Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, November 17, 2011

Keputusan UPSR 2011

Pihak PPDa mengucapkan tahniah kepada murid-murid Tahun 6 yang berjaya dalam UPSR 2011. Seramai 17 orang murid mendapat 5A dan 18 orang murid mendapat 4A1B. Bagi yang kurang berjaya, masih ada peluang di masa hadapan. Tingkatkan usaha dan keyakinan diri. Kejayaan sedang menanti anda...




Monday, November 14, 2011

Aktiviti Akhir Tahun - Jamuan Pemimpin Kecil SKTD 2011

Jamuan diadakan untuk meraikan pemimpin-pemimpin kecil SKTD pada 14 November 2011. Barisan Pengawas PPDa turut diraikan. Pada tahun ini penyelaras PPDa telah bersetuju untuk menganugerahkan hadiah Pengawas PPDa Lelaki Terbaik dan Pengawas PPDa Perempuan Terbaik 2011. Hadiah penghargaan kepada Exco-exco Pengawas PPDa juga telah diadakan. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajah Rafiah Abdul Razak. Kemudian, jamuan diadakan di kantin.

Pengawas PPDa Terbaik Lelaki  2011 - Sathees A/L Balachandru

Pengawas PPDa Terbaik Perempuan  2011 - Shahira Umaira bt Baharul Fuaidi

Friday, November 11, 2011

Hari Kanak-kanak 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak 2011 telah diadakan di Dewan Seri Dermawan SKTD pada 11 November 2011. Persembahan dipilih mengikut satu tahun satu persembahan. Kanak-kanak ini bertungkus-lumus menjayakan hari istimewa mereka. Hari Kanak-kanak berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Gambar - gambar Hari Kanak-kanak:

Tuesday, November 1, 2011

Aktiviti Akhir Tahun - Latihan Kebakaran

Diadakan pada 1 November sebagai salah satu aktiviti akhir tahun di SKTD. Tujujan adalah untuk menerapkan kesedaran dalam kalangan murid terhadap keselamatan di persekitaran yang membabitkan kemalangan kebakaran. Antara aktiviti ialah ceramah mencegah kebakaran, cara-cara bertindak dalam kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api.