Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, May 23, 2017

Karnival PPDa Bainun bersama Pemadam 2017

SMK Raja Permaisuri Bainun dengan kerjasama PEMADAM Negeri Perak telah menganjurkan Karnival PPDa Bainun bersama PEMADAM 2017 pada 23 hingga 25 Mei 2017.'Program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang bahayanya dadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat serta membina ketahanan dan jati diri untuk melahirkan persekitaran bebas dadah yang berfokuskan 'Pelajar Bebas Dadah'.

SK Tasek Dermawan telah dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna dan senamrobik yang diadakan semasa karnival berlangsung. 4 orang murid tahun 5 telah menyertai pertandingan mewarna tersebut .Therishiikarathi a/p Sathia Bala murid tahun 5 Zamrud telah memenangi tempat kedua. ;)

Selain memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai pertandingan mewarna, murid-murid juga berpeluang untuk membuat lawatan di Bilik Sumber PPDa SMK Raja Permaisuri Bainun dan juga melawat booth pameran Pemadam, AADK, dan sebagainya.



Murid meyertai pertandingan mewarna poster antidadah


Theriishikarathi memenangi tempat kedua kategori Sekolah Rendah.

Monday, May 22, 2017

Pelancaran Minggu PPDa 2017

Tarikh : 22 Mei 2017
Hari    : Isnin
Masa   : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Seri Dermawan
Perasmi : Pn Paizah bt Alias (Guru Besar SKTD)


                             Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKTD, Pn Paizah bt Alias


Gimik Perasmian disempurnakan oleh Guru Besar



 Bacaan Ikrar Antidadah oleh Ketua Pengawas PPDa , Muhammad Daniel Khusaini 



Nyanyian Lagu Dadah Durjana 





Lirik Lagu Dadah Durjana

Dadah durjana
Kau penghancur bangsa
Kau musuh rakyat
Kau musuh negara

Kini kami teguh
Kini kami kuat
Dadah kami tempuh
Hancur dadah jaya rakyat

Korus
Kami anti dadah
Kami benci padamu
Sekutu kita perangi dadah
Mulia bangsa tanpamu
Mari semua, mari saudara
Jangan habiskan usia muda
Semangat bangsa bergelora
Tanpa dadah kita berjasa.




BROSUR PELANCARAN MINGGU PPDA 2017