Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, June 30, 2011

1Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Pihak PPDa membantu sekolah dalam menguar-uarkan larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang akan diadakan di SKTD pada hari Sabtu, 2 Julai. Pada hari Khamis, 30 Jun, guru-guru dan pihak pentadbiran SKTD telah bermesyuarat tentang pelaksanaan program ini. Laluan untuk larian dan tugas para guru telah ditetapkan untuk hari tersebut. Guru-guru SKTD sungguh bersemangat sekali untuk bersama-sama merealisasikan program ini.

Oleh yang demikian, pihak PPDa mewakili pihak SKTD mengalu-alukan penyertaan ibu bapa dalam larian ini. Ini kerana ibu bapa digalakkan bersama-sama menyertai larian dengan anak masing-masing. Kami sungguh berbesar hati jika terdapat banyak penyertaan daripada ibu bapa pada hari itu nanti.

Seusai acara larian, program bakal diteruskan dengan pertandingan futsal dan bola jaring antara kelas Tahap 2. Bagi Tahap 1 pula, murid-murid bakal dibawa menonton tayangan video yang berkaitan dengan sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.
Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah bakal menyertai satu pertandingan larian yang akan dilakukan secara serentak di seluruh negara pada 2 Julai 2011 sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian dan sudah tentu kami tidak mahu murid-murid SKTD ketinggalan melakarkan nama masing-masing dalam program ini.

Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing, serentak di seluruh negara.  Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran Malaysia,  Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping, Perak. 

Monday, June 27, 2011

Kami Dapat 5A..!!!

Dalam perhimpunan rasmi hari Isnin 27 Jun 2011, telah diadakan satu penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mendapat 5A dalam Peperiksaan Pertengahan  Tahun yang lalu. Anugerah ini adalah untuk Tahap 2 sahaja bagi kali ini. Ia adalah sebagai galakan kepada murid-murid agar mengekalkan kejayaan mereka terutamanya dalam peperiksaan yang akan datang dan peperiksaan UPSR bagi murid-murid tahun 6. Tahniah bagi murid-murid yang berjaya pada kali ini.

Cemerlang 5A  Tahun Enam -dari kiri- Azeem bin Muhamad Nazri, Irfan Affendy bin Adrian, Zakwan Afandi bin Shamsul Anuar, Nur Muhammad Rifqee bin Kamarul Haizat, Muhd Hariz bin Rozziano dan  Farah Wahida binti Ghazali .
 Tiada dalam gambar -  Nurul Haziqah bt Khairi.

Cemerlang 5A Tahun Empat - Nurul Husna bt Mohd Ghazali

Cemerlang 5A Tahun Lima - Nurul Amira bt Mohd Fauzi

Saturday, June 25, 2011

Kejohanan Olahraga SKTD 2011

Kejohanan Olahraga SKTD 2011 telah berlangsung di padang SKTD dengan jayanya. Tahun ini rumah Waja (Biru)  berjaya menjadi Johan. Naib Johan disandang oleh rumah Putra (Kuning).

persiapan padang sebelum hari sukan oleh guru-guru
Khemah peserta gagah dengan hiasan tersendiri

di pentas perasmi -nyanyian lagu kebangsaan sebelum perasmian

perbarisan rumah-rumah sukan dan lafaz ikrar




acara perasmian


pembawa bendera sekolah dalam perbarisan - diketuai oleh adik Rifqee

rumah Wira ( hijau )

rumah Waja ( biru ) - Johan 2011

rumah Perdana (merah) - Johan Perbarisan

rumah Putra (kuning) - Naib Johan 2011



pertunjukan taekwondo dipimpin oleh Master Kuppusamy dari Kelab Taekwondo Samdo Chagi

pertunjukan taekwondo gabungan murid SKTD dan empat orang murid jemputan iaitu ahli Kelab Taekwondo Samdo Chagi





pertunjukan pecah papan oleh empat orang peserta jemputan dari Kelab Taekwondo Samdo Chagi

acara prasekolah



acara ibu bapa dan guru - lumba basikal!!!









Thursday, June 23, 2011

Minggu Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu pada 23 Mei hingga 26 Mei yang lalu. Antara aktiviti yang diadakan pada minggu berikut ialah aktiviti Tahap 1 iaitu Tulisan Cantik (Tahun 1), Imlak (Tahun 2), Menulis Himpunan Pantun (Tahun 3) dan aktiviti Tahap 2 iaitu Buku Skrap Cerita Pendek (Tahun 4), Kalendar Puisi (Tahun 5), Buku Skrap Peribahasa (Tahun 6) dan  Pertandingan Bercerita Tahap 2. Prasekolah turut terlibat dalam aktiviti Membaca Petikan Pendek, sementara kelas Pemulihan terlibat dalam aktiviti Membaca Cerita.

Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Para pemenang telah pun dikenal pasti dan hanya menunggu hari untuk penyampaian hadiah Minggu Bahasa Melayu kali ini.


Ucapan pengerusi program, Cikgu Zoraimi

Persembahan sempena pelancaran program Minggu Bahasa Melayu

Murid-murid Tahun 4 sedang menjalankan aktiviti menghasilkan Buku Skrap Cerita Pendek di dalam kelas