Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, January 25, 2017

INFO 5 MINIT ANTIDADAH 1

TAJUK 1
APA ITU DADAH?

Dadah ialah bahan psikoatif yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu. Dadah tidak digunakan bersama perkataan "penyalagunaan" yang lazim digunakan oleh orang ramai. Perkataan penyalahgunaan adalah berlebihan (redundant) apabila digunakan bersama istilah "DADAH". Dalam hal ini, perkataan "penggunaan" atau "penagihan" adalah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan penggunaan dadah.
Dadah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
b. digunakan bukan untuk tujuan perbuatan dan penggunaanya adalah dilarang;
c. diperolehi secara haram;
d. membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan
e. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

TAJUK 2
JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
a. OPIAT - Heroin, Morfin, Candu dan Kodein
b. KANABIS - Ganja, Hashish
c. DEPRESEN - Sedatif / Hipnotik, Jenis Barbiturat dan bukan
Barbiturat serta Transquilizer
d. STIMULAN - Jenis Amfetamin dan Kokain;
e. HALUSINOGEN - Lysergic Acid Diethylamine (LSD), Meskalin.
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol, termasuk alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

Sumber : Buku Mesej 5 Minit PPDA 

Tuesday, January 10, 2017

VISI DAN MISI PPDA

Jom kita recall visi dan misi PPDa. Visi dan Misi PPDa telah diletakkan di setiap kelas. So selepas ini jangan cakap tak tahu pula ye. ;)


Monday, January 2, 2017

AYUH KEMBALI KE SEKOLAH !!




Assalamualaikum w.b.t & salam Perak Amanjaya.

Selamat Tahun Baru dan selamat memulakan sesi persekolahan 2017. 

Pastinya murid-murid SKTD tidak sabar untuk ke sekolah esok.

Goodluck and all the best to all. ;)