil Penghargaan kepada Pemimpin Sekolah (Pengawas Sekolah, PPDa,  Pusat Sumber, SPBT, Ketua serta Penolong Ketua Kelas)

MAC juga memberikan Anugerah Khas Sri Dermawan bagi kategori berikut:
1. Ibu Bapa Perihatin.
2. Guru Kehadiran Penuh.
3. Buku Rekod Cemerlang.
4. Guru Prihatin (Lelaki dan Perempuan).
5. Guru Idola.
6. Anugerah Tokoh Pengawas.
7. Anugerah Tokoh Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
8. Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum.
9. Anugerah Tokoh Murid Sri Dermawan.

Diharapkan ia akan menjadi perangsang kepada warga SKTD untuk terus mencipta kejayaan.


                                                                                    


No comments:

There was an error in this gadget

Universal Converter