Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, May 17, 2010

:) SELAMAT HARI GURU 2010: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

   Terlebih dahulu diucapkan kepada semua warga guru dan guru yang bersara, SELAMAT HARI GURU UNTUKMU. Tema pada tahun ini ialah "Guru PembinaNegara Bangsa". SKTD telah menyambutnya dengan sederhana tetapi meriah. Antara program yang dijalankan ialah; Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, yang turut diserikan dengan kehadiran Dr.Roslan Bin Hussain, Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, JPN Perak,yang menyampaikan perutusan Menteri Pelajaran dan Pn Norhayati Bt. Adam, selaku wakil PIBG.


   Aturcara dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu rasmi. Seterusnya, ucapan guru bertugas, Pn. Norzaihan, yang menyentuh tentang kepentingan sikap bertanggungjawab. Adik Amelia, 6Z menyampaikan ucapan mewakili murid dan selpas itu ucapan oleh Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Bonda Guru Besar SKTD.

   Majlis diteruskan dengan pembacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran oleh Cikgu Shamshul Bahri Bin Ghazali, PK Pentadbiran dan pembacaan perutusan oleh tetamu jemputan sekolah. Kemudian, diikuti bacaan Ikrar Guru yang diketuai oleh Cikgu Basri Bin Abdullah dan nyanyian lagu "Guru Malaysia" oleh barisan guru dengan konduktor, Cikgu Kahurul Rizal Bin Md Kassim. Acara memotong kek dan pemberian hadiah oleh murid-murid SKTD kepada guru-guru yang dikasihi sebagai acara terakhir perhimpuna pagi.

   Sambutan Hari Guru dimeriahkan lagi dengan perlawanan futsal dan bola jaring, campuran guru dan murid. Setelah waktu rehat diadakan acara persembahan guru dan murid daripada pelbagai tahun. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian solo oleh Bonda Guru Besar dengan lagu "Aduhai Sayang". Seterusnya acara menukar hadiah di kalangan guru dan berakhir dengan Jamuan Hari Guru.





gAYA CIKGU-cikgi....
Esok pula, PELANCARAN MINGGU PPDa 2010 BERMULA 18 MEI 2010 SEHINGGA 24 MEI 2010.

No comments: