Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, February 7, 2012

Makluman Info 5 Minit Anti Dadah 2012

Mulai 8 Februari PPDa SKTD akan menggerakkan semula aktiviti Info 5 Minit Anti Dadah untuk  tahun 2012. Pengawas PPDa telah pun ditugaskan mengikut giliran yang ditetapkan oleh Guru PPDa untuk menyampaikan info ini. Kesemua info akan disediakan oleh Guru PPDa.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menyampaikan maklumat ringkas apa saja perkara berkaitan dadah dan penyalahgunaannya. Para pengawas PPDa  ditugaskan untuk menyampaikannya dengan panduan Guru PPDa dengan tujuan untuk menanam sikap kepimpinan dan yakin diri untuk persediaan masa hadapan.

Soalan kuiz terkumpul akan diadakan setiap kali selesai penyampaian info. Murid-murid SKTD boleh mendapatkan info yang lengkap dengan melayari blog ini bersama-sama dengan soalan kuiz terkumpul mengikut tahap masing-masing. Jawapan lengkap hendaklah  dikumpulkan dan dihantar kepada Guru PPDa mengikut tarikh yang akan diberitahu kelak.

Jadi, jangan ketinggalan...rebut peluang menjadi rakan PPDa yang berinformasi!!.

No comments: