Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, October 31, 2012

Bilik Moral Baharu

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Moral yang telah berjaya mewujudkan satu bilik Moral yang baharu dan cantik. Bilik ini di Aras 2 iaitu di hadapan bilik PPDa.



Wednesday, October 24, 2012

Kusyi Hirdan datang..!!!!!

Pada 24 Oktober , novelis terkemuka, Kusyi Hirdan telah datang berkunjung ke SKTD. Bermula dengan acara 'merisik' oleh Cikgu Norfatim yang mengetahui Kusyi Hirdan datang ke sekolah anak beliau di SKTI (seperti cerita Kusyi Hirdan dalam blog beliau Jendelaku.com ), SKTD juga akhirnya dapat menumpang keseronokan berjumpa dan bertentang mata dengan Kusyi Hirdan. Memang ramai sebenarnya anak-anak SKTD ini gila buku. Termasuklah yang 'merisik' tadi. (senyum sikit..;) ).

Selepas sesi penerangan kerjaya oleh Kusyi Hirdan, beberapa orang murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan ulasan buku. Semua peserta diberi penerangan oleh Cikgu Nora tentang cara-cara mengulas buku beberapa hari sebelum pertandingan. Sebenarnya program mengulas buku ini adalah salah satu program yang aktif dijalankan di SKTD. Jadi, tidak ada masalah untuk murid-murid menyertai pertandingan ini apabila diminta berbuat demikian. Apatah lagi mengetahui Kak Kusyi Hirdan yang akan mengadilinya!. Murid-murid SKTD tidak ketinggalan membeli buku-buku yang ditawarkan. 

Terima Kasih Kusyi Hirdan! Semoga dapat datang lagi di masa hadapan...!!



Monday, October 22, 2012

Selamat Datang Guru Besar Baharu

SKTD telah menerima seorang guru besar baharu bagi menggantikan tempat Pn Hajah Rafiah Abd.Razak. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Norihani bt Abdullah. Selamat datang diucapkan kepada beliau. Puan Norihani sebelum ini pernah ditugaskan di Sabah , sebelum ditukarkan semula ke Semenanjung lima tahun kemudian.

Beliau meneruskan tugas di Sek. Men. Perempuan Methodist, kemudian ke SK Cator Avenue. Seterusnya meneruskan khidmat di Sekolah Dato Ahmad Said dan SK Jati. Beliau terus berkhidmat dengan menyandang jawatan Guru Besar di SK Syed Idrus sebelum berkhidmat di SK Tasek Dermawan.

Selamat datang diucapkan. Kami pasti SKTD akan terus cemerlang di bawah pimpinan cikgu.

Puan Norihani bt Abdullah, Guru Besar SK Tasek Dermawan.



Wednesday, October 17, 2012

Majlis Perpisahan Puan Hajah Rafiah bt Abd.Razak

.................  :(  .....................  :(  ....................  :( ..................  



Monday, October 15, 2012

SKTD Berduka....- Pertukaran Guru Besar

Sebagaimana basahnya bumi ditimpa hujan pagi Isnin nan damai 15 Oktober 2012, begitulah 'basah'nya hati warga SKTD atas berita pertukaran Guru Besar, Puan Rafiah Abd. Razak ke SK Sungai Rokam. Debaran hati murid-murid untuk menjalani Peperiksaan Akhir Tahun /PKSR2 disulami dengan rasa sayu kerana akan kehilangan Guru Besar yang amat banyak jasa dan keringatnya tumpah di bumi SKTD bagi memastikan warga-warganya mengecap nikmat terindah dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.

Kami semua di SKTD mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bertukar kepada Puan Hajah Rafiah ke SK Sungai Rokam. Semoga beliau dapat memberikan khidmat cemerlang beliau di sana pula. Warga SKTD terpaksa akur akan pusingan waktu. Yang datang akan pergi bila tiba masanya. Jasa beliau di SKTD akan tetap kami semua ingati, budinya akan disemai dan baktinya akan dituai selagi masa berdetik dan bumi berputar. Hanya TERIMA KASIH yang dapat kami semua ucapkan kepada Puan Hajah Rafiah atas sumbangan jasa beliau yang tidak terhitung di bumi SKTD ini.

Dengan beliau kami bangkit, 
dengan beliau kami bangun berjuang, 
dengan beliau kami menghitung kejayaan 
dan kami akan terus menyuburkan pesanan 
dan ingatan beliau kepada kami 
agar menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Cikgu, 
kami tidak jumpa lagi perkataan yang sesuai untuk diucapkan, 
hanya....
TERIMA KASIH, 
TERIMA KASIH, 
TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA........
TERIMA KASIH CIKGU!!!


~ Inilah Guru Besar Kami...Puan Hajah Rafiah yang...................


berwibawa



Wednesday, October 10, 2012

Perkhemahan Perdana 2012 dan Hari Kokurikulum 2012

Baru-baru ini diadakan Perkhemahan Perdana 5 hingga 7 Oktober 2012 serentak dengan Hari Kokurikulum pada 6 Oktober 2012. Program berlangsung dengan lancar dan meriah. Lebih kurang 100 orang murid telah melibatkan diri dalam perkhemahan ini yang diadakan di padang dan persekitaran sekolah merangkumi aktiviti mendirikan khemah, solat berjemaah, tazkirah, 'burung hantu', 'kucing buta', senaman pagi, membina gajet, malam kebudayaan dan masakan rimba. Sepanjang perkhemahan, kumpulan guru-guru bahagian memasak bertungkus-lumus menyediakan makanan murid. ....Itulah rahsianya peserta-peserta perkhemahan kekenyangan sepanjang program....!!!

Sementara itu untuk Hari Kokurikulum, aktiviti yang dijalankan ialah persembahan kawad kaki dan  jualan gerai yang dilakukan oleh Kelab Guru, Kelab Seni, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab BOSS, Kelab Pencinta Alam dan Persatuan Nasyid dan Koir. Kelab Pencegahan Jenayah, walaupun menjadi kelab yang paling lambat membuka gerai, [ kerana menu 'ayam goreng Gerenti Sedap' yang lambat tiba :) ], telah berjaya menjadi gerai yang paling awal ditutup kerana semua barang jualan habis terjual..(senyum sikit..). Lima orang murid pembantu gerai yang terdiri daripada ahli kelab pun kenyang kerana mendapat upah makan ayam goreng dan naget percuma!! Turut diadakan ialah aktiviti karaoke dan pertandingan mewarna Tahap Satu dan Dua. Bilangan pengunjung yang hadir amat menggalakkan.

jom tengok gambar........