Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, October 31, 2012

Bilik Moral Baharu

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Moral yang telah berjaya mewujudkan satu bilik Moral yang baharu dan cantik. Bilik ini di Aras 2 iaitu di hadapan bilik PPDa.



Wednesday, October 24, 2012

Kusyi Hirdan datang..!!!!!

Pada 24 Oktober , novelis terkemuka, Kusyi Hirdan telah datang berkunjung ke SKTD. Bermula dengan acara 'merisik' oleh Cikgu Norfatim yang mengetahui Kusyi Hirdan datang ke sekolah anak beliau di SKTI (seperti cerita Kusyi Hirdan dalam blog beliau Jendelaku.com ), SKTD juga akhirnya dapat menumpang keseronokan berjumpa dan bertentang mata dengan Kusyi Hirdan. Memang ramai sebenarnya anak-anak SKTD ini gila buku. Termasuklah yang 'merisik' tadi. (senyum sikit..;) ).

Selepas sesi penerangan kerjaya oleh Kusyi Hirdan, beberapa orang murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan ulasan buku. Semua peserta diberi penerangan oleh Cikgu Nora tentang cara-cara mengulas buku beberapa hari sebelum pertandingan. Sebenarnya program mengulas buku ini adalah salah satu program yang aktif dijalankan di SKTD. Jadi, tidak ada masalah untuk murid-murid menyertai pertandingan ini apabila diminta berbuat demikian. Apatah lagi mengetahui Kak Kusyi Hirdan yang akan mengadilinya!. Murid-murid SKTD tidak ketinggalan membeli buku-buku yang ditawarkan. 

Terima Kasih Kusyi Hirdan! Semoga dapat datang lagi di masa hadapan...!!



Monday, October 22, 2012

Selamat Datang Guru Besar Baharu

SKTD telah menerima seorang guru besar baharu bagi menggantikan tempat Pn Hajah Rafiah Abd.Razak. Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Norihani bt Abdullah. Selamat datang diucapkan kepada beliau. Puan Norihani sebelum ini pernah ditugaskan di Sabah , sebelum ditukarkan semula ke Semenanjung lima tahun kemudian.

Beliau meneruskan tugas di Sek. Men. Perempuan Methodist, kemudian ke SK Cator Avenue. Seterusnya meneruskan khidmat di Sekolah Dato Ahmad Said dan SK Jati. Beliau terus berkhidmat dengan menyandang jawatan Guru Besar di SK Syed Idrus sebelum berkhidmat di SK Tasek Dermawan.

Selamat datang diucapkan. Kami pasti SKTD akan terus cemerlang di bawah pimpinan cikgu.

Puan Norihani bt Abdullah, Guru Besar SK Tasek Dermawan.



Wednesday, October 17, 2012

Majlis Perpisahan Puan Hajah Rafiah bt Abd.Razak

.................  :(  .....................  :(  ....................  :( ..................  



Monday, October 15, 2012

SKTD Berduka....- Pertukaran Guru Besar

Sebagaimana basahnya bumi ditimpa hujan pagi Isnin nan damai 15 Oktober 2012, begitulah 'basah'nya hati warga SKTD atas berita pertukaran Guru Besar, Puan Rafiah Abd. Razak ke SK Sungai Rokam. Debaran hati murid-murid untuk menjalani Peperiksaan Akhir Tahun /PKSR2 disulami dengan rasa sayu kerana akan kehilangan Guru Besar yang amat banyak jasa dan keringatnya tumpah di bumi SKTD bagi memastikan warga-warganya mengecap nikmat terindah dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.

Kami semua di SKTD mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bertukar kepada Puan Hajah Rafiah ke SK Sungai Rokam. Semoga beliau dapat memberikan khidmat cemerlang beliau di sana pula. Warga SKTD terpaksa akur akan pusingan waktu. Yang datang akan pergi bila tiba masanya. Jasa beliau di SKTD akan tetap kami semua ingati, budinya akan disemai dan baktinya akan dituai selagi masa berdetik dan bumi berputar. Hanya TERIMA KASIH yang dapat kami semua ucapkan kepada Puan Hajah Rafiah atas sumbangan jasa beliau yang tidak terhitung di bumi SKTD ini.

Dengan beliau kami bangkit, 
dengan beliau kami bangun berjuang, 
dengan beliau kami menghitung kejayaan 
dan kami akan terus menyuburkan pesanan 
dan ingatan beliau kepada kami 
agar menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Cikgu, 
kami tidak jumpa lagi perkataan yang sesuai untuk diucapkan, 
hanya....
TERIMA KASIH, 
TERIMA KASIH, 
TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA........
TERIMA KASIH CIKGU!!!


~ Inilah Guru Besar Kami...Puan Hajah Rafiah yang...................


berwibawa



Wednesday, October 10, 2012

Perkhemahan Perdana 2012 dan Hari Kokurikulum 2012

Baru-baru ini diadakan Perkhemahan Perdana 5 hingga 7 Oktober 2012 serentak dengan Hari Kokurikulum pada 6 Oktober 2012. Program berlangsung dengan lancar dan meriah. Lebih kurang 100 orang murid telah melibatkan diri dalam perkhemahan ini yang diadakan di padang dan persekitaran sekolah merangkumi aktiviti mendirikan khemah, solat berjemaah, tazkirah, 'burung hantu', 'kucing buta', senaman pagi, membina gajet, malam kebudayaan dan masakan rimba. Sepanjang perkhemahan, kumpulan guru-guru bahagian memasak bertungkus-lumus menyediakan makanan murid. ....Itulah rahsianya peserta-peserta perkhemahan kekenyangan sepanjang program....!!!

Sementara itu untuk Hari Kokurikulum, aktiviti yang dijalankan ialah persembahan kawad kaki dan  jualan gerai yang dilakukan oleh Kelab Guru, Kelab Seni, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab BOSS, Kelab Pencinta Alam dan Persatuan Nasyid dan Koir. Kelab Pencegahan Jenayah, walaupun menjadi kelab yang paling lambat membuka gerai, [ kerana menu 'ayam goreng Gerenti Sedap' yang lambat tiba :) ], telah berjaya menjadi gerai yang paling awal ditutup kerana semua barang jualan habis terjual..(senyum sikit..). Lima orang murid pembantu gerai yang terdiri daripada ahli kelab pun kenyang kerana mendapat upah makan ayam goreng dan naget percuma!! Turut diadakan ialah aktiviti karaoke dan pertandingan mewarna Tahap Satu dan Dua. Bilangan pengunjung yang hadir amat menggalakkan.

jom tengok gambar........



Thursday, August 30, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya 2012

kaunter minuman - tokeh = cikgu Lan dgn cikgu Naim

kaunter bihun sup - tokeh= ...???



Sunday, July 1, 2012

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 10 SK Tasek Dermawan

Tarikh 1 Julai berlangsungnya acara kejohanan Balapan dan Padang ke 10 di padang SKTD dengan  dirasmikan oleh Encik Badrul Hisham bin Jaafar AMP, PPT. Acara berlangsung meriah dengan penuh semangat kesukanan. Rumah Waja (BIRU) dinobatkan Johan dan Putra (KUNING) sebagai Naib Johan. Manakala rumah Perdana (MERAH) tempat ketiga dan Wira (HIJAU) tempat keempat. Tahniah kepada pemenang. Rumah Wira turut diangkat sebagai Johan Perhiasan Khemah dan juga Johan Perbarisan.

Olahragawan tahun 2012 diungguli oleh adik Norfarhan Aiman bin Hamidi manakala Olahragawati 2012 dipegang oleh adik Norfatihah. Kedua-dua mereka adalah dari Rumah Putra (KUNING). SKTD berbangga dengan anda!!





Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru untuk semua guru di SK Tasek Dermawan




layari facebook sihatkuattanpadadah untuk melihat lebih banyak gambar..

Monday, May 14, 2012

Sajak Jauhi Najis Dadah

Sajak - Jauhi Najis Dadah







Teman


Janganlah kau alpa


Jangan ikut arus dunia


Dunia ini dunia leka.






Dadah, rokok, arak


Hanya musibah yang datang kelak.






Pil ecstasy, syabu, heroin


Hanya gagal akan mendamping.






Morfin, inhalan, daun ketum


Janganlah diri sendiri yang kau hukum.






Jauhilah dirimu dari semuanya


Nescaya


Satu dunia dapat manfaatnya.

 
~hasil nukilan Guru PPDa SKTD~

Friday, May 11, 2012

Sajak Rokok Pembunuh

Pada perhimpunan pagi 9 Mei 2012, selain info 5 minit anti dadah yang dibacakan oleh pengawas PPDa mengikut giliran, seorang murid juga telah mendeklamasikan sajak anti dadah bertajuk Rokok Pembunuh. Murid tersebut ialah adik Siti Nur Umairah bt Zainal Abidin dari kelas 3 Delima dan juga merupakan juara kelas 3D untuk Pertandingan Mendeklamasi Sajak sempena Minggu PPDa. Berikut ialah sajak yang dibacakan oleh adik Siti Nur Umairah.


Sajak - Rokok Pembunuh

Putih berarak


Kau bukan awan


Semerbak bau mu


Bukannya haruman.

Kau


Asap dari sang pembunuh.

Rokok


Kau hanya pemusnah


Bukan saja pemilikmu


Tapi semuanya menghidu bahaya.

Ibu? Ayah? Anak?


Bakal rosak paru-parunya


Semua kau punya angkara.


Rokok


Ku hanya melihat keji dirimu


Kau pemusnah!


Kau pemusnah!

             ~hasil nukilan Guru PPDa SKTD~

Thursday, May 10, 2012

Info 5 Minit Anti Dadah - 21 April 2012 - Tajuk : Syabu

Disampaikan oleh: Muhammad Ikhmal Hakim bin Eko Praiyitno

Syabu


Cara penyalahgunaan syabu

1. Menghidu


2. Menelan


3. Menghisap


4. Menyuntik


Bahaya syabu

1. Merosakkan tubuh


2. Suntikan syabu terus ke otak melalui sistem darah yang menyebabkan khayal berpanjangan


3. Menghilangkan selera makan


4. Mengganggu denyutan jantung merosakkan buah pinggang dan paru-paru


5. Kerosakan kulit yang menjadi kudis akibat digaru untuk menghapuskan bayangan serangga yang disangka berada pada kulit


6. Tidak boleh tidur, terlalu aktif, runsing, khayal, ganas, gila dan tidak bersimpati


7. Badan berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan


Mengapa penyalahgunaan syabu semakin bertambah

1. Murah dan mudah dihasilkan


Kesan syabu

1. Jenayah kekejaman meningkat


a. Orang terdekat pengguna syabu seperti pasangan, anak, adik-beradik, ibu bapa dan jiran terdedah dengan bahaya seperti dicederakan, kecurian harta benda dan pembunuhan

2. Bahaya penghasilan syabu


a. Pengeluaran syabu secara haram membahayakan masyarakat dan persekitaran


b. Proses ini melepaskan kimia toksik yang boleh mencemarkan sungai yang akhirnya meracuni tumbuhan dan ternakan

3. Kos pembersihan


a. Kos pembersihan sisa penghasilan syabu yang mencemarkan alam sekitar sangat tinggi dan merugikan negara


Mengenali penagih syabu

1. Kurus kering


2. Gila, bertenaga, panas baran, tidak boleh tidur berjam-jam


3. Kurang bersih, gigi rosak, kulit berkudis dan pucat


Soalan Kuiz Terkumpul


Wednesday, May 9, 2012

Puan Hajah Rafiah mengerjakan umrah

Pada 7 Mei juga turut diadakan program bacaan Yasin dan doa selamat sempena keberangkatan Puan Hajah Rafiah ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada hari Rabu 9 Mei 2012. Semua warga SKTD mengharapkan Puan Guru Besar selamat berangkat pergi dan balik serta dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang beliau di Tanah Suci nanti.

Tuesday, May 8, 2012

Program Mentor Mentee 2012

Rentetan daripada Program Guru Penyayang, Pelancaran Program Mentor Mentee turut diadakan pada 7 Mei 2012 yang lalu. Pelancaran dilakukan oleh Guru Besar SKTD, Puan Hajah Rafiah bt Abd Razak. Program penyerahan mentor mentee turut diadakan yang melibatkan semua guru SKTD dengan murid Tahun 6 2012.

Monday, May 7, 2012

Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Aktiviti Minggu PPDa

Telah dijalankan semasa perhimpunan pagi 7 Mei 2012. Berikut adalah senarai pemenang:

Pemenang Pertandingan Sudut PPDa Dalam Kelas Tahap 1


3 Berlian


Pemenang Pertandingan Sudut PPDa Dalam Kelas Tahap 2

5 Delima


Pemenang Kuiz Anti Dadah
1. Muhammad Irfan Idham b. Mohd Zuki ( 3 Berlian )

2. Muhammad Nur Solehin b. Mazlan ( 3 Berlian )

3. Arif Firdaus  b. Aminuddin ( 3 Delima )

4. Syahmin bin Rosman ( 3 Berlian )

5. Nur Syazliana bt Ahmad Radzi ( 3 Berlian )

6. Nor Rasinah bt Mohammad ( 5 Berlian )


Menulis Karangan Anti Dadah
1. Nurfarah Hanim bt Hamizi (6 Zamrud)


Pemenang Pertandingan Mewarna Anti Dadah Prasekolah Bestari

1. Amirah Husnina bt Rozi @ Mohd Zaini

2. Nurul Afrina Batrisyia bt Khairul Anuar

3. Zamil Ikhwan bin Ahmad Zaki Yamani


Pemenang Pertandingan Mewarna Anti Dadah Prasekolah Pintar

1. Nur An’nisa Balqis bt Mohd Farid

2. Muhammad Danish b. Ahmad Jozaily

3. Nur Alyaa Insyirah bt Mohd Irwan


Pemenang Pertandingan Mewarna Anti Dadah Tahap 1

1 Berlian

1. Siti Khadijah Zambri bt Zambri

2. Nabil Fathullah b. A.Ramlee

3. Tharcanaa A/P Thinakaran
1 Delima

1. Nur Maisarah bt Ismail

2. Ahmad Mirza Danish bin Sazimi

3. Siti Aisyah bt Imran
1 Zamrud

1. Noor Syamimi bt Abd.Rahman

2. Nur Zulaikha bt Zamahuri

3. Aleysha Iman bt Azhan

2 Berlian

1. Ainin Sofia bt Azizi

2. Syasya Kristina Amanda bt Shamsul Kamaru Ain

3. Nur Alieya bt Shahrul Niza

2 Delima

1. Muhamad Noor Iskandar b. Noor Kamal

2. Muhammad Aniq Farhan b. Mohamad Anis

3. Nur Aleeya Farisha bt Rostam

2 Zamrud

1. Nur Insyirah bt Khairuddin

2. Mohamad Aydin b. Mohd Ghazali

3. Khalil Gibran b. Fakrul Azman

3 Berlian

1. Mohd Irfan Idham b. Mohd Zuki

2. Nur Amira Asha bt Rashdan

3. Naeilah Al Farafishah bt Sallehuddin

3 Delima

1. Mohd Nazmi b. Mohd Faizal

2. Muhammad Haris Rifqi bin Husni

3. Siti Nur Umairah bt Mohd Zubir

3 Zamrud

1. Nur Nadiah bt Abdullah Naim

2. Muhd Hazim b. Rohani

3. Nur Ain bt Ismail Jar



Pertandingan Mendeklamasi Sajak Anti Dadah

6 Berlian

1. Nur Husna Afiqah bt Azahar

2. Nor Hana Najwa bt Chek Nasrudin

3. Noor Syarah bt Abd. Rahman

6 Intan

1. Noor Syauqina Adhwa bt Noor Azlan

2. Mohammad Aiman b. Mohd Sharifuzan

3. Yasehgi A/P Soundaraja

6 Delima

1. Nuriznie Nabilla bt Ayob Bulgamin

2. Farid bin Fadzil

3. Nurfarhan Aiman bt Norhamidi

5 Berlian

1. Muhammad Noramsyar Wazien b. Norazlan

2. Balqis Sofiyah bt Kamarul Haizat

3. Sharifah Nur Zainina bt Syed Zamree

5 Intan

1. Nur Aliyatul Izzah bt Yahya

2. Nur Shahira Balqis bt Mustafa Kamal

3. Nur Athirah bt Roslay
5 Delima

1. Nurul Izzah bt Maslizam

2. Nur Batrisyia Yusrina bt Khairuddin

3. Anis Zulaikha bt Abd.Rashid

5 Zamrud

1. Nur Sayyidah Najwa bt Mohmad Zamri

2. Mohd Afif Jazimin b. Amran

3. Dayana Farisha bt Mohd Faizal

4 Berlian

1. Welimina Anak Robert

2. Mardhiah bt Rohani

3. Nur Aisyah Syahira bt Mohd Zamri

4 Intan

1. Yasreen Soeraya bt Muhd Redza

2. Nur Syafiqah Umairah bt Mohd Sharul Azam
4 Zamrud

1. Aisyah Syakirah bt Azhar

2. Nur Husna Nabila bt Badrul Hisham

3. Amirah Batrisyia bt Anwar Sidek

3 Delima

1. Siti Nur Umairah bt Zainal Abidin

2. Mohd Nazmi b. Mohd Faizal

3. Nur Amissa bt Mohd Yani

2 Berlian

1. Ahmad Asraf b. Ahmad Borhan

2. Nur Husnina Maisarah bt Hairul Asmizan

3. Meor Irfan b. Rasdy

2 Delima

1. Nur Ashyda Maira bt Mohd Zamri

2. Muhammad Noor Iskandar b. Noor Kamal

3. Nurain Safi bt Mohamad Shamsi



Pertandingan Melukis Poster Tahap 2


Tahun 4
1. Livkeerath Deep Kaur Malhi A/P Kuldeep Singh (4Z)

2. Harneetjit Kaur A/P Ajit Singh (4Z)

3. Nur Husna Nabila bt Badrul Hisham (4Z)

4. Muhd Syahmi b. Ismail (4D)

5. Intan Balqis bt Ismail (4B)

6. Muhd Adrian Sani b. Badrol Hasni (4D)

7. Aisyah Syakirah bt Azhar (4Z)

8. Mohd Danial Shah  b. Amran (4B)

9. Deneswary A/P Mehenthiran (4B)

10. Sanjana Kaur A/P Sukdershan Singh (4Z)



Tahun 5

1. Lim Kah Yee (5Z)

2. Anis Zulaikha bt Abd Rashid (5Z)

3. Nur Batrisyia Yusrina bt Khairuddin (5D)

4. Nur Alia Natasha bt Mohd Azhar (5B)

5. Nurul Nabila bt Azman (5Z)

6. Noor Syaza bt Abd Rahman (5Z)

7. Nur Syahira Balqis bt Mustafa Kamal (5I)

8. Hooi Shien Wey (5Z)

9. Nur Atikah Fatihah bt Abd.Razak (5I)

10. Meor Alif Farhan b. Rasdy (5I)


Tahun 6

1. Thinashini A/P Kumar (6I)

2. Chan Xing Long (6B)

3. Yasehgi A/P Soundaraja (6I)

4. Liew Lay Yen (6D)

5. Kirosa A/P Subramaniam (6D)

6. Mohd Shafiq b. Mohd Zaki (6I)

7. Noor Syarah bt Abd Rahman (6I)

8. Charles Andre Adhitarama (6I)

9. Nor Nabilah Syasya bt Abdol Manap (6D)

10. Reynuga Selvam (6Z)



Monday, April 30, 2012

Program Guru Penyayang

Dilancarkan pada 30 April 2012 pada jam 8.00 pagi dalam perhimpunan rasmi sekolah.
Dirasmikan oleh Encik Hajar bin Malik, Penyelia Kanan HEM, PPD Kinta Utara.

Tuesday, April 24, 2012

Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2012

Minggu Bahasa Melayu telah dilancarkan pada 23 April 2012 dan akan berlangsung sehingga 27 April 2012. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti permainan kosa kata, kuiz bahasa, mencari makna simpulan bahasa dan peribahasa, pertandingan menulis imlak dan sebagainya.

Sepanjang Minggu BM ini, guru-guru boleh menggunakan inisiatif masing-masing dengan membawa murid-murid ke lapangan untuk menggunakan bahan-bahan yang digantung di sekeliling kawasan dataran perhimpunan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran masing-masing.

Kesemua bahan-bahan berkaitan bahasa yang digantung adalah hasil usaha bersama semua guru-guru Bahasa Melayu yang telah bekerjasama menghasilkan bahan-bahan ilmiah seperti selayut simpulan bahasa, peribahasa, sinonim, antonim dan sebagainya.

Dalam Minggu BM ini juga, Unit PPDa turut menjalankan program berkaitan anti dadah sebagai kesinambungan program PPDa berentaskan kurikulum seperti Pertandingan Mendeklamasi Sajak Anti Dadah Tahap 1 dan Tahap 2, dan Pertandingan Menulis Karangan Tentang Bahaya Dadah untuk Tahap 2.

Monday, April 23, 2012

Minggu PPDa 2012 - Peraduan Menulis Karangan Anti Dadah dan Mendeklamasi Sajak Anti Dadah

Sempena program bersepadu bersama Minggu Bahasa Melayu yang dilancarkan 23 April 2012, Minggu PPDa masih meneruskan program yang dirancang bersesuaian dengan Minggu Bahasa Melayu yang sedang berlangsung.

Pertandingan Mendeklamasi Sajak Anti Dadah telah dibuka untuk pendaftaran sehingga Selasa 24 April 2012. Guru-guru BM telah dimaklumkan minggu lepas untuk mencari nama peserta dan melatih mereka yang berminat. Keterangan lanjut, sila hubungi Cik Atiqah Ibrahim, AJK Guru PPDa. Pertandingan dibuka kepada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan akan dijalankan pada hari Khamis 26 April 2012.

Seterusnya, Pertandingan menulis karangan anti dadah juga turut dijalankan. Pertandingan dibuka kepada murid-murid Tahap 2 sahaja. Murid yang berminat boleh mengikut panduan di bawah untuk menghasilkan karangan. Karangan yang telah siap ditulis atau ditaip menggunakan komputer, boleh dihantar kepada Guru PPDa selewat-lewatnya hari Jumaat 27 April 2012.

Tajuk Karangan - Bahaya Dadah.

Pengenalan-
-dadah - musuh negara - pada awalnya - berguna - salah guna - kuantiti yang banyak - menjadi bahaya.

Isi 1 -
- jenis-jenis dadah - syabu, heroin, pil khayal, morfin, inhalan dan sebagainya - semua jenis dadah - memudaratkan - jika diambil berlebihan - kerana dadah - biasa digunakan dalam kuantiti sedikit sahaja.

Isi 2 -
- dadah - bahaya - kerana - merosakkan urat-urat saraf dalam otak - melemahkan daya tahan tubuh - penagih - akan terlalu kurus - hilang pedoman hidup.

Isi 3 -
- penagih cenderung - menjadi penjenayah - usah - mendapatkan bekalan - gunakan apa cara sekali pun - merompak, membunuh, menculik dan sebagainya.

Penutup-
- jauhilah dadah - menghancurkan masa depan - hilangkan saat-saat bahagia dalam hidup - disisih daripada masyarakat.