Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, May 29, 2010

SOROTAN MINGGU PPDa DAN KESIHATAN 2010

   Minggu PPDa dan Kesihatan 2010 bermula 18 Mei sehingga 24 Mei 2010 telah dijalankan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena minggu tersebut. Antaranya Majlis pelancaran telah dijalankan oleh Cikgu Shamshul Bahri Bin Ghazali, PK Pentadbiran pada 18 Mei 2010.
 Selain itu, aktiviti Info 5 Minit, 'Cakap Apa Saja' di Sudut Ucapan Awam yang terletak di kantin sekolah yang dijalankan sepanjang Minggu PPDa dan Kesihatan dan, senamrobik yang dijalankan pada 20 Mei, hari Khamis diketuai oleh Cikgu Najah dan Cikgu Izza. Tidak lupa juga promosi yang dijalankan secara berkesan oleh Cikgu Mat Zainal yang mewar-warkan bukan sahaja kepada seluruh warga SKTD. Malah, hingga mempromosikannya di laman web PPD Kinta(U) dan sebagainya. Beberapa pertandingan telah diadakan antaranya ialah, Pertandingan Sudut PPDa Tahap 1 telah dimenangi oleh 2 Zamrud, guru kelasnya iaitu, Pn Fadzilah Bt. Awang dan bagi Tahap 2 dimenangi oleh 5 Zamrud, guru kelasnya iaitu Pn. Aisah Bt. Mohamed. Pengumuman para pemenang dilakukan oleh Ustaz Kamal Ismady, Ketua Juri Pertandingan Sudut PPDa dengan ulasan berkaitan pemarkahan sudut PPDa kelas.

Kuiz PPDa dimenangi oleh:
1. Balgis Safiyyah Bt. Kamarul Haizat, 3 Intan.
2. Nur Aina Shafiqah, 3 Intan.
3. Aqeel B. Muhamad Nazri, 3 Zamrud.
4. Kalha B. Kahar, 4 Delima.
5. Muhd. Azzubair B. Baharudin, 4 Delima.
6. Mohd. Uzayr B. Mohd. Shukri, 4 Zamrud.
7. Ahmad Fitri B. Mohd. Radzi, 5 Delima.
8. Fatin Farhanah, 5 Intan.
9. Nurul Adlah Bt. Ahmad Faiz, 5 Berlian dan
10. Muhd. Adib B. Jasnita, 5 Delima.

Manakala bagi Pertandingan 'Tunjuk Bakat Anda" yang dijalankan pada 19 Mei 2010, hari Rabu, bermula 3.30 petang sehingga 5.00 petang, waktu GERKO telah dimenangi oleh:

1. Kumpulan Aidil (7 orang).
2. Kumpulan Najwa (2 orang)
3. Kumpulan Irfan Affendi (3 orang)


Penyampaian hadiah telah dijalankan pada 24 Mei 2010, hari Isnin. Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD telah menyampaikan hadiah kepada semua para pemenang.

Penghargaan diucapkan kepada jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakannya. Antaranya, Cikgu Normah selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Minggu PPDa, Cikgu Norhuda, Setiausaha Minggu PPDa dan AJK lain. Tahniah dan syabas diucapkan.

No comments: