Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, May 31, 2011

Majlis Persaraan Puan Hajah Normah binti Ramli

Pada 27 Mei yang lalu, satu Majlis Persaraan PK HEM SKTD, Puan Hajah Normah binti Ramli telah berlangsung di Dewan Terbuka SKTD. Majlis gilang-gemilang ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru SKTD berlangsung dengan jayanya dan penuh kesayuan.

Semua warga SKTD amat merasakan kehilangan beliau yang merupakan seorang guru dan pemimpin yang berwibawa, dihormati, dikagumi dan disanjungi. Pihak PPDa yang bernaung di bawah beliau amat merasakan kehilangan seorang pemimpin yang banyak memberi galakan dan sokongan dalam menjayakan program-program kami. Selamat bersara Puan Normah. Semoga berbahagia menjalani hidup yang mendatang...


duduk di singgahsana ditemani suami tercinta


menerima watikah persaraan

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang jatuh pada 31 Mei, satu laman sesawang berhenti merokok telah diperkenalkan oleh syarikat farmaseutikal terkenal, Pfizer bertujuan membantu individu yang ingin berhenti merokok.

Jika anda telah mula berfikir (harap-harap begitulah), apa faedahnya merokok sekadar menyedut asap semata-mata - bukan sahaja tidak mengenyangkan tetapi boleh diibaratkan seperti 'membakar' duit. Masih ramai yang menganggap merokok mampu melegakan tekanan dan bagi lelaki menampakkan diri lebih 'jantan' dan bergaya. Sesetengah perokok wanita pula mendakwa merokok membantu mereka menguruskan badan.

Namun hakikatnya, mereka masih tidak mahu mengakui bahawa perbuatan merokok ini mengundang pelbagai penyakit berbahaya bukan saja pada diri sendiri malah orang kelilingnya. (maklumat lanjut di Utusan Malaysia 31 Mei 2011) Di samping itu, mereka ini harus diingatkan (maaf!!) bahawa merokok menyebabkan diri mereka sendiri rosak, menyebabkan bau badan dan bau pernafasan yang 'tidak sedap' dihidu oleh orang sekeliling. Itulah yang paling ketara nampaknya jika tidak mahu memikirkan apa sebenarnya yang terjadi di dalam tubuh badan seorang perokok.

Jadi, sempena cuti sekolah ini, sementelah anda dikelilingi anak-anak dan 'orang rumah', elok benarlah memulakan langkah pertama. Layarilah laman sesawang ini agar anda dapat mendapat sinar baharu di hujung sana, bukannya sinar di hujung rokok....! Alamat laman sesawang tersebut ialah www.champscircle.com. Selamat datang ke 'dunia' baharu!!.


Dr. Abdul Razak Mutalib (dua dari kiri) bersama tetamu kehormat lain mematahkan replika rokok simbolik kepada pelancaran www.champscircle.com sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2011 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


Untuk pengetahuan umum, PPDa juga telah melakukan simbolik yang sama (mematahkan replika rokok) semasa pelancaran Minggu PPDa pada 4 April yang lalu. Nampaknya, PPDa juga berharap untuk berjaya dalam menerapkan satu sikap Tak Nak Merokok kepada murid-murid dan warga SKTD, malahan pihak PPDa berasa bangga dengan simbolik yang kebetulan serupa ini. Wahai warga SKTD, mari kita melalui Hari Tanpa Tembakau Sedunia dengan satu perubahan dalam hidup kita......

Sunday, May 22, 2011

Pemenang Aktiviti-aktiviti Pertandingan Minggu PPDa 2011

Sempena Minggu PPDa yang lalu, beberapa pertandingan telah diadakan. Antaranya ialah pertandingan Sudut PPDa antara kelas-kelas yang diadakan untuk menggalakkan murid-murid mendapat lebih akses terhadap bahan-bahan yang berkaitan dengan info dadah, rokok dan sebagainya. Antara ciri-ciri penjurian yang diambil kira ialah isi bahan yang dipamerkan, kreativiti dan kerjasama murid dalam merealisasikan bahan pameran tersebut. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Tahap 1 dan Tahap 2.

Antara contoh-contoh kelas yang menghias sudut PPDa masing-masing untuk pertandingan ini:



4 Berlian
 

6 Zamrud


4 Zamrud

3 Zamrud

2 Zamrud


3 Delima
Pemenang Sudut PPDa:
Tahap 1:
1. 3 Delima
2. 2 Zamrud
3. 3Zamrud

Tahap 2:
1. 4 Berlian
2. 4 Zamrud
3. 6 Zamrud

Pemenang Pertandingan Melukis Poster PPDa

Tahun 4:
1. Nur Ain Natasha - 4Z
2. Nurul Izzah - 4D
3. Muhd Fairuz Aiman - 4I

Tahun 5:
1. Muhd Ikmal Hakimi - 5Z
2. Reynuga - 5Z
3. Hani Amira - 5I

Tahun 6:
1. Nurul Adlah - 6I
2. Muhammad Hijaz - 6I
3. Muhammad Zahirul Haq - 6D

Pertandingan Mewarna Tahap 1

Tahun 1:
1. Nurul Asyikin - 1B
2. Nur Marsya - 1Z
3. Ahmad Akmal Alif - 1D

Tahun 2:
1. Nur Nadiah - 2Z
2. Jasleen Kaur - 2D
3. Muhd Afiq Haqimi - 2Z

Tahun 3:
1. Puteri Nur Aqilah - 3B
2. Nur Suhaila - 3Z
3. Muhd Izzat Muqri - 3Z

Tuesday, May 17, 2011

Sambutan - Hari Untuk Cikgu

Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun, adalah hari untuk anak-anak kita mengenang kembali jasa dan keringat guru-guru yang telah mendidik mereka. Tidak ada hadiah yang diharapkan sebenarnya, cuma guru-guru amat berharap agar pada hari yang bersejarah ini, anak-anak murid sekalian kembali melihat kepada niat sebenar kalian datang ke sekolah.

Ya, untuk menimba ilmu dan berjaya. Kami, guru-guru SKTD mendoakan kalian akan menghargai kami dengan menghadiahkan kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Terima kasih anak-anak SKTD sekalian, teruskan perjuangan kalian bermula hari ini, hari guru, hari untuk kami...

Puisi Seorang Cikgu

Terima kasih anak didikku
pagi ini kau datang menemuiku
dengan senyum dan sekotak
hadiah berwarna merah jambu
sempena Hari Guru

Terima kasih anak didikku
tidak lupa pada pesan dan
amanat cikgu
gembur dan bajailah pohon ilmu
biar merimbun menjadi
teduhanmu

Terima kasih anak didikku
tidak lupa pada pesan dan
amanat cikgu
mengawasi akhlak dan
tingkahlaku
dalam tinggi iltizam dan iman
yang syumul

Terima kasih anak didikku
pagi ini kau datang
menghampiriku
dengan senyum dan sekotak
hadiah berwarna biru
sempena Hari Guru.

sumber: Wan Marzuki Wan Ramli, Pasir Mas Kelantan (Mingguan Malaysia 15.05.11)

*************************************************************************
Atur cara sambutan dimulakan dengan bacaan yasin beramai-ramai dan bacaan doa. Kemudian semua warga SKTD berkumpul di Dewan Seri Dermawan untuk perhimpunan rasmi. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Kemudian acara diteruskan dengan ucapan Ketua Pengawas, adik Farawahida dari 6 Zamrud, bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Shamshulbahri b. Ghazali dan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh Guru Besar, Pn. Hajah Rafiah binti Abd. Razak.

Seterusnya Pn. Hajah Rafiah memberi sedikit ucapan sempena Hari Guru. Acara diserikan lagi dengan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara oleh guru-guru SKTD.

Sempena hari istimewa ini, acara sukaneka guru-guru turut diadakan dengan pertandingan basikal lambat yang dimenangi oleh Cikgu Md.Zainal bagi kategori guru lelaki dan Cikgu Puteri Nurul Atiqah bagi kategori guru perempuan, acara sepak takraw dimenangi oleh kumpulan Cikgu Naim, Cikgu Shamshulbahri dan Ustaz Ikhmal. Sementara itu acara lambungan sayang diungguli oleh pasangan Cikgu Rohanum dan Ustazah Akmal, tempat kedua ialah pasangan Cikgu Haslily dan Cikgu Asmawati.

Selain daripada itu, murid-murid SKTD telah menjalankan undian bagi memilih kategori guru yang mendapat anugerah khas Hari Guru iaitu kategori guru kemas dan sopan di menangi oleh Cikgu Meor Zulkernaen dan Cikgu Norhayati. Kategori guru prihatin pula disandang oleh Ustaz Ikhmal  dan Cikgu Asmawati. Kategori guru popular dimenangi oleh Cikgu Basri dan Ustazah Sharifah Nur Ain. Kelab Guru juga mengadakan undian guru pilihan dan kategori ini disandang oleh Pn. Hajah Rafiah.

Selepas rehat, acara disambung dengan bengkel mewarna yang dikendalikan oleh dua orang guru dari SK St.Michael dan SK Cator Avenue, Ipoh.

Lebih kurang pukul 12.50 tengahari, acara ditamatkan dengan penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang bagi acara yang dijalankan sepanjang hari ini. Akhir sekali murid-murid melaungkan ucapan 'terima kasih cikgu', selamat Hari Guru' dan 'kami sayang cikgu, I love you'. murid-murid beredar pulang tepat jam 1.35 petang.

Gambar-gambar sekitar program Hari Guru 2011



ucapan guru besar sebelum bacaan yasin dimulakan

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011






Selamat Hari Guru untuk semua guru SKTD. Tahniah kerana menjadi guru-guru yang...HEBAT!!!
( daripada pihak PPDaSKTD )

Saturday, May 14, 2011

Khemah Ibadah Mei 2011

Seperti biasa blog PPDa SKTD akan memaparkan cerita-cerita dan berita-berita yang berkaitan dengan membina kemenjadian murid. 
Kali ini murid-murid Tahun 6 SKTD telah mengikuti Program Khemah Ibadah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Lebih kurang 80 orang murid telah mengikuti program ini yang diadakan pada 13 dan 14 Mei.
Antara penceramah jemputan ialah Ustaz Abdul Hamid b. Harjin  dari SK Tasek Damai dan Ustaz Ahmad Fauzi bin Shaari dari Telekom Malaysia Berhad.
Antara program yang dijalankan ialah ceramah motivasi, tazkirah, muhasabah diri, qiamullail dan program pengisian jiwa bagi pemantapan rohani.
Seperti biasa, makanan peserta telah disediakan oleh Kelab Guru SKTD. Tahniah kepada semua yang terlibat dan menjayakan program ini. Semoga murid-murid SKTD yang menyertai program ini akan mendapat manfaat yang besar untuk diaplikasikan dalam kehidupan khususnya untuk menghadapi UPSR 2011 ini.

tukang daftar



tukang bunyi..

tukang dengar
 
tukang kemas 'bilik tidur'...


Tuesday, May 10, 2011

Detik-detik Perjuangan...

Buat masa ini SKTD agak 'sunyi' kerana masing-masing sedang berjuang menjawab soalan-soalan PKSR1. Selamat berjuang untuk warga SKTD...



Sunday, May 8, 2011

Siberthon 2011

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tasek Dermawan telah menganjurkan Program Siberthon pada 8 Mei 2011. Antara objektif Siberthon ialah untuk membiayai program-program kecemerlangan akademik dan kokurikulum, memperbanyakkan Stesyen Ilmu, menaiktaraf pusat sumber sekolah dan menambah kemudahan sukan.

Yang Berbahagia Dato' Haji Roshidi bin Haji Hashim, Datuk Bandar Ipoh telah sudi merasmikan majlis pelancaran Program Siberthon seterusnya merasmikan pelancaran Laman Sesawang sekolah yang baharu iaitu http://www.sktasekdermawan.net/ .

Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, pertandingan permainan interaktif, pertandingan lukisan menggunakan perisian komputer, pertandingan blog kreatif, pertandingan talent time, permainan putting golf dan pertandingan mewarna dan melukis poster.

Turut diadakan juga ialah cabutan bertuah;  hadiah pungutan terbanyak bagi individu, kelas, dan guru, kakitangan sekolah serta AJK PIBG; gerai burger siber dan gerai jualan alatan komputer.


Gambar-gambar sekitar program:



senamrobik



persiapan memasak untuk jualan kelab guru







Kejayaan SKTD






Murid-murid SKTD telah berjaya menjana kecemerlangan mereka dengan lebih baik lagi apabila memenangi beberapa siri pertandingan luar sekolah. Antaranya ialah dapat mengungguli tempat kedua dalam Pertandingan Eureka peringkat daerah, menjadi Johan dalam Kuiz Matematik di Karnival Matematik IPG Kampus Ipoh, mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Koir peringkat zon dan Naib Johan dalam Pertandingan Choral Speaking. Pihak sekolah mengharapkan murid-murid SKTD akan meneruskan kejayaan ini pada masa hadapan.

Wednesday, May 4, 2011

PKSR 1 2011

Pada 10 hingga 13 Mei 2011, murid-murid SKTD akan menjalani peperiksaan PKSR1 2011. Semua murid diminta membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan ini. Ibu bapa juga diharapkan dapat memantau anak masing-masing agar mengulang kaji pelajaran di rumah. Semoga semua berjaya....