Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, December 30, 2009

PROGRAM PPDa SEPANJANG TAHUN 2010 :) SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2010


Pada amnya, program PPDa pada tahun ini tidak banyak bezanya dengan tahun lepas. Walaupun begitu, sekolah berhasrat untuk menambah banyakkan Papan Kenyataan atau Sudut PPDa di sekitar sekolah,

Monday, November 23, 2009

UPSR 2009- BUAT SEHABIS BAIK!

Tanggal 19 November 2009, hari Khamis merupakan detik bersejarah bagi murid-murid Tahun 6 sesi 2009. Keputusan Peperiksaan UPSR 2009 telah diumumkan dalam satu majlis khas di Dewan Sri Dermawan. Turut hadir, para ibu bapa murid Tahun 6, yang telah

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2009


SKTD sekali lagi mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang 2009(MAC) pada 18 November 2009, hari Rabu bermula pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.20 tengah hari. MAC dirasmikan oleh En. Ahmad Bashir B Hj. Abd. Rahim, Pen. Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta Batu Gajah. Perasmi juga

Saturday, November 14, 2009

HARI KANAK-KANAK DAN KONVOKESYEN PRA SEKOLAH 2009




 Bertarikh 12 November 2009, hari Khamis, SKTD menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak di Dewan Terbuka SKTD. Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pn. Hjh. Maimoon Bt. Mat Akil, Pengarah Urusan Berani Guard Sdn. Bhd., Subang Jaya, Selangor DE.




Wednesday, November 4, 2009

PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK ADIK JAGDIS


Pada 3 November 2009, pada perhimpunan rasmi hari Isnin, telah diadakan satu majlis penyampaian penghargaan kepada Adik Jagdis Singh Sidhu a/l Kalwant Singh, Pengawas PPDa.

Adik Jagdis telah berjaya mewakil Perak ke Johor untuk mengikuti Majlis Alumni Sahabat

Thursday, October 22, 2009

SKTD TERBILANG!


Satu kejayaan yang cukup manis bagi tahun ini. Bilik Sumber PPDa SK Tasek Dermawan telah berjaya memenangi Tempat Ketiga bagi Anugerah Pengurusan Bilik Sumber Dan Sudut/Lorong Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2009

Sunday, October 18, 2009

MINGGU KESIHATAN 2009

Pelancaran Minggu Kesihatan telah dilancarkan Pn. Hjh Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD pada 12 Oktober, hari Isnin. Tujuannya, untuk mendedahkan warga SKTD tentang kepentingan penjagaan kesihatan.

Monday, October 12, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI Deepavali PERINGKAT SEKOLAH 2009


Pada 10 Oktober 2009, Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Deepavali Pringkat Sekolah diadakan. Ia bermula pada pukul 10.45 pagi hingga 1.05 petang. Antara aktiviti dijalankan ialah

INFO 5 MINIT

Sudah agak lama tiada ulasan berkenaan Info 5 Minit Anti Dadah, Info 5 Minit yang dijalankan pada setiap hari Rabu untuk mendedahkan warga SKTD terutamanya, murid-murid tentang pelbagai maklumat berkaitan dadah, rokok, Inhalan, HIV/Aids dan Arak.

Sunday, October 11, 2009

BULAN BAHASA KEBANGSAAN



Perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah telah dilancarkan oleh Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohammad pada 5 Oktober 2009, Hari Isnin. Pelbagai program dan aktiviti dirancang bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2009.

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA PUASA

Assalamualaikum wbr...
Pada hari raya kali ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua warga SKTD dan para pembaca blog ini, jika ada silap dan salah perkataan atau perbuatan, harap diampunkan.

Thursday, September 17, 2009

PERASMIAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2009



Pada 16 September 2009, bersamaan dengan ulang tahun kelahiran Malaysia yang merangkumi Sabah dan Sarawak, telah diadakan

Tuesday, September 15, 2009

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Assalamualaikum wbr...

Dalam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Tidak lewat untuk kita renung balik antara amalan-amalan yang kita telah lakukan atau akan dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelang tidak lama lagi. Ibadat yang kita lakukan pada masa terluang

Sunday, September 6, 2009

MENANGIS DI PAGI SYAWAL...

:( Terbuka hati pada dinihari membawa secebis kisah menyayat hati seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dibunuh oleh bapa saudara yang tidak berperikemanusiaan.

Saturday, September 5, 2009

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2009

Bermula 8 September 2009 sehingga 10 September, murid tahun 6 SKTD akan menduduki peperiksaan UPSR. Didoakan agar pencapaian UPSR tahun ini akan mencapai kejayaan

Friday, August 28, 2009

SELAMAT BERPUASA DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN


Pada 21 Ogos 2009, bersamaan hari Jumaat dua aktiviti telah dijalankan secara serentak iaitu, Sambutan Bulan Ramadhan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan, yang dirasmikan oleh

Tuesday, August 18, 2009

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2009


Bermula dari minggu lepas lagi, SKTD telah menggantung bendera-bendera di sekitar sekolah bagi meraikan bulan kemerdekaan. Begitu juga kelas-kelas telah mula menghias

INFO H1N1


Perhimpunan pagi hari ini menyentuh tentang virus selesema H1N1 atau selesema babi, yang merujuk kepada langkah-langkah pencegahan daripada merebaknya wabak yang cukup berbahaya pada kali ini.

SELAMAT MENJAWAB UJIAN PENGESANAN 3 2009

Bermula 17 Ogos 2009-19 Ogos 2009 , hari Isnin hingga Rabu, murid-murid SKTD akan menjalani Ujian Pengesanan 3 bagi subjek-subjek teras. Perhimpunan rasmi yang biasa dijalankan pada hari Isnin telah ditangguhkan.

Thursday, August 13, 2009

WARNA-WARNI PERHIMPUNAN PAGI


Pada 12 Ogos 2009, hari rabu, perhimpunan pagi pada kali ini sarat dengan pelbagai upacara atau aktiviti yang dijalankan. Dimulakan dengan meraikan warga SKTD yang lahir pada bulan Ogos.

Tuesday, August 11, 2009

SKTD TUAN RUMAH IKHTIFAL J-QAF PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA ZON B

Pada 8 Ogos 2009, sabtu, SKTD menjadi tuan rumah bagi acara IKhtifal J-Qaf Peringkat Daerah Kinta Utara bagi Zon B. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Kuiz Bahasa Arab dan Kalam Jama'ie.

Thursday, August 6, 2009

PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN BILIK SUMBER PPDa 2009- Siri 2.

Majlis sambutan berakhir dengan lagu PPDa yang mengiringi barisan juri serta pengiring, guru-guru dan tetamu ke Bilik Gerakan bagi sesi taklimat yang disampaikan oleh Hjh. Kamariah Bt. Mohamad,Guru Besar SK Tasek Dermawan.

Barisan juri terdiri daripada:

Tuesday, August 4, 2009

PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN BILIK SUMBER PPDa 2009- Siri 1.



Pada awal pagi nan redup, cuaca yang begitu baik sekali pada hari ini, Isnin, 3 Ogos 2009, sekolah menerima barisan juri kebangsaan beserta para pengiring dari JPN, Perak telah tiba tepat pukul 8.30 pagi.



Sebelum itu, En. Peter Khiew, editor dari Echo Perak telah tiba lebih awal untuk menyaksikan sendiri peristiwa yang bersejarah bagi tahun ini serta membuat liputan mengenainya. En. Peter telah membantu pihak sekolah dengan menyatakan rasa minat dengan blog ini dan merupakan satu bonus bagi kami warga SKTD.

Kedatangan disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang yang menggegarkan sekitar sekolah dan disahut oleh murid-murid SKTD dengan keluar beramai-ramai menyambut ketibaan para juri.




Sambutan yang 'simple' tetapi menarik, unik dan 'hebat' seperti yang dinyatakan oleh sebilangan juri dan reaksi wajah yang ditunjukkan.Barisan juri telah disambut oleh Hjh. Kamariah Bt. Mohammad, Guru Besar SKTD, Pn. Hjh. Normah Bt. Ramli, PK Hem, En. Shamsul Bahri B. Ghazali, PK Pentadbiran serta beberapa orang guru dan murid.





Acara dimulakan dengan laungan semangat "SKTD!" sebanyak 3 kali, dan disahut oleh semua murid "Cemerlang!" dan tepukan khas Selamat Datang oleh warga SKTD. Diikuti dengan sayembara puisi-teater bertajuk "Masyarakat Madani Tanpa Dadah-Pesan Buat Teman" oleh Ketua Pengawas Sekolah beserta para pengawas PPDa.

Kemudian, diikuti nyanyian 2 buah lagu iaitu, lagu sekolah dan lagu warisan secara koir dan beramai-ramai di bawah konduktor, Adik Rusyaidi dari tahun 6B. Seterusnya, dengan Laungan "SKTD!", disahut beramai-ramai "Kami Benci Dadah" sebanyak 3 kali dan tepukan khas terima kasih turut diberikan. Majlis sambutan berakhir dengan lagu PPDa yang mengiringi barisan juri ke Bilik Gerakan untuk taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar.

Sambutan yang sederhana tetapi sungguh meriah ini direka dengan konsep One Malaysia, perpaduan memerangi dadah, kerjasama antara semua warga SKTD, kreativiti dan kejituan mesej yang ingin disampaikan sebagai satu projek sekolah yang amat dititik beratkan, melibatkan semua warga SKTD dan masyarakat sekitarnya.

Penghargaan ini diberikan kepada En. Shahpudin sebagai Penyelaras Sambutan serta guru-guru yag terlibat bagi menjayakan acara sambutan ini, kerana "First Excellent Impression is a beginning for a winner".Tahniah buat semua!


Thursday, July 30, 2009

MINGGU KESIHATAN PERINGKAT SEKOLAH



Minggu Kesihatan dilancarkan bermula 27 Julai sehingga 31 Julai. Program penerangan berkaitan kesihatan diadakan pada setiap hari.Tujuan utamanya, adalah

HADIAH UNTUK JUARA...



Pada 27 Julai 2009, pada waktu perhimpunan rasmi, satu majlis penyampaian hadiah bagi para pemenang pelbagai

ANUGERAH MURID MITHALI JULAI 2009



Pada 22 Julai yang lalu satu majlis di adakan sebagai pengikhtirafan kepada 4 orang murid SKTD yang dipilih sebagai Murid Mithali Bulan Julai 2009. Anugerah tersebut diadakan setiap bulan. Anugerah disampaikan oleh Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD.
Pemilihan murid-murid ini berdasarkan

Wednesday, July 22, 2009

PERTANDINGAN RUANG MINI PPDa- TAHNIAH BUAT SEMUA



Pada hari Isnin, 22 Julai 2009, keputusan Pertandingan Ruang telah diwar-warkan olehUstazah Salamah selaku Timbalan Ketua Juri. Pertandingan ini telah berlangsung hampir

Wednesday, July 15, 2009

UJIAN PENGESANAN 2 dan TKRs



Bermula 14 Julai sehingga 16 Julai, murid-murid SKTD menduduki Ujian Pengesanan 2. Subjek yang akan diuji ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan Moral.

Guru-guru juga telah mengadakan kelas

Saturday, July 11, 2009

MAJLIS BACAAN YAASIN UNTUK KEJAYAAN





Pada Jumaat, 10 Julai 2009, satu bacaan Yaasin beramai-ramai telah diadakan untuk memohon restu keberkatan daripada Ilahi bagi kejayaan

Friday, July 10, 2009

BULAN KECERGASAN 2009



Pada hari rabu baru-baru ini Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamed, Guru Besar SK Tasek Dermawan telah melancarkan Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah. Sempena pelancaan tersebut semua warga SKTD telah

Monday, July 6, 2009

'Go Go' SKTD!

Pada hari Jumaat,3 Julai 2009, Pn. Normah telah mengumumkan tiga orang murid dari kelas 6 Berlian telah dipilih untuk mewakili Perak ke peringkat kebangsaan bagi pertandingan tarian yang akan diadakan di

Thursday, July 2, 2009

BILIK SUMBER PPDa DIKUNJUNGI PELAWAT LUAR

SKTD menjadi tumpuan para pelawat luar yang datang mengunjungi ke Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah setelah berjaya mewakili Negeri Perak bertanding di peringkat kebangsaan.

Saturday, June 27, 2009

HARI TERBUKA BILIK PPDa


Pada 26 Jun 2009, bersempena Hari Bicara Akademik, ibu bapa telah hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan. Di samping itu, ibu bapa telah dijemput melawat ke Bilik Sumber PPDa

Tuesday, June 23, 2009

SKTD BEBAS DADAH SELAMANYA...

VISI PPDa
Menjadikan unit PPDa SKTD sebagai sub institusi yang menggerakkan komitmen dan kerjasama warga sekolah untuk merealisasikan matlamat Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012.


MISI PPDa
Melahirkan pelajar bebas daripada dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas daripada dadah.


Dasar Negara:
Mewujudkan Negara Malaysia Yang Bebas Dari Ancaman Gejala Dadah Menjelang Tahun 2015 Bagi Menjamin Kesejahteraan Hidup Masyarakat Dan Mengekalkan Kestabilan Dan Ketahanan Nasional




Target Negara Bebas Dadah:
Pada 2004-2006 : Memberi kefahaman dan kesedaran mengenai dadah dan bahaya dadah
kepada semua pihak.

Pada 2007-2009 : Menggerakkan masyarakat sivil menentang penyalahgunaan dadah.

Pada 2010-2014 : Rakyat bangun memerangi dadah

Pada 2015 : Negara Bebas Dadah. Mengekal dan meneruskan tindakan masyarakat membanteras dadah

PUISI BUAT TEMAN-MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH

PUISI BUAT TEMAN-MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH

Aku seorang pencari ilmu
khazanah ilmu dunia dan akhirat

Aku seorang anak
Membalas timbal segala dikorbankan
orang tuaku, guru-guruku.
Aku seorang insan
Mencari kekosongan kemerdekaan
Mengisi kehidupan bermakna.

Aku tidak mahu
Hidup dalam kehinaan
di lembah hitam

Aku tidak mahu
merintih sedih merayu
atas setan-setan
bertopengkan manusia

Aku tidak mahu
khayal dengan dunia
khusyuk dengan perhiasan durjana
hingga tenggelam ke dasar api neraka

Aku mahu wahai manusia
Menjadi insan madani
Aku mahu wahai semua
Menjadi insan terpilih

Di bumi bertuah ini aku berdoa
Aku berbakti
Aku berjasa
Membina nusa dan bangsa.

Ayuh teman mengikutiku
Ayuh teman bersama membina kegemilangan dan terus terbilang.




nUKILAn: aHMAD FAIZAL BIN HALIDi.

Friday, June 19, 2009

PERINGATANHARI ANTIDADAH ANTARABANGSA 2009

aSSALAMUALAIKUM WBR,

Hai,

Sempena Hari Peringatan Hari AntiDadah Antarabangsa pada bulan ini serta Pertandingan Ruang Mini PPDa yang sedang diadakan. Laman ini akan memaparkan info secara khusus berkaitan isu-isu penyalahgunaan dadah sepanjang bulan ini.

PENGENALAN PENCEGAHAN DADAH


Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu membina perwatakan serta kesedarannya tentang bahaya dadah sebagai perisai diri daripada dipengaruhi oleh anasir yang menyebabkan ia terperangkap dengan dadah. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada dengan gejala negative ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah. (Sumber: www.adk.gov.my)



APA ITU DADAH…?

DADAH ADALAH BAHAN KIMIA PSIKOAKTIF YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEPERTI BERIKUT:

1.Mempunyai KESAN paling ketara ke atas Sistem Saraf Pusat (OTAK dan SARAF TUNJANG).
2.Digunakan bukan UNTUK TUJUAN PERUBATAN dan penggunaannya adalah dilarang.
3.Diperolehi secara HARAM.
4.Membawa kepada pergantungan FIZIKAL dan PSIKOLOGIKAL dan meningkatkan daya tahan terhadap DADAH.
5.Mendatangkan KESAN kepada MASALAH SOSIAL.

Wednesday, June 17, 2009

Sekolahku Gemilang-Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri

Assalamualaikum wbr dan Salam Sejahtera,

SKTD sekali lagi menempa nama kerana telah menjadi Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak 2009. Ini merupakan kemenangan dua tahun berturut-turut mewakili Negeri Perak ke peringkat kebangsaan.

Slogan "SKTD...Cemerlang" bergema di angkasa atas kemenangan ini. Warga SKTD, terutamanya barisan guru telah berusaha bersama-sama bagi mencapai kejayaan ini. Ucapan tahniah buat semua terutamanya, Pn. Hjh. Kamariah, Guru Besar SK Tasek Dermawan yang banyak menyumbang untuk kejayaan ini. Begitu juga Puan Norhuda yang turut berusaha bersama guru lain bagi mencapai impian bersama.

Pada 18 Jun 2009, satu mesyuarat anjuran PPDa JPN, Perak yang dipengerusikan oleh En. Hazawari bersama-sama dengan pegawai-pegawai lain dari JPN dan pejabat-pejabat pelajaran daerah serta sekolah-sekolah yang akan mewakili Perak bagi pelbagai kategori di peringkat kebangsaan telah di adakan di sini. Tujuan mesyuarat itu adalah untuk menyelaraskan beberapa perkara untuk persediaan pertandingan itu nanti. Tambahan pula, satu penghormatan memilih SK Tasek Dermawan sebagai tuan rumah mesyuarat ini.

Selain itu, mereka juga mengambil kesempatan melawat Bilik Sumber PPDa SKTD untuk melihat sendiri situasi di situ. Pelbagai pendapat dan ulasan diberi di sebalik kekaguman melawat Bilik PPDa SKTD.



Sejurus itu, pihak sekolah, khususnya Jawatankuasa Kerja PPDa SKTD telah merangka beberapa strategi untuk memastikan kemenangan yang gemilang bagi tahun ini. Keterlibatan semua warga SKTD amat penting bagi menggapai impian di peringkat kebangsaan pula. Tidak boleh dengan cara lain bagi merebut tempat yang teratas.



Sokongan telah ditunjukkan oleh pelbagai pihak luar terutamanya, pihak PPDa JPN Perak dan PPD Kinta utara dalam membantu pihak sekolah. Syabas buat semua!