Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, February 13, 2012

Lorong Keinsafan

Lorong Keinsafan ialah satu lorong baharu yang diwujudkan di luar bilik sumber PPDa. Asalnya satu lorong PPDa ingin diwujudkan di SKTD. Akan tetapi kekangan kawasan yang sesuai membuatkan pihak PPDa telah mengambil anisiatif mewujudkan Lorong Keinsafan di luar bilik sumber PPDa sahaja.





Tujuan lorong ini diwujudkan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya gejala-gejala sosial yang berada di sekeliling mereka. Antara bahan yang diletakkan di sini ialah replika kubur yang diberi sedikit 'rupa' baharu dan mutiara-mutiara kata yang ditampal di dinding.

Semua warga SKTD dialu-alukan untuk memberi idea atau bahan untuk memeriahkan lagi kewujudan lorong ini. Biarkan sedikit dan kecil , semoga kesannya BESAR kepada warga SKTD hendaknya...

No comments: