Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, January 18, 2012

Soal selidik Penyalahgunaan Rokok






Unit PPDa telah membantu Unit Kaunseling menjalankan soal selidik dalam kalangan murid Tahun 5 dan Tahun 6 tentang penyalahgunaan rokok. Tujuan adalah untuk mengesan sejauh mana penglibatan murid-murid dengan aktiviti merokok sekiranya ada. Soal selidik dijalankan selepas perhimpunan pagi 17 Januari lalu dan mendapat kerjasama daripada murid yang disasar.

Tuesday, January 17, 2012

Program Transisi Tahun1 dan Tahun 4

Program Transisi Tahun 1
Sesi perkenalan dengan Guru Besar dan barisan Penolong Kanan

Penerangan cara-cara memakai pakaian seragam yang betul


Program Transisi Akademik Tahun 4
Slot Ceramah BM oleh Cikgu Md Zainal

Tulis apa yang cikgu cakap ye..

Tuesday, January 10, 2012

Larangan Merokok di Kawasan Sekolah

Sekolah sebagai 'kawasan larangan merokok' sudah diwartakan sejak dulu lagi. Sayangnya, ia kadang-kadang tidak diambil perhatian oleh banyak pihak. Pekeliling tentang sekolah kawasan larangan merokok sudah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun begitu masalah rokok di sekolah masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Kegiatan merokok di kalangan pelajar sekolah dewasa ini kian membimbangkan. Kempen yang dijalankan oleh KPM, JPN, PPD dan sekolah seperti tiada memberi kesan dan kesedaran buat mereka. Pihak sekolah kini berdepan dengan masalah disiplin pelajar yang semakin meruncing termasuk pelajar merokok.
Pelbagai faktor yang menyebabkan gagalnya kempen sekolah kawasan bebas rokok. Antaranya ialah:


(i) Terdapat segelintir kakitangan dan para pelanggan sekolah yang tidak mematuhi larangan merokok di kawasan sekolah.


(ii) Budaya merokok sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat.


(iii) Kementerian Kesihatan masih tidak melaksanakan ketegasan dalam kompaun terhadap sekolah, guru dan orang ramai mengikut Pekeliling Kesihatan Awam bil 1/1997.


(iv) Menganggap rokok bukan masalah besar.


(v) Papan Tanda amaran 'Sekolah kawasan larangan merokok' tidak digeruni dan tidak diberi perhatian.


(vi) Pelajar mudah belajar dari pelakuan orang yang merokok. Mereka mula mencuba dan akhirnya rokok sudah tidak dapat dipisahkan dengan pelajar.


(vii) Guru sebagai model, tetapi kadang-kadang model yang merosakkan jika dia juga perokok.


(viii) Kempen Anti rokok atau Nafas Segar kurang berkesan dan menginsafkan. Bukan kegagalan isi programnya tetapi kesedaran dari masyarakat kita.


Sama-sama kita renungkan dan bertindak, Jika tidak slogan, ”Sekolah bebas dadah 2012’ hanya akan tinggal slogan sahaja!!

paru-paru si perokok

Sumber : http://zuhairimanong.blogspot.com/

Monday, January 9, 2012

Merokok atau Tidak Merokok?

Mungkin ini jawapan yang sering bermain dalam fikiran anda. Sama ada soalan ini untuk diri sendiri, bakal jiran, bakal suami, bakal isteri atau anak anda? Untuk pihak lain mungkin boleh dipandang remeh tentang soalan ini. Ada yang menganggapnya perkara kecil dan tak perlu risau apa-apa. Tapi untuk pihak yang terakhir? Jika anak-anak anda itu berumur 30 tahun? 20 tahun? atau 10 tahun?.

Tiada sesiapa dapat menafikan bahaya rokok. Memang kita boleh buat 'tak tau' saja atau senyum sinis pada pihak yang berusaha mencegah bahaya rokok. Tapi untuk melihat anak anda berusia 10 tahun sudah mula merokok, jika anda normal tentu anda perlu risau akan perkara ini. Lainlah anda sudah gila atau tidak sayang akan zuriat anda.

Memang sedih melihat anak-anak hingusan cuba-cuba menjadi hero dengan merokok. Berbangga dengan perkara yang negatif adalah sesuatu yang amat malang. Akan tetapi tak ramai yang sedar atau buat-buat tak sedar (kerana ada kepentingan tertentu) akan bahaya ini.

Merokok disabitkan dengan perasaan ego bagi sesetengah orang yang berakal singkat. Apa kata jadikan tahun baharu ini sebagai satu titik perubahan untuk tidak merokok. Perkara kecil kalau dibiarkan akan menjadi besar juga nanti.

Ada sesiapa yang berani mengatakan merokok tidak haram? Yang ada ialah orang yang berani buat sambil lewa tentang hukum ini. Alasannya mereka sudah ketagihan merokok. Sedangkan perkara yang memudaratkan, wajib ditinggalkan. Memang anda rasa merokok tidak pernah memudaratkan anda. Tapi, orang-orang di sekeliling anda dijamin selamatkah?. Kajian menunjukkan perokok pasif (iaitu orang-orang yang berada di sekeliling si perokok) adalah mangsa yang paling serius dalam 'jenayah' si perokok.

Memang boleh merokok senyap-senyap, tapi anda jamin asap rokok, bau rokok tersebut tidak dihidu orang lain? Bau rokok itu tidak mahu meninggalkan anda pun!!!

JOM KITA KATA TAK NAK KEPADA ROKOK. Hadapilah realiti dan hakikat. Akal menguasai segalanya, bukan nafsu. Atau akal anda dikuasai oleh rokok?? Tak boleh berfikir??
 Tanya Sama Pokok........


Sunday, January 8, 2012

Dadah Musuh No.1 Negara

Jom kita teruskan memerangi najis dadah!!!!!

Saturday, January 7, 2012

SKTD bebas dadah 2012

Tahun 2012 adalah sasaran untuk matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012. PPDa meneruskan usaha memastikan semua warga SKTD diberi kesedaran tentang penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan lain yang'sewaktu' dengannya.
Bagi perokok misalnya, apa kata jadikan tahun baru sebagai azam untuk meninggalkan tabiat yang sudah pasti tidak sihat untuk diteruskan. Memang tidak menjadi kesalahan sedikit pun untuk berhenti merokok kan?
Pengurusan PPDa mengalu-alukan tahun baru. Kami mengharapkan agar tahun ini kami lebih mendapat sokongan daripada semua warga SKTD. Bilik sumber PPDa dan lorong PPDa yang telah dikenal pasti akan diguna pakai tahun ini dihias serba sedikit bagi meraikan kedatangan tahun baru. Kami ingin menunjukkan bahawa kami mahu sentiasa relevan sebagai penggerak kepada moto kami 'SKTD Sihat Kuat Tanpa Dadah'.

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Datang 2012

Akhirnya 2012 menjelang tiba. SKTD tahun ini meneruskan matlamat mencapai Sekolah Bebas Dadah 2012. Semua warga SKTD khususnya gandingan tenaga dalaman PPDa berharap kita dapat meneruskan kecemerlangan PPDa SKTD dalam segenap bidang, sesuai dengan matlamat memartabatkan kemenjadian murid dalam tahun baru ini. PPDa SKTD sekali lagi berharap agar kami mendapat sokongan padu dan kerjasama jitu daripada semua pihak dalam menjayakan misi kami. Kami juga berharap agar ada pihak-pihak yang sudi menyumbangkan buah fikiran dan pendapat dalam menjayakan program-program kami. Jom kita mulakan dengan bacaan bismillah.....BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.



Hari pertama persekolahan
- murid-murid tercari-cari barisan kelas masing-masing

Hari ketiga - suasana  kembali seperti biasa.....