Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, March 31, 2011

Action Song

Pada 30 Mac, SKTD telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Action Song kelompok 5 Daerah Kinta Utara 2011. Sebanyak 6 buah sekolah dalam kelompok ini telah menunjukkan kehebatan masing-masing namun terpaksa akur dengan kehebatan peserta dari SK Tasek Dermawan yang telah menjuarai pertandingan ini. Naib juara disandang oleh SK Tasek. Tahniah.



Wednesday, March 30, 2011

Perkhemahan Kopral TKRS di S.K Pos Raya

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, Ipoh sekali lagi mengikuti Perkhemahan untuk kenaikan pangkat Kopral pada 25 hingga 27 Mac 2011. Seramai 20 orang murid dari SKTD telah terlibat bersama-sama dengan beberapa murid dari sekolah lain di SK Pos Raya. Tahniah kepada mereka. Tahniah Kopral!!



Tuesday, March 29, 2011

Mesyuarat Agung PIBG kali ke9 2011

Mesyuarat Agung PIBG tahun ini telah diadakan pada 26 Mac 2011 dan dirasmikan oleh Encik Ayub bin Don, Penyelia Prasekolah, Jabatan Pelajaran Perak. Mesyuarat bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan kerjasama dalam program ini.



Ucapan pembukaan oleh guru besar, Pn Hajah Rafiah Abd.Razak


Ucapan perasmian oleh Encik Ayub bin Don, Penyelia Prasekolah, JPN


Cenderahati untuk perasmi.....


Monday, March 21, 2011

English Language Week 2011

English Language Week will be held from 21st March until 26th March 2011. The objectives of this week are to encourage pupils to speak in English, to boost pupils' confidence in using English and to instil interest in the English Language.

The activities for this week:
  • Year 1   Nursery Rhymes
  • Year 2   Poetry Recitation
  • Year 3   Word Search
  • Year 4   Crossword Puzzle
  • Year 5   Written Quiz
  • Year 6   Essay-Writing

Thursday, March 17, 2011

"Jangan Jadi Seperti Abah!"


Sumber - Mastika
   Sudah berbulan lelaki ini terbatuk-batuk. Batuknya tidak mengira siang atau malam. Sudah puas dia berubat tapi tidak juga sembuh. Kalau dulu, batuknya dua atau tiga hari. Tapi kini sudah dua bulan tanpa henti. Nafasnya kini berbau amat busuk, lebih busuk dari bangkai.
   Dia melihat giginya. Gigi pula kuning dan berkarat. Dia menganga mulutnya.
   Ah, gusinya amat hitam dan berkarat. Dia menjilat bibirnya. Ah, bibirnya merekah bagai terbakar. Tangannya terketar-ketar. Dia melihat beberapa batang jarinya sudah hitam akibat gangren.
   Dia memandang ke arah jari kakinya juga dijangkiti gangren, hitam dan berbau busuk. Setiap hari dia berulang-alik ke hospital. Doktor yang merawatnya mengesahkan dia mendapat kanser paru-paru. Sebab itulah nafasnya berbau busuk seperti bangkai dan dia asyik batuk berpanjangan.
   Doktor mengesahkan paru-parunya sudah rosak teruk. Salah saru paru-parunya perlu dibuang. Kuman kanser sudah merebak. Dia termenung.
   Doktor tidak ada pilihan. Paru-paru sebelah kirinya perlu dibuang. Selepas itu beberapa batang jarinya yang sudah kehitaman terpaksa dipotong.
   Jika tidak kuman akan merebak ke seluruh anggota badannya. Selepas jari tangan, beberapa batang jari kaki pula terpaksa dipotong. Kalau tidak dipotong kuman akan merebak. Nyawanya bahaya.
   Akhirnya, selepas dibedah dibuang sebelah paru-paru, dipotong jari-jari tangan dan jari kaki, nyawanya masih mampu bertahan. Batuk-batuknya sudah mula berkurangan. Tapi dia mendapat khabar buruk. Jantungnya pula tersumbat.
   Ah, lelaki itu tidak ada pilihan. Akhirnya  dia terpaksa menjalani pembedahan jantung pula. Selepas keluar dari hospital lelaki itu disorong dengan kerusi roda.
   Dia menangis. Selama ini dia menyangka segala penyakit yang dihidapinya sekarang hanya akan berlaku kepada orang lain. Bukan si perokok sepertinya. Sambil disorong kerusi roda oleh si anak, lelaki ini berpesan.
   "Jangan jadi macam abah! Tengok apa dah jadi pada abah!" beritahu si ayah. Si anak mengangguk sambil mengesat air mata ayahnya - Mastika 

kartun16032011



Sumber - Utusan Malaysia
 

Monday, March 14, 2011

Cikgu-cikgu memasak....

Pada hari Kem Kepimpinan Pemimpin Kecil dan Perkhemahan Lans Kopral TKRS yang diadakan serentak pada 4 dan 5 Mac lalu, anak-anak murid di SKTD ini dijamu oleh katerer yang paling  istimewa.. haaaa...cikgu-cikgu yang terlibat telah menyinsing lengan bertungkus-lumus memasak untuk santapan mereka. Bukan senang tau, sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam..semuanya disediakan oleh cikgu-cikgu SKTD tanpa gagal dan secara bergotong-royong. Cikgu-cikgu datang memasak mengikut jadual masing-masing yang telah ditetapkan oleh Pengerusi Kelab Guru, Ustaz Dzulkifli. Ketua Chef ialah Ustazah Fatimah,memang serba boleh betul beliau ni.Memang meriah tapi...PENAT!!!. Terima kasih cikgu-cikgu semua, cikgu-cikgu SKTD memang BEST!!!




Gambar-gambar yang eksklusif!!!

Thursday, March 10, 2011

Ujian Pengesanan UP1 (8 hingga 10 Mac 2011)

 Murid-murid SKTD telah  menduduki Ujian Pengesanan 1 pada 8 hingga 10 Mac 2011. Diharap semua murid akan mengulangi kejayaan kalian semua. Bagi yang kurang berjaya nanti, cuba lagi pada peperiksaan yang akan datang. Usaha tangga kejayaan!!.

Wednesday, March 9, 2011

Minggu Pencegahan Denggi

 Minggu Pencegahan Denggi dan Nyamuk Aedes telah dilancarkan di SKTD pada 7 Mac yang lalu. Pada hari pelancaran Puan Noriaton telah menerangkan objektif program dan tindakan-tindakan sepanjang minggu ini. Diharap warga SKTD dapat menjayakan program ini bersama-sama untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan kita.

 










Monday, March 7, 2011

Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil SKTD

Selain Perkhemahan Lans Kopral TKRS yang diadakan pada 4 dan 5 Mac, satu Kursus Kepimpinan Pemimpin Kecil SKTD turut diadakan pada 5 Mac bertempat di Dewan Terbuka Seri Dermawan. Semua pemimpin kecil SKTD telah mendaftarkan diri bermula jam 7.30 pagi lagi. Program ini dimulakan dengan slot yang dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SKTD yang sangat berwibawa iaitu Puan Norhuda bt Othman Zailu. 

Seterusnya murid mengikuti slot ceramah oleh Encik Arzuang bin Mamat, Ketua Guru Disiplin SK Pengkalan yang telah menyampaikan tajuk ceramah "Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik".  Ceramah beliau sangat menarik yang mana telah diselang-selikan dengan tayangan video yang menginsafkan murid-murid tentang peranan mereka sebagai pemimpin atau khalifah kecil di muka bumi ini. Terima kasih diucapkan kepada Encik Arzuang bin Mamat.
 Kertas risalah berpuluh-puluh,
   dari kota bawa ke kampung,
Jasa tuan banyak sungguh,
   hingga kami tidak terhitung.
Penolong Kanan Kokurikulum, Miss Lee Yuat Yoong telah sudi menyampaikan sedikit cenderahati kepada beliau seusai program.

Slot selepas itu pula diisi dengan ceramah yang penuh warna-warni dan menghiburkan oleh Encik Mohd Faizal b. Ramli dari SK Seri Ampang. Beliau juga ialah Guru Bimbingan dan Kaunseling telah dapat menambat hati para pemimpin kecil SKTD dengan ceramah beliau yang bertajuk "Peranan Pemimpin Kecil di Sekolah". Terima kasih kepada beliau kerana telah dapat menaikkan semangat dan ketrampilan para pemimpin kecil di SKTD.
Untuk slot ini, guru besar SKTD Pn Hajah Rafiah bt Abd.Razak telah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada  Encik Mohd Faizal b. Ramli.
Enak sungguh si ikan kelah,
   makan pula berulam kubis,
Bukan salah mengatur langkah,
   tapi tanda slot dah habis.

Selesai makan tengah hari dan solat zuhur, semua pemimpin kecil telah mengikuti bengkel dan pembentangan LDK yang dikendalikan oleh para fasilitator SKTD. Terima kasih kepada semua fasilitator yang telah mengendalikan bengkel ini. Kursus ini telah berakhir pada jam 5.30 petang selepas penilaian dan majlis penutupan.

Sunday, March 6, 2011

Perkhemahan Lans Kopral 2011



Pada 4 dan 5 Mac, Perkhemahan Lans Kopral TKRS 2011 telah diadakan di padang SKTD dengan gabungan antara SK Tasek Dermawan dan SK Tanjung Rambutan. Seramai 40 orang ahli TKRS dari kedua-dua sekolah menghadiri perkhemahan sebagai syarat untuk melayakkan mereka mendapat pangkat Lans Kopral dalam TKRS. Memang bersemangat adik-adik ni. Apa pun, tahniah kepada adik-adik semua!

kat mana pintu khemah ni haa...'konfius' teman

Minggu Matematik 2011

Pelancaran Minggu Matematik untuk tahun 2011 telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Hajah Rafiah Abd. Razak sewaktu Perhimpunan Isnin 28 Februari. Antara program yang dijalankan ialah Bijak Sifir, Teka silang kata nombor, Sodoku, dan kuiz spontan Matematik.