Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Sunday, October 30, 2011

Bulan Bahasa Kebangsaan

Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan dilancarkan pada 24 Oktober 2011. Matlamat program ini adalah selari dengan Program Bulan Bahasa Kebangsaan yang dijalankan pada bulan Oktober setiap tahun. Tema kali ini ialah 1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara. Antara lain program ini adalah bertujuan untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu dan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Warga Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan menjadikan program ini sebagai sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam meninggikan martabat Bahasa Melayu dalam kalangan rakyatnya.



Objektif :


1. Murid dapat mengamalkan penggunaan Bahasa Melayu dengan baik.
2. Murid dapat menambah pengetahuan dalam Bahasa Melayu
3. Murid dapat mendalami Bahasa Melayu melalui program-program yang dijalankan.


Sasaran program :
Program Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini disasarkan kepada semua murid yang belajar di sekolah ini. Oleh itu, semua murid mesti terlibat dengan aktiviti yang akan dijalankan dalam Program Bulan Bahasa Kebangsaan.


Tarikh program dijalankan :Tarikh program dijalankan ialah pada 24 HINGGA 28 Oktober 2011 selama 5 hari.

 
Tentatif Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan



7.30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah Dan Lagu Perak Di Puncak Kecemerlangan
Bacaan Ikrar
Ucapan Alu-Aluan Pengacara Majlis
Ucapan Penyelaras Program
Ucapan Perasmian Oleh Puan Hajah Rafiah Bt Abd. Razak
Anugerah Tokoh Bahasa Melayu 2011
Ikrar Setia Bahasa
Nyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Peribahasa Pilihan
Tatabahasa Hari Ini

 
Suasana Sekitar Program Bulan Bahasa Kebangsaan