Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, August 31, 2011

Merdeka!!!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54.
Semoga kita dapat menyuburkan erti perpaduan, kemajuan dan kejayaan tanah air kita.
Juga dapat memerdekakan diri daripada gejala-gejala yang tidak menyihatkan kita dan orang lain. Merdekakanlah diri kita daripada persekitaran yang kotor dan berbau asap rokok.
Jadikanlah usaha murni dalam bulan Ramadan yang lalu sebagai titik tolak untuk menjadikan kita hari ini lebih baik daripada kita yang semalam.





Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari raya Aidilfitri

Kami di PPDa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H / 2011 kepada semua pembaca blog SKTD Sihat Kuat Tanpa Dadah.

” Walau langkah tak bertemu,
tangan tak berjabat,
ucap tak terdengar,
mata tak bertatap,
tapi izinkan hati memohon maaf,
zahir dan batin…
salam Aidilfitri.”

Friday, August 26, 2011

Majlis di Ambang Syawal

Pagi yang indah untuk warga SKTD, khususnya untuk murid-murid apabila Majlis di Ambang Syawal berlangsung pada Jumaat 26 Ogos. Hati berbunga-bunga, jiwa rasa bahagia sementelah sebulan berpuasa, kini mereka dirai di ambang Syawal. Majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka SKTD melibatkan ucapan wakil murid, wakil guru dan ucapan guru besar, penyampaian hadiah Program Ihya Ramadan dan persembahan nyanyian lagu hari raya oleh anak-anak Tahun Empat dan kumpulan Koir SKTD. Guru-guru juga tidak ketinggalan berasa seronok meraikan kemenangan menjalani ibadah puasa.

Walaupun begitu, selepas bacaan yassin yang memulakan hari yang indah ini, tazkirah oleh Ustaz Dzulkifli, telah mengingatkan murid-murid agar menjaga ibadah puasa yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, bangun solat sunat semasa cuti terutama Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR, tidak meninggalkan solat semasa bercuti nanti dan menjaga akhlak sepanjang merayakan hari yang mulia Aidilfitri. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman antara guru-guru dan murid-murid SKTD. Bagi anak-anak yatim dan yang memerlukan, wang raya dihulurkan dek guru-guru SKTD yang amat prihatin dan penyayang. Cerialah mereka, meriahlah suasana...........

Thursday, August 25, 2011

Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon-calon UPSR SKTD 2011

  • Majlis bermula 6.30 petang
  • Bacaan Yassin
  • Solat Maghrib
  • Majlis berbuka puasa 
  • Solat Hajat
  • Tazkirah
  •  Solat Isya'
  • Solat Tarawih

Wednesday, August 24, 2011

Hiasan Kelas Sempena Kemerdekaan di SKTD

Sempena Hari Kebangsaan yang bakal menjelang tak berapa hari sahaja lagi, warga SKTD bertungkus-lumus menghias kelas masing-masing dengan bendera dan hiasan-hiasan berkaitan kemerdekaan. Semangat cinta akan negara bersemarak dalam jiwa warga SKTD kini. Lihatlah kelas-kelas yang berlumba-lumba memeriahkan  Hari Kebangsaan, hingga tak terasa letihnya berpuasa, anak-anak didik ini sibuk melibatkan diri untuk sama-sama menghayati hari bersejarah negara kita. SKTD Cemerlang!

Tuesday, August 23, 2011

Menangani Gejala Sosial

Ceramah Menangani Gejala Sosial anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTD:
  • 23 Ogos 2011
  • di Dewan Seri Dermawan SKTD
  • penceramah - Inspektor Mohd Azhan b. Jaudin, Penolong Pegawai Parol Daerah Hulu Perak, Jabatan Penjara Malaysia
  • Ceramah - 9.00 - 10.30 pagi
  • Pameran - 10.30 - 11.30 pagi
  • Objektif - untuk mewujudkan persekitaran sekolah selamat,
  • menimbulkan keinsafan dalam diri murid,
  • memberi pengetahuan kepada murid tentang gejala-gejala negatif yang patut mereka jauhi
Antara isi kandungan ceramah yang disampaikan ialah:
  • Apakah penjara?,
  • elemen berlakunya jenayah,
  • faktor-faktor berlakunya jenayah,
  • gejala sosial juvenil,
  • jenayah kekerasan,
  • jenayah lain,
  • gejala penggunaan dadah,
  • simtom-simtom penagih dadah,
  • jenis-jenis dadah,
  • jenis-jenis hukuman,
  • apa itu parol,
  • Orang di Parol (ODP),
  • Perintah Kehadiran Wajib (PKW)


Sunday, August 21, 2011

Kartun Ramadan

Saya pinjamkan sedikit 'hiburan' dalam bulan Ramadan ini untuk merehatkan minda dan mensucikan hati dengan mengambil pengajaran daripada apa yang dititipkan di sini. Sumber kali ini ialah daripada Majalah Asuh. Khas untuk adik-adik warga SKTD...







Friday, August 19, 2011

Tujuh Amalan Sunat Rasulullah SAW

Bulan Ramadan merupakan salah satu keistimewaan dan kelebihan umat Nabi Muhammad SAW. Bulan ini adalah bulan yang penuh dengan rahmat, pengampunan, kemuliaan dan kasih sayang daripada Allah. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW bersiap sedia untuk menyambut Ramadan dari bulan Rejab lagi. Disebutkan bahawa apabila Rasulullah SAW memasuki bulan Rejab, Nabi SAW akan berdoa, " Ya Allah! Berkatilah ke atas kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta panjangkanlah umur kami sehingga sampai ke bulan Ramadan." (diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam al-Syu'ab).

Dalam bulan Ramadan terdapat 7 amalan sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu;

  1. Bangun bersahur
  2. Melambat-lambatkan makan sahur
  3. Sunat menyegerakan berbuka puasa
  4. Sunat meninggalkan bersugi (gosok gigi) setelah tergelincir matahari
  5. Sunat memperbanyakkan sedekah dan memperluaskan belanja kepada ahli keluarga, kaum kerabat dan jiran
  6. Memperbanyakkan tadarus al quran
  7. Memperbanyakkan beriktikaf

semoga Allah memberi rahmatNya kepada kita sempena Ramadan ini.

( sumber - Majalah Anis )

Monday, August 15, 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2011




Sempena Hari Kebangsaan yang bakal tiba, SKTD hari ini meraikan pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia tahun 2011. Di bawah seliaan Panitia Kajian Tempatan, majlis pelancaran yang dirasmikan oleh guru besar Puan Hajah Rafiah bt Abd. Razak diisi dengan nyanyian tiga buah lagu patriotik beramai-ramai seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Tanggal 31 sambil mengibarkan bendera Malaysia dan bacaan sajak berjudul 'Aksara Merdeka' oleh dua orang murid Tahun 5. Beberapa program lain turut dilancarkan. Makluman lanjut tentang program akan disampaikan kepada murid-murid secara berterusan mulai 16 Ogos sehingga selesai sambutan Bulan Kemerdekaan. Guru-guru pula akan dimaklumkan secara terperinci tentang program melalui sebaran maklumat di bilik guru.

Thursday, August 11, 2011

Pengubahsuaian Bilik Sumber PPDa

Mulai 8 Ogos 2011, Bilik Sumber PPDa ditutup kepada warga SKTD dan pelawat kerana sedikit pengubahsuaian sedang dijalankan. Pengubahsuaian adalah ekoran daripada projek naik taraf bilik sumber PPDa untuk tahun ini. Kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan bagi memberi sedikit nafas dan wajah baru untuk bilik sumber PPDa.  Tidak banyak yang dapat dilakukan berikutan kesuntukan masa dan bajet. Sekurang-kurangnya kami dapat mengubah sedikit wajah bilik PPDa agar tampak lebih segar. Pihak PPDa meminta maaf kepada murid-murid yang begitu teruja untuk masuk ke bilik sumber dalam bulan Ramadan ini. Kami berharap akan dapat menyiapkan kerja-kerja ini dengan segera dan memberi laluan kepada warga SKTD untuk kembali mengunjungi kami. Harap maklum.

Monday, August 8, 2011

Anugerah 5A dan Peningkatan Pencapaian dalam Percubaan UPSR 2011

Pada hari Isnin 8 Ogos 2011, anugerah telah diberikan kepada 8 orang murid yang mendapat 5A dan 47 orang murid pencapaian meningkat dalam keputusan peperiksaan Percubaan UPSR yang lalu.


Murid yang mendapat 5A ialah
  1. Nurul Haziqah bt Khairi
  2. Zakwan Afandi b. Shamsul Anuar
  3. Nur Muhammad Rifqee b. Kamarul Haizat
  4. Muhammad Syazwan b. Mohammed Daud
  5. Liana Gayatri Kris A/P Krishnan
  6. Irfan Afendy b. Adrian
  7. Nur Hidayah bt M.Waled
  8. Farah Wahida bt Ghazali
Murid yang meningkat dalam pencapaian ialah
  1. Muhammad Irsyad Affiqzul b. Mohamad Rafi
  2. Muhammad Amsyar b. Hidayat
  3. Nur Afiqah Solehah bt Kamal Ismadi
  4. Nur Ainin Sofiya bt Sazuri
  5. Nurhanis Sofea bt Mohamad Azuan
  6. Rajvinder Singh Mann A/P Jagindar Singh
  7. Aqil Hakimi b. Shamsul Kamar
  8. Nur Amiza Adilah bt Mohd Yazid
  9. Hanim Sakinah bt Md.Anuar
  10. Abu Amreel Muzakkir b. Abu Bakar
  11. Fatin Damea bt Nasruddin
  12. Nur Zulaikha bt Shamsulbahri
  13. Ariq Fajar b. Jamali
  14. Muhammad Azzarul Idham b. Badrul Hisham
  15. Fatin Farhanah bt Shahrul Fuzaini
  16. Sahenraj Dhesi A/L Sukhdarshan
  17. Muhammad Zahirulhaq b. Salehuddin
  18. Amarjeet Singh A/L Santokh Singh
  19. Abdul Malik b. Hussain Ali
  20. Haifa Nasuha bt Kamal Bashah
  21. Muhammad Syukri b. Nazirun
  22. Nuhammad Taufik Lau
  23. Noor Aizeel Iskandar b. Noor Hisham
  24. Nor Atikah bt Shahri
  25. Nor Azuwin bt Johari
  26. Nurul Hasanah bt Ismail
  27. Puteri Nur Syazana bt Megat M. Khai
  28. Siti Nor Syahira bt Rosli
  29. Siti Nur Syuhada bt Mohd Zahir
  30. Siti Mursyidah bt Zul Azim
  31. Fatin Hadirah bt Jarahirulameen
  32. Muhammad Hakimi b. Roslan
  33. Nor Amira bt Rozali
  34. Nur Fatihah bt Abdul Aziz
  35. Nur Nazirah bt Abdul Manap
  36. Nursyikin bt Abdullah
  37. Nurul Adlah bt Ahmad Faiz
  38. Raymond Chong Kian Chong
  39. Siti Hajar bt Mohd Jaafar
  40. Siti Nur Athirah bt Fauzi
  41. Wan Faris Iqbal b. Fahmi
  42. Ahmad Shznazri b. Ahmad Hishamnuri
  43. Nurnazuha bt Idris
  44. Nik Syakuan Khairie b. Faizal
  45. Muhd Fazree Arif b. Razali
  46. Muhammad Arif b. Mohd Hisham
  47. Siti Nuraishah bt Zainal Abidin

Semoga semua mereka akan memperoleh 5A dalam UPSR kelak.


5A - Nurul Haziqah

5A - Zakwan Afandi

5A - Nur Muhammad Rifqee

5A - Muhammad Syazwan

5A - Liana Gayatri Kris

5A - Irfan Affendy

5A - Nur Hidayah

5A - Farah Wahida

Murid yang mendapat 5A dalam Percubaan UPSR bergambar bersama Guru Besar, Puan Hajah Rafiah  dan Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Shamsulbahri

Semua penerima anugerah 5A dan peningkatan pencapaian dalam Percubaan UPSR bersama-sama Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran

Untuk melihat semua gambar penerima hadiah, sila layari laman facebook PPDa dengan menaip 'sihat kuat tanpa dadah'.

Thursday, August 4, 2011

Sunnah Bersahur

Perbezaan yang jelas antara puasa umat Nabi Muhammad dengan puasa umat-umat terdahulu adalah bersahur. Sahur hanya khusus untuk umat Nabi Muhammad berdasarkan hadis Imam Muslim yang bermaksud "Beza antara puasa kita dan puasa ahli kitab lain ialah kita disyariatkan (disunatkan) bersahur."

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang lain "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."

Berkat adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat. Tawaran daripada Rasulullah seharusnya tidak dibiarkan begitu sahaja malah setiap orang boleh mengukur keimanan masing-masing terhadap janji-janji baginda.

Sekurang-kurangnya, bersahurlah dengan sesuap makanan atau seteguk air.


Bangun bersahur pun dah dapat pahala, kalau kita makan sahur, lagi banyak pahala...
ingat ye adik-adik, makanlah sedikit walaupun sesuap makanan dan seteguk air semasa bersahur, walaupun tak ada selera.


Wednesday, August 3, 2011

SKTD Menang Lagi - Pertandingan Nasyid dan Lari 4x100m

Beberapa hari yang lalu, sekali lagi warga SKTD berbangga dengan pencapaian murid-muridnya. Beberapa orang murid telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Nasyid anjuran Bank Simpanan Nasional di Ipoh Parade dalam kempen menabung untuk simpanan. SKTD telah menyandang Naib Juara dalam pertandingan tersebut.  Murid-murid ini diiringi oleh Ustaz Kamal Ismady selaku guru bimbingan nasyid. Tahniah kepada adik-adik yang terlibat.

Sementara itu, pelari SKTD juga telah mengharumkan nama sekolah dengan memenangi acara lari 4x100m bagi acara jemputan Sukan Sekolah di Sekolah Kebangsaan La Salle dengan mendapat tempat ketiga dan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Putra dengan mendapat tempat kedua. Juga tahniah diucapkan kepada mereka.  Murid yang terlibat ialah Nur Farhan Aiman bin Nor Hamidi,  Mohamad Ikmal Hakim bin Eko Priyatno, Zainul Fikri bin Norhisham dan Muhd Musawwir bin Roslan. Semoga selepas ini SKTD terus gemilang!


Naib Juara Pertandingan Nasyid anjuran BSN

Pelari Sekolah - dari kiri Zairul Fikri, Muhd Musawwir, Nur Farhan Aiman dan Mohamad Ikmal Hakim

Monday, August 1, 2011

Ahlan Ya Ramadan

Ahlan wasahlan, marhaban ya marhaban... bulan Ramadan datang lagi. Bagi yang muslim, ada yang keluh kesah, ada yang menerimanya dengan penuh kerinduan. Siapa pun kita, inilah masa yang sesuai untuk muhasabah diri, uji iman. Bulan yang dijanjikan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pelepasan daripada api neraka. Semoga kita sama-sama berjaya hingga ke akhirnya..

Anda perokok???!!...ini masa yang paling baik untuk bertindak!!...berhenti saja!!....anda boleh..!!!!!!









.