Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, May 31, 2010

SELAMAT BERSARA WAHAI BONDAKU...

Assalamualaikum wbr.

Terpanggil untuk saya menyampaikan ucapan kepada insan yang cukup istimewa bagi saya di SKTD. Beliau bukan sahaja merupakan tenaga penyokong kuat merealisasikan Bilik Sumber PPDa SKTD (pioneer). Malah merupakan tenaga penggerak utama yang  berusaha menjadikan Bilik Sumber PPDa bertaraf kebangsaan. Beliau ialah Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD yang kelima.

   Masih teringat pada pertemuan saya yang pertama disambut di pagar sekolah untuk melaporkan diri di SKTD pada penghujung bulan Disember 2008. Tidak disangka rupa-rupanya Guru Besar SKTD, yang pada ketika itu sedang meronda sekeliling sekolah. Pada fikiran saya, beliau ketika itu sedang menghala ke kebun sekolah. Agak mengejut sekali bila beliau sampai di pejabat menperkenalkan diri sebagai guru besar sekolah.

   Begitu juga kali pertama melalui Bilik Sumber PPDa untuk ke kelas 5 Zamrud, saya fikirkan stor PPD Kinta(U). Hinggalah pada suatu masa dalam bulan Februari, saya ditugaskan menyelaras Bilik Sumber PPDa, barulah kenal segalanya.

  Sepanjang menyertai Pertandingan Bilik Sumber PPDa hingga ke peringkat kebangsaan, Beliau telah menunjukkan komitmen yang begitu tinggi membantu guru bukan sahaja memberikan nasihat, panduan dan arahan, malah menyinsing lengan melakukan kerja. Bagi saya agak jarang untuk melihat guru besar yang sebegitu. Antara 'kehebatan' yang mengejutkan saya ialah memanjat dan menanggalkan sendiri papan kenyataan 'mobile' bagi tujuan pembesaran Bilik Sumber PPDa.

   Antara lain, sikap yang pada fikiran saya ialah mudah menerima segala pandangan dan memberikan kebebasan untuk 'berkarya' bagi memantapkan Bilik Sumber PPDa hingga berjaya mendapat Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan 2009. Agak jarang juga saya melihat guru besar yang mudah memahami sikap individu yang agak sinikal seperti saya yang akan bertanya dan melontar pandangan yang agak berbeza, selagi keputusan muktamad tidak ditetapkan.Ini juga menunjukkan beliau seorang guru besar yang amat berpengalaman luas dalam pentadbiran dan juga dalam aspek P&P.

   Persaraan guru besar Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad merupakan suatu kehilangan yang dirasai oleh seluruh warga SKTD. Bagi Unit PPDa SKTD mengucapkan "Selamat Bersara Wahai Bondaku". Oleh itu, blog ini akan membuat sorotan khas Majlis Persaraan Guru Besar beberapa siri sebagai penghargaan atas sumbangan beliau yang merupakan 'tulang belakang' kejayaan yang diraih oleh Bilik Sumber PPDa.

Sekian, terima kasih.

Saturday, May 29, 2010

SOROTAN MINGGU PPDa DAN KESIHATAN 2010

   Minggu PPDa dan Kesihatan 2010 bermula 18 Mei sehingga 24 Mei 2010 telah dijalankan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena minggu tersebut. Antaranya Majlis pelancaran telah dijalankan oleh Cikgu Shamshul Bahri Bin Ghazali, PK Pentadbiran pada 18 Mei 2010.

Monday, May 17, 2010

:) SELAMAT HARI GURU 2010: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

   Terlebih dahulu diucapkan kepada semua warga guru dan guru yang bersara, SELAMAT HARI GURU UNTUKMU. Tema pada tahun ini ialah "Guru PembinaNegara Bangsa". SKTD telah menyambutnya dengan sederhana tetapi meriah. Antara program yang dijalankan ialah; Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, yang turut diserikan dengan kehadiran Dr.Roslan Bin Hussain, Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, JPN Perak,yang menyampaikan perutusan Menteri Pelajaran dan Pn Norhayati Bt. Adam, selaku wakil PIBG.

Tuesday, May 11, 2010

INFO 5 MINIT(SIRI 5):STIMULAN

INFO 5 MINIT pada kali ini menyentuh tentang STIMULAN yang merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Jenis-jenis Stimulan ialah:

Friday, May 7, 2010

PENGUMUMAN MINGGU PPDa dan KESIHATAN 2010

MINGGU PPDa DENGAN TEMA KEANGSAAN, 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH turut dijalankan bersama MINGGU KESIHATAN pada tahun ini akan diadakan bermula 18 Mei 2010 sehingga 24 Mei 2010. Tema peringkat sekolah pula ialah 'K' Komuniti Benteng Dadah Durjana dengan aspirasi eksplorasi ilmu pengetahuan, seseorang individu akan dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah penyalahgunaan dadah dan juga melakukan sesuatu yang salah daripada segi sahsiah dan undang-undang.
Mesyuarat Kerja PPDa yang dijalankan pada hari Isnin, 26 April 2010, tertumpu kepada aktiviti yang dirangka pada Minggu PPDa dan jawatankuasa yang dilantik adalah seperti berikut: