Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, June 27, 2009

HARI TERBUKA BILIK PPDa


Pada 26 Jun 2009, bersempena Hari Bicara Akademik, ibu bapa telah hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan. Di samping itu, ibu bapa telah dijemput melawat ke Bilik Sumber PPDa

Tuesday, June 23, 2009

SKTD BEBAS DADAH SELAMANYA...

VISI PPDa
Menjadikan unit PPDa SKTD sebagai sub institusi yang menggerakkan komitmen dan kerjasama warga sekolah untuk merealisasikan matlamat Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012.


MISI PPDa
Melahirkan pelajar bebas daripada dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas daripada dadah.


Dasar Negara:
Mewujudkan Negara Malaysia Yang Bebas Dari Ancaman Gejala Dadah Menjelang Tahun 2015 Bagi Menjamin Kesejahteraan Hidup Masyarakat Dan Mengekalkan Kestabilan Dan Ketahanan Nasional




Target Negara Bebas Dadah:
Pada 2004-2006 : Memberi kefahaman dan kesedaran mengenai dadah dan bahaya dadah
kepada semua pihak.

Pada 2007-2009 : Menggerakkan masyarakat sivil menentang penyalahgunaan dadah.

Pada 2010-2014 : Rakyat bangun memerangi dadah

Pada 2015 : Negara Bebas Dadah. Mengekal dan meneruskan tindakan masyarakat membanteras dadah

PUISI BUAT TEMAN-MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH

PUISI BUAT TEMAN-MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH

Aku seorang pencari ilmu
khazanah ilmu dunia dan akhirat

Aku seorang anak
Membalas timbal segala dikorbankan
orang tuaku, guru-guruku.
Aku seorang insan
Mencari kekosongan kemerdekaan
Mengisi kehidupan bermakna.

Aku tidak mahu
Hidup dalam kehinaan
di lembah hitam

Aku tidak mahu
merintih sedih merayu
atas setan-setan
bertopengkan manusia

Aku tidak mahu
khayal dengan dunia
khusyuk dengan perhiasan durjana
hingga tenggelam ke dasar api neraka

Aku mahu wahai manusia
Menjadi insan madani
Aku mahu wahai semua
Menjadi insan terpilih

Di bumi bertuah ini aku berdoa
Aku berbakti
Aku berjasa
Membina nusa dan bangsa.

Ayuh teman mengikutiku
Ayuh teman bersama membina kegemilangan dan terus terbilang.




nUKILAn: aHMAD FAIZAL BIN HALIDi.

Friday, June 19, 2009

PERINGATANHARI ANTIDADAH ANTARABANGSA 2009

aSSALAMUALAIKUM WBR,

Hai,

Sempena Hari Peringatan Hari AntiDadah Antarabangsa pada bulan ini serta Pertandingan Ruang Mini PPDa yang sedang diadakan. Laman ini akan memaparkan info secara khusus berkaitan isu-isu penyalahgunaan dadah sepanjang bulan ini.

PENGENALAN PENCEGAHAN DADAH


Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu membina perwatakan serta kesedarannya tentang bahaya dadah sebagai perisai diri daripada dipengaruhi oleh anasir yang menyebabkan ia terperangkap dengan dadah. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada dengan gejala negative ini walaupun ia mudah dan senang diperolehi. Strategi ini dianggap paling berkesan dalam usaha membanteras masalah penyalahgunaan dadah. (Sumber: www.adk.gov.my)



APA ITU DADAH…?

DADAH ADALAH BAHAN KIMIA PSIKOAKTIF YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI SEPERTI BERIKUT:

1.Mempunyai KESAN paling ketara ke atas Sistem Saraf Pusat (OTAK dan SARAF TUNJANG).
2.Digunakan bukan UNTUK TUJUAN PERUBATAN dan penggunaannya adalah dilarang.
3.Diperolehi secara HARAM.
4.Membawa kepada pergantungan FIZIKAL dan PSIKOLOGIKAL dan meningkatkan daya tahan terhadap DADAH.
5.Mendatangkan KESAN kepada MASALAH SOSIAL.

Wednesday, June 17, 2009

Sekolahku Gemilang-Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri

Assalamualaikum wbr dan Salam Sejahtera,

SKTD sekali lagi menempa nama kerana telah menjadi Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak 2009. Ini merupakan kemenangan dua tahun berturut-turut mewakili Negeri Perak ke peringkat kebangsaan.

Slogan "SKTD...Cemerlang" bergema di angkasa atas kemenangan ini. Warga SKTD, terutamanya barisan guru telah berusaha bersama-sama bagi mencapai kejayaan ini. Ucapan tahniah buat semua terutamanya, Pn. Hjh. Kamariah, Guru Besar SK Tasek Dermawan yang banyak menyumbang untuk kejayaan ini. Begitu juga Puan Norhuda yang turut berusaha bersama guru lain bagi mencapai impian bersama.

Pada 18 Jun 2009, satu mesyuarat anjuran PPDa JPN, Perak yang dipengerusikan oleh En. Hazawari bersama-sama dengan pegawai-pegawai lain dari JPN dan pejabat-pejabat pelajaran daerah serta sekolah-sekolah yang akan mewakili Perak bagi pelbagai kategori di peringkat kebangsaan telah di adakan di sini. Tujuan mesyuarat itu adalah untuk menyelaraskan beberapa perkara untuk persediaan pertandingan itu nanti. Tambahan pula, satu penghormatan memilih SK Tasek Dermawan sebagai tuan rumah mesyuarat ini.

Selain itu, mereka juga mengambil kesempatan melawat Bilik Sumber PPDa SKTD untuk melihat sendiri situasi di situ. Pelbagai pendapat dan ulasan diberi di sebalik kekaguman melawat Bilik PPDa SKTD.



Sejurus itu, pihak sekolah, khususnya Jawatankuasa Kerja PPDa SKTD telah merangka beberapa strategi untuk memastikan kemenangan yang gemilang bagi tahun ini. Keterlibatan semua warga SKTD amat penting bagi menggapai impian di peringkat kebangsaan pula. Tidak boleh dengan cara lain bagi merebut tempat yang teratas.



Sokongan telah ditunjukkan oleh pelbagai pihak luar terutamanya, pihak PPDa JPN Perak dan PPD Kinta utara dalam membantu pihak sekolah. Syabas buat semua!


Tuesday, June 16, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...

"Selamat Kembali Ke Sekolah" kepada semua warga SKTD yang dikasihi.

Percutian selama dua minggu diharapkan telah dimanfaatkan sepenuhnya. Murid-murid diharapkan telah menyelesaikan semua tugasan yang diberi oleh guru sebelum cuti tempoh hari.

Para guru turut bergembira kerana dapat menjalankan tugas semula mendidik anak bangsa.

Dimaklumkan di sini bahawa sebuah sekolah baru yang berdekatan telah dibuka pada 15 Jun 2009 iaitu Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya. Didoakan agar sekolah baru ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang cemerlang. Diucapkan, "Selamat Maju Jaya".



Disini turut dimaklumkan perpisahan Cikgu Mohamad, PK Hem SKTD yang telah bertukar ke PPD Kinta Utara sebagai Penyelaras ICT. Tahniah diucapkan.

Begitu juga Ustazah Hasni yang telah bertukar ke SK Pakatan Jaya, dan telah diganti dengan guru baru.

Cikgu Mohamad (Penyelaras ICT, PPD Kinta Utara baru)

Oleh itu, Pn. Normah telah dilantik sebagai PK Hem baru menggantikan Cikgu Mohamad. Tahniah diucapkan. PK Kokurikulum akan diganti kemudian nanti.




Cikgu Normah, PK Hem(baru)(gambar atas) dan Ustazah Hasni (bertukar ke SK Pakatan Jaya) (gambar bawah)

Sekian.