Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Friday, May 10, 2013

Info 5 Minit Anti Dadah Siri 6/2013

Dibacakan oleh - Nur 'Alyaa' Adriana bt Mohd Azuar  (5 Berlian)




Tajuk - 
Masalah Hidu Gam

Apakah maksud gam yang dihidu?

Gam ini mempunyai pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksik yang boleh mengganggu fungsi jantung. Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Kesan lain pada fungsi otak:

·       Menjadi nyanyuk
·       Hilang ingatan
·       Psikotik atau gila
·       Hilang upaya deria
·       Kelumpuhan pada bahagian badan tertentu

Apabila seseorang menghidu gam, ia tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing kerana ia bukannya dadah.

Ini menyukarkan kita untuk mengesan mereka yang terlibat dengan masalah ini kecuali ketika mereka sedang melakukannya.

Malah orang yang ketagihan hidu gam sanggup menggunakan bahan alternatif seperti pencair cat, petrol dan tahi lembu kering. Tahi lembu kering itu dibakar dan asapnya disedut.





Thursday, May 2, 2013

GEMPAR..!!!!!!!!!! Rokok Ada M A G I C ????

Admin pernah mendengar cakap-cakap daripada beberapa remaja baru nak mengenal hidup tentang tabiat merokok yang mereka sedang alami semasa itu. Antaranya admin dengar mereka kata, merokok menjadikan mereka hebat dan bergaya, ada kelas, matang, sempoi, ada magic dan  
c o o o o  o o o o  o o o o o o o o l..... Mungkin benar kot sebab baru-baru ni admin terjumpa gambar-gambar hebat 'seorang' perokok. Gambar-gambar ni dah berleluasa di laman sosial facebook. Patut lah budak-budak sekolah rendah pun sibuk nak tunjuk lagak konon-konon dah hebat merokok..

Hmmm...hebat macam ni rupanya...patut lah ramai yang susah nak tinggal tabiat merokok ni. Yang baru nak mencuba pun terkinja-kinja tak sabar nak jadi geng perokok.....begini hebat penangan MAGIC rokok rupanya...

Jom tengok 'kehebatan' magic tu..

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/