Dilancarkan pada 30 April 2012 pada jam 8.00 pagi dalam perhimpunan rasmi sekolah.
Dirasmikan oleh Encik Hajar bin Malik, Penyelia Kanan HEM, PPD Kinta Utara.
Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)
Monday, April 30, 2012
Tuesday, April 24, 2012
Pelancaran Minggu Bahasa Melayu 2012
Minggu Bahasa Melayu telah dilancarkan pada 23 April 2012 dan akan berlangsung sehingga 27 April 2012. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti permainan kosa kata, kuiz bahasa, mencari makna simpulan bahasa dan peribahasa, pertandingan menulis imlak dan sebagainya.
Sepanjang Minggu BM ini, guru-guru boleh menggunakan inisiatif masing-masing dengan membawa murid-murid ke lapangan untuk menggunakan bahan-bahan yang digantung di sekeliling kawasan dataran perhimpunan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran masing-masing.
Kesemua bahan-bahan berkaitan bahasa yang digantung adalah hasil usaha bersama semua guru-guru Bahasa Melayu yang telah bekerjasama menghasilkan bahan-bahan ilmiah seperti selayut simpulan bahasa, peribahasa, sinonim, antonim dan sebagainya.
Dalam Minggu BM ini juga, Unit PPDa turut menjalankan program berkaitan anti dadah sebagai kesinambungan program PPDa berentaskan kurikulum seperti Pertandingan Mendeklamasi Sajak Anti Dadah Tahap 1 dan Tahap 2, dan Pertandingan Menulis Karangan Tentang Bahaya Dadah untuk Tahap 2.
Monday, April 23, 2012
Minggu PPDa 2012 - Peraduan Menulis Karangan Anti Dadah dan Mendeklamasi Sajak Anti Dadah
Sempena program bersepadu bersama Minggu Bahasa Melayu yang dilancarkan 23 April 2012, Minggu PPDa masih meneruskan program yang dirancang bersesuaian dengan Minggu Bahasa Melayu yang sedang berlangsung.
Pertandingan Mendeklamasi Sajak Anti Dadah telah dibuka untuk pendaftaran sehingga Selasa 24 April 2012. Guru-guru BM telah dimaklumkan minggu lepas untuk mencari nama peserta dan melatih mereka yang berminat. Keterangan lanjut, sila hubungi Cik Atiqah Ibrahim, AJK Guru PPDa. Pertandingan dibuka kepada murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 dan akan dijalankan pada hari Khamis 26 April 2012.
Seterusnya, Pertandingan menulis karangan anti dadah juga turut dijalankan. Pertandingan dibuka kepada murid-murid Tahap 2 sahaja. Murid yang berminat boleh mengikut panduan di bawah untuk menghasilkan karangan. Karangan yang telah siap ditulis atau ditaip menggunakan komputer, boleh dihantar kepada Guru PPDa selewat-lewatnya hari Jumaat 27 April 2012.
Tajuk Karangan - Bahaya Dadah.
Pengenalan-
-dadah - musuh negara - pada awalnya - berguna - salah guna - kuantiti yang banyak - menjadi bahaya.
Isi 1 -
- jenis-jenis dadah - syabu, heroin, pil khayal, morfin, inhalan dan sebagainya - semua jenis dadah - memudaratkan - jika diambil berlebihan - kerana dadah - biasa digunakan dalam kuantiti sedikit sahaja.
Isi 2 -
- dadah - bahaya - kerana - merosakkan urat-urat saraf dalam otak - melemahkan daya tahan tubuh - penagih - akan terlalu kurus - hilang pedoman hidup.
Isi 3 -
- penagih cenderung - menjadi penjenayah - usah - mendapatkan bekalan - gunakan apa cara sekali pun - merompak, membunuh, menculik dan sebagainya.
Penutup-
- jauhilah dadah - menghancurkan masa depan - hilangkan saat-saat bahagia dalam hidup - disisih daripada masyarakat.
Saturday, April 21, 2012
Friday, April 20, 2012
Minggu PPDa 2012 - Ceramah Dan Pameran Anti Dadah oleh AADK
Hari - Jumaat 20 April 2012
Tempat - Dewan Seri Dermawan SKTD
Penceramah - Puan Siti Farizan bt Yussup, Penolong Pegawai Anti Dadah AADK, Negeri Perak, dan Puan Siti Nur Asikin bt Aman , Penolong Pegawai Anti Dadah AADK, Negeri Perak.
Tempat - Dewan Seri Dermawan SKTD
Penceramah - Puan Siti Farizan bt Yussup, Penolong Pegawai Anti Dadah AADK, Negeri Perak, dan Puan Siti Nur Asikin bt Aman , Penolong Pegawai Anti Dadah AADK, Negeri Perak.
Thursday, April 19, 2012
Minggu PPDa 2012 - Kuiz
Murid Tahap 1 dan Tahap 2 boleh mencari jawapan bagi soalan-soalan kuiz dalam bilik sumber PPDa SKTD. Semua soalan adalah berdasarkan maklumat yang terdapat pada papan kenyataan di dalam atau luar bilik sumber PPDa dan juga pada poster-poster yang ditampal di dinding-dinding dalam bilik sumber PPDa. Tuliskan jawapan anda dan serahkan kepada guru PPDa secepat mungkin. Sebarang pindaan maklumat akan diberitahu dalam perhimpunan pagi hari persekolahan. Selamat menjawab..hadiah menanti para pemenang..!!!!
Soalan Kuiz Tahap 1
- Berikan 4 rahsia untuk hidup sihat sepanjang hayat:
- Makan _____________________________
- Lakukan ____________________________
- Jangan mula _________________________
- Tangani _____________________________
- Lengkapkan jenis-jenis dadah di bawah:
- G___ ___ J___
- KO___ ___ ___ N
- ___ ___ R___I___
- ___Y___ ___U
- H ___ ___ O ___ N
- EC___ ___ ___S ___
- Hukuman mandatori ialah ______________________________________ dan ia adalah di bawah Akta __________________ .
- Beri nama penuh Pengawas PPDa (seorang sahaja):
- Pengawas PPDa Tahun 4 _______________________________________
- Pengawas PPDa Tahun 5 _______________________________________
- Pengawas PPDa Tahun 6 _______________________________________
Soalan Kuiz Tahap 2
- Beri 3 tanda-tanda penagihan dadah.
- Nyatakan 3 sebab yang paling kukuh para penagih mula terjebak dengan najis dadah.
- Nyatakan formula Indeks Jisim Badan (BMI).
- Beri 3 bidang tugas PPDa.
- Visi PPDa ialah untuk merealisasikan Sekolah Bebas Dadah tahun ____________.
- Beri 3 akibat menagih najis dadah.
- Beri 3 kawasan tumpuan penagih dadah.
- Beri 3 kesan penyalahgunaan daun ketum.
- Apakah hukuman merokok dalam Islam?
- Beri 4 jenis inhalan.
Peringatan ;- Semua jawapan soalan kuiz ada dalam bilik sumber PPDa. Sila cari dan tuliskan pada sehelai kertas dan hantar kepada Guru PPDa secepat mungkin. Maklumat boleh dicari bermula dari Lorong Keinsafan , Destinasi 1 sehingga ke Destinasi 14 di Bilik Sumber PPDa. Jawapan yang tidak mengikut paparan maklumat atau poster di bilik sumber PPDa tidak diterima. Ini adalah untuk menggalakkan penggunaan bilik sumber PPDa secara maksimum.
Labels:
kuiz Minggu PPDa 2012
Wednesday, April 18, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Monday, April 16, 2012
Minggu PPDa - Perasmian oleh Penyelia PPDa Daerah, PPD Kinta Utara, Encik Asrul Sani bin Zakaria
Pada pagi Isnin 16 April 2012, warga SKTD berasa amat bangga kerana Penyelia PPDa Daerah, PPD Kinta Utara, Encik Asrul Sani bin Zakaria sudi merasmikan Minggu PPDa yang dilancarkan hari ini. Kehadiran beliau, amat kami alu-alukan dan unit PPDa SKTD sendiri berasa berbesar hati atas kesudian Encik Asrul Sani menyokong program tahunan ini.
Bermula dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, ucapan guru besar dan ucapan perasmian oleh Encik Asrul Sani, program pagi ini diserikan dengan persembahan Pengawas PPDa yang menyanyikan lagu yang dipetik daripada Modul Prosidar 'Tanya Sama Hati', diikuti dengan lafaz ikrar anti dadah oleh murid-murid SKTD yang diketuai oleh Ketua Pengawas PPDa, adik Sathees A/L Balachandru, seterusnya nyanyian dua buah lagu iaitu 'Dadah Durjana' dan 'Kami Bebas Dari Dadah' oleh semua warga SKTD, dan diakhiri dengan laungan penuh semangat "Kami Bebas Dari Dadah".
Unit PPDa SKTD berharap program yang dirancang sepanjang Minggu PPDa akan berjalan lancar dan mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga Minggu PPDa dapat meninggalkan impak dalam diri warga SKTD tentang matlamat merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012 dan Negara Bebas Dadah 2015.
Ucapan Guru Besar SKTD, Pn Hajah Rafiah bt Abdul Razak |
Ucapan Perasmi, Encik Asrul Sani bin Zakaria, Penyelia PPDa Daerah, PPD Kinta Utara |
Slogan PPDa SKTD, Sihat Kuat Tanpa Dadah |
Cenderahati untuk perasmi |
Labels:
Minggu PPDa 2012
Wednesday, April 11, 2012
Aktiviti Minggu PPDa 16 - 20 April 2012
Tema – 1Malaysia Membanteras Dadah
Tema Sekolah – SKTD Bebas Dadah
1. Pertandingan Sudut PPDa antara kelas Tahap 1 dan Tahap 2
• Semua Guru Kelas Program akan dimaklumkan sebelum Minggu PPDa bermula. Penjurian akan dijalankan dalam Minggu PPDa.
2. Kuiz Anti Dadah
• Akan dijalankan dalam Minggu PPDa. Soalan Kuiz dalam blog PPDa.
3. Pertandingan Mewarna Tahap 1
• Dijalankan sewaktu P&P PSV/Dewan Terbuka
4. Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
• Dijalankan sewaktu P&P PSV/Dewan Terbuka
5. Senamrobik 30 minit
Rabu 25 April
6. Info 5 Minit Anti Dadah
Dijalankan setiap hari semasa perhimpunan pagi, sepanjang Minggu PPDa.
7. Ceramah dan Pameran Anti Dadah (AADK)
Tarikh: Akan ditentukan oleh AADK
8. Pertandingan Mendeklamasi Puisi / Sajak Tentang Bahaya Dadah Murid Tahap 1 dan 2
Akan dijalankan dalam Minggu BM bermula 23 April
9. Menulis Karangan Anti Dadah
Akan dijalankan dalam Minggu BM.
10. Bacaan Ikrar Murid Warga SKTD
11. Nyanyian Lagu Anti Dadah dan Lagu Tema PPDa (semasa waktu Muzik)
• Hari Pelancaran Minggu PPDa dan Sepanjang Minggu PPDa
Tuesday, April 10, 2012
Makluman Pertandingan Sudut PPDa antara kelas SKTD.
Makluman Untuk Semua Kelas Tahap 1 dan Tahap 2
Pertandingan Sudut PPDa antara kelas Tahap 1 dan Tahap 2
1. Cara menyediakan bahan sudut bergantung pada kreativiti guru dan murid-murid kelas tersebut.
2. Penyertaan: Kelas Tahap 1 dan Tahap 2
3. Penjurian akan dijalankan dalam Minggu PPDa.
4. Antara perkara yang diambil kira untuk pemarkahan ialah
1. Isi (30 markah)
2. Kreativiti (40 markah)
3. Kerjasama Murid (30 markah)
Sempena Minggu PPDa yang akan diadakan pada 16 hingga 20 April 2012 akan datang, satu pertandingan Sudut PPDa dalam kelas akan diadakan. Semua guru kelas boleh membuat persiapan sudut PPDa untuk pertandingan tersebut. Penjurian akan diadakan di sepanjang minggu PPDa. Sila baca butiran di bawah untuk keterangan lanjut.
Pertandingan Sudut PPDa antara kelas Tahap 1 dan Tahap 2
1. Cara menyediakan bahan sudut bergantung pada kreativiti guru dan murid-murid kelas tersebut.
2. Penyertaan: Kelas Tahap 1 dan Tahap 2
3. Penjurian akan dijalankan dalam Minggu PPDa.
4. Antara perkara yang diambil kira untuk pemarkahan ialah
1. Isi (30 markah)
2. Kreativiti (40 markah)
3. Kerjasama Murid (30 markah)
Monday, April 9, 2012
Tetamu dari RPS
Pada hari Isnin 9 April 2012, PPDa SKTD telah menerima 4 orang tetamu dari Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan informasi tentang bahan-bahan bilik sumber PPDa RPS. PPDa SKTD amat berbesar hati dapat berkongsi maklumat dengan para tetamu kami ini. Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Wednesday, April 4, 2012
TKRS Perempuan 'bersandwic' 4 April 2012
Aktiviti hari ini lain sedikit dari biasa - selepas jemu berkawad, ber'buku log' dan bergajet, ahli TKRS belajar pula bagaimana nak buat sandwic. Sebenarnya ini umpama 'ulangkaji' saja terutama untuk tahun 5 dan 6 kerana mungkin ada yang berpengalaman menghasilkan sandwic sendiri sebelum ini. Tapi bagi ahli tahun 4 khususnya, kita beri pengalaman baharu pada mereka. Nasib baik cikgu-cikgu perempuan TKRS bagi idea 'canggih' ni..boleh juga kasi up skill sikit. Jom kita tengok mereka buat sandwic 'buatan sendiri'..dan jangan lupa....ini juga adalah proses kemenjadian kita!!
![]() |
nasib baik ada Cikgu Kumaran tolong bukakan tin sardin, kalau tidak sampai ke sudah la tak siap!! |
![]() |
nampak macam ada special assistant tu....teka siapa? |
Subscribe to:
Posts (Atom)