Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, February 8, 2012

Info 5 Minit - 8 Februari 2012 - Tajuk = Apa Itu Dadah?; Dadah dan Ciri-cirinya

Disampaikan oleh: Sathees A/L Balachandru


Apa itu dadah?
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, emosi, mental dan tingkahlaku pengguna apabila digunakan.

Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja dan dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin.

Contohnya penagih akan sanggup mengemis, melacur diri, merompak, menyamun bahkan membunuh asalkan mereka mendapat perolehan bagi membeli dadah. Ini membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut terhadap diri sendiri dan juga orang lain.

Dadah yang dikenali umum terdiri daripada ganja, heroin, morfin, syabu dan ganja. Namun hakikatnya, dadah turut merangkumi tembakau dan rokok, arak serta ubat-ubatan yang diambil berlebihan.

Dadah dan ciri-cirinya.

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf otak dan saraf tunjang.

2. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.

3. Diperoleh secara haram.

4. Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah.

5. Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Oleh itu, pastikan diri anda tidak terlibat dengan dadah. Jika anda terlibat, bererti, anda akan menderita sepanjang hayat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soalan Kuiz Terkumpul 1



Soalan Tahap 2:
1.   Namakan sembilan jenis dadah yang biasa dikenali umum.
2.   Nyatakan satu ciri-ciri dadah sebagai bahan kimia psikoaktif.


Soalan Tahap 1:
1.   Nyatakan alamat penuh laman blog PPDa SKTD.
2.   Nyatakan nama Guru PPDa SKTD 2012.

1 comment:

Anonymous said...

net avto [url=http://www.varcevanje.info]rentno varcevanje izracun[/url]

There was an error in this gadget

Universal Converter