Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, February 6, 2012

Pakaian Seragam Pengawas PPDa SKTD 2012

Mulai tahun 2012, PPDa SKTD telah menetapkan pakaian seragam PPDa yang baharu. Bagi Pengawas PPDa lelaki, pakaian seragam yang telah ditetapkan secara rasmi ialah kemeja putih lengan panjang, seluar panjang merah hati/maroon, vest merah hati/maroon, teli leher merah hati/maroon dan kasut hitam

Bagi Pengawas PPDa perempuan pula, (muslim) = baju kurung putih, kain merah hati/maroon, tudung merah hati/ maroon, vest merah hati/maroon  dan kasut hitam.  (non muslim) = kemeja putih lengan panjang, kain merah hati/maroon potongan 'A-line', kasut hitam dan vest merah hati/maroon. Murid perempuan muslim atau tidak,  bebas memakai pilihan pakaian seragam baju kurung atau berkemeja dengan kain 'A-line', akan tetapi mereka wajib memakai vest semasa menggunakan mana-mana jenis pakaian seragam.

Kesemua pakaian seragam boleh dibeli di kedai-kedai berhampiran tempat tinggal masing-masing. Lencana sekolah boleh dilekatkan pada kemeja atau tudung mengikut jenis pakaian seragam yang dipilih. Lencana sekolah diwajibkan untuk ditampal pada vest dan tali leher masing-masing. Lencana untuk dijahit boleh dibeli di kedai buku sekolah SKTD.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Guru PPDa SKTD di talian sekolah.

Contoh Pakaian Seragam  Pengawas PPDa Lelaki

Pakaian seragam PPDa perempuan (baju kurung)




No comments: