SMK Raja Permaisuri Bainun dengan kerjasama PEMADAM Negeri Perak telah menganjurkan
Karnival PPDa Bainun bersama PEMADAM 2017 pada 23 hingga 25 Mei 2017.'Program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang bahayanya dadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat serta membina ketahanan dan jati diri untuk melahirkan persekitaran bebas dadah yang berfokuskan 'Pelajar Bebas Dadah'.
SK Tasek Dermawan telah dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna dan senamrobik yang diadakan semasa karnival berlangsung. 4 orang murid tahun 5 telah menyertai pertandingan mewarna tersebut .Therishiikarathi a/p Sathia Bala murid tahun 5 Zamrud telah memenangi tempat kedua. ;)
Selain memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai pertandingan mewarna, murid-murid juga berpeluang untuk membuat lawatan di Bilik Sumber PPDa SMK Raja Permaisuri Bainun dan juga melawat booth pameran Pemadam, AADK, dan sebagainya.
Murid meyertai pertandingan mewarna poster antidadah
Theriishikarathi memenangi tempat kedua kategori Sekolah Rendah.