Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, June 10, 2010

MAJLIS JASAMU DIKENANG: BIODATA BONDA HJH. KAMARIAH (SIRI 3)

Slide 4
Slide 8
Pn. Hajah Kamariah Bt. Mohamad merupakan Guru Besar SKTD yang kelima. Dilahirkan di Bagan Datoh, Perak pada 23 Mei 1955. Beliau merupakan anak yang kedua daripada 12 orang adik-beradik. Nama timangan beliau ialah 'Juriah'. Suami beliau ialah Hj. Harith Bin Husin, yang juga merupakan pesara kerajaan. Beliau mempunyai lima orang anak iaitu Nadiah, Nadrah, Nazihah dan Nazmi. Dua orang anak perempuan telah pun mendirikan rumahtangga. Beliau juga telah mempunyai seorang cucu.
Slide 9
Beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1977 hingga 1979. Antara sekolah yang beliau telah berkhidmat iaitu:
 
1. SMK Seri Muara, Bagan Datoh, Perak.
2. SMK Derma, Kangar, Perlis.
3. SK Seri Perlis, Kangar, Perlis.
4. SK Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.
5. SK Manjoi 2, Ipoh, Perak.
6. SK Sg. Raya.
7. SK Seri Ampang, Ipoh, Perak.
8. SK Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur.
Guru Besar:
9. SK Sg. Penchala, Selangor.
10. SK Seri Saujana, Kuala Lumpur.
11. SK Seri Kepayang, Ipoh, Perak.
12. SK. Tasek Dermawan, Ipoh, Perak.

Antara kebolehan beliau ialah selalu menjadi pengerusi majlis, merupakan pengarang buku bertajuk "Pancaminda' dan sebagainya. Prinsip yang beliau pegang ialah "Jadikan amalan membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa."
Antara pencapaian beliau berkhidmat sebagai guru ialah Guru Cemerlang Bahasa Melayu(1994-2001), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(2005) dan Anugerah Guru Besar Cemerlang(2008). Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ialah kunjungan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Ahamad Bin Sipon ke SK Seri Saujana, Kuala Lumpur pada tahun 2004.


Slide 39
Sekolah yang paling kemas, bersih dan ceria pernah saya lawati. Syabas dan tahniah kepada semua warga sekolah atas kejayaan sekolah. “This is a perfect school.”
Dato’ Ahamad  Sipon 20.04.2006
Ketua Pengarah Pelajaran
 
 Antara idea beliau ketika berada di SKTD ialah:
1. Bilik Sumber PPDa SKTD sehingga memenangi Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan(2009) 
2.  Sambutan Hari Lahir pada setiap bulan untuk guru dan murid pada setiap Rabu minggu pertama.
3. Anugerah Murid Mithali yang diadakan setiap bulan untuk Tahap 1 dan 2.
 4. Mewujudkan Laman Tani, Laman Merdeka, Laman Samudera, Laman Permainan Rakyat, Laman Herba, Mini Dusun dan Mini Zoo.
 
Jasa yang disumbangkan oleh Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad semasa di SKTD atau semasa berkhidmat di sekolah lain akan dikenang sepanjang hayat. Begitu juga galakan, nasihat, peluang, nasihat, panduan dan teguran selama ini kepada warga SKTD akan dikenang sampai bila-bila. Semoga Allah SWT. akan memberikan rahmat dan kebahagiaan buat Bonda sekeluarga.
 


MAJLIS JASAMU DIKENANG: PERSARAAN BONDA HJH. KAMARIAH (SIRI 2)

Lebih kurang pukul 3.15 petang, bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, satu majlis 'high tea' diadakan khas untuk Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Staf SKTD. Para guru, staf serta beberapa orang ibu bapa yang diketuai oleh Dr. Yahya Bin Osman, YDP PIBG turut hadir. 

Wednesday, June 2, 2010

MAJLIS JASAMU DIKENANG(SIRI 1)

Pada 31 Mei 2010, hari Isnin suatu majlis khas telah diadakan bagi persaraan Bonda Hajah Kamariah Binti Mohamad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan(SKTD). Semua warga SKTD turut serta dalam majlis tersebut. Selain itu, tetamu khas iaitu, Tuan Haji Mohd. Radzi Bin Abdul Jabar, Pengarah Jabatan Negeri Pelajaran(JPN) Perak dan Encik Said Bin Manap, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kinta(U) bersama barisan tetamu jemputan lain yang terdiri daripada pegawai-pegawai JPN, PPD Kinta(U), Encik Othman Bin Abdul Aziz, wakil Majlis Guru Besar(MGB) Kinta(U) dan,barisan guru besar sekitar SKTD turut sama meraikan persaraan Guru Besar SKTD.