Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, June 30, 2011

1Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Pihak PPDa membantu sekolah dalam menguar-uarkan larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang akan diadakan di SKTD pada hari Sabtu, 2 Julai. Pada hari Khamis, 30 Jun, guru-guru dan pihak pentadbiran SKTD telah bermesyuarat tentang pelaksanaan program ini. Laluan untuk larian dan tugas para guru telah ditetapkan untuk hari tersebut. Guru-guru SKTD sungguh bersemangat sekali untuk bersama-sama merealisasikan program ini.

Oleh yang demikian, pihak PPDa mewakili pihak SKTD mengalu-alukan penyertaan ibu bapa dalam larian ini. Ini kerana ibu bapa digalakkan bersama-sama menyertai larian dengan anak masing-masing. Kami sungguh berbesar hati jika terdapat banyak penyertaan daripada ibu bapa pada hari itu nanti.

Seusai acara larian, program bakal diteruskan dengan pertandingan futsal dan bola jaring antara kelas Tahap 2. Bagi Tahap 1 pula, murid-murid bakal dibawa menonton tayangan video yang berkaitan dengan sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.
Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah bakal menyertai satu pertandingan larian yang akan dilakukan secara serentak di seluruh negara pada 2 Julai 2011 sempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian dan sudah tentu kami tidak mahu murid-murid SKTD ketinggalan melakarkan nama masing-masing dalam program ini.

Larian akan bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing, serentak di seluruh negara.  Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran Malaysia,  Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping, Perak. 

Monday, June 27, 2011

Kami Dapat 5A..!!!

Dalam perhimpunan rasmi hari Isnin 27 Jun 2011, telah diadakan satu penyampaian hadiah kepada murid-murid yang mendapat 5A dalam Peperiksaan Pertengahan  Tahun yang lalu. Anugerah ini adalah untuk Tahap 2 sahaja bagi kali ini. Ia adalah sebagai galakan kepada murid-murid agar mengekalkan kejayaan mereka terutamanya dalam peperiksaan yang akan datang dan peperiksaan UPSR bagi murid-murid tahun 6. Tahniah bagi murid-murid yang berjaya pada kali ini.

Cemerlang 5A  Tahun Enam -dari kiri- Azeem bin Muhamad Nazri, Irfan Affendy bin Adrian, Zakwan Afandi bin Shamsul Anuar, Nur Muhammad Rifqee bin Kamarul Haizat, Muhd Hariz bin Rozziano dan  Farah Wahida binti Ghazali .
 Tiada dalam gambar -  Nurul Haziqah bt Khairi.

Cemerlang 5A Tahun Empat - Nurul Husna bt Mohd Ghazali

Cemerlang 5A Tahun Lima - Nurul Amira bt Mohd Fauzi

Saturday, June 25, 2011

Kejohanan Olahraga SKTD 2011

Kejohanan Olahraga SKTD 2011 telah berlangsung di padang SKTD dengan jayanya. Tahun ini rumah Waja (Biru)  berjaya menjadi Johan. Naib Johan disandang oleh rumah Putra (Kuning).

persiapan padang sebelum hari sukan oleh guru-guru
Khemah peserta gagah dengan hiasan tersendiri

di pentas perasmi -nyanyian lagu kebangsaan sebelum perasmian

perbarisan rumah-rumah sukan dan lafaz ikrar




acara perasmian


pembawa bendera sekolah dalam perbarisan - diketuai oleh adik Rifqee

rumah Wira ( hijau )

rumah Waja ( biru ) - Johan 2011

rumah Perdana (merah) - Johan Perbarisan

rumah Putra (kuning) - Naib Johan 2011



pertunjukan taekwondo dipimpin oleh Master Kuppusamy dari Kelab Taekwondo Samdo Chagi

pertunjukan taekwondo gabungan murid SKTD dan empat orang murid jemputan iaitu ahli Kelab Taekwondo Samdo Chagi





pertunjukan pecah papan oleh empat orang peserta jemputan dari Kelab Taekwondo Samdo Chagi

acara prasekolah



acara ibu bapa dan guru - lumba basikal!!!









Thursday, June 23, 2011

Minggu Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu pada 23 Mei hingga 26 Mei yang lalu. Antara aktiviti yang diadakan pada minggu berikut ialah aktiviti Tahap 1 iaitu Tulisan Cantik (Tahun 1), Imlak (Tahun 2), Menulis Himpunan Pantun (Tahun 3) dan aktiviti Tahap 2 iaitu Buku Skrap Cerita Pendek (Tahun 4), Kalendar Puisi (Tahun 5), Buku Skrap Peribahasa (Tahun 6) dan  Pertandingan Bercerita Tahap 2. Prasekolah turut terlibat dalam aktiviti Membaca Petikan Pendek, sementara kelas Pemulihan terlibat dalam aktiviti Membaca Cerita.

Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Para pemenang telah pun dikenal pasti dan hanya menunggu hari untuk penyampaian hadiah Minggu Bahasa Melayu kali ini.


Ucapan pengerusi program, Cikgu Zoraimi

Persembahan sempena pelancaran program Minggu Bahasa Melayu

Murid-murid Tahun 4 sedang menjalankan aktiviti menghasilkan Buku Skrap Cerita Pendek di dalam kelas






Tuesday, May 31, 2011

Majlis Persaraan Puan Hajah Normah binti Ramli

Pada 27 Mei yang lalu, satu Majlis Persaraan PK HEM SKTD, Puan Hajah Normah binti Ramli telah berlangsung di Dewan Terbuka SKTD. Majlis gilang-gemilang ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru SKTD berlangsung dengan jayanya dan penuh kesayuan.

Semua warga SKTD amat merasakan kehilangan beliau yang merupakan seorang guru dan pemimpin yang berwibawa, dihormati, dikagumi dan disanjungi. Pihak PPDa yang bernaung di bawah beliau amat merasakan kehilangan seorang pemimpin yang banyak memberi galakan dan sokongan dalam menjayakan program-program kami. Selamat bersara Puan Normah. Semoga berbahagia menjalani hidup yang mendatang...


duduk di singgahsana ditemani suami tercinta


menerima watikah persaraan

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang jatuh pada 31 Mei, satu laman sesawang berhenti merokok telah diperkenalkan oleh syarikat farmaseutikal terkenal, Pfizer bertujuan membantu individu yang ingin berhenti merokok.

Jika anda telah mula berfikir (harap-harap begitulah), apa faedahnya merokok sekadar menyedut asap semata-mata - bukan sahaja tidak mengenyangkan tetapi boleh diibaratkan seperti 'membakar' duit. Masih ramai yang menganggap merokok mampu melegakan tekanan dan bagi lelaki menampakkan diri lebih 'jantan' dan bergaya. Sesetengah perokok wanita pula mendakwa merokok membantu mereka menguruskan badan.

Namun hakikatnya, mereka masih tidak mahu mengakui bahawa perbuatan merokok ini mengundang pelbagai penyakit berbahaya bukan saja pada diri sendiri malah orang kelilingnya. (maklumat lanjut di Utusan Malaysia 31 Mei 2011) Di samping itu, mereka ini harus diingatkan (maaf!!) bahawa merokok menyebabkan diri mereka sendiri rosak, menyebabkan bau badan dan bau pernafasan yang 'tidak sedap' dihidu oleh orang sekeliling. Itulah yang paling ketara nampaknya jika tidak mahu memikirkan apa sebenarnya yang terjadi di dalam tubuh badan seorang perokok.

Jadi, sempena cuti sekolah ini, sementelah anda dikelilingi anak-anak dan 'orang rumah', elok benarlah memulakan langkah pertama. Layarilah laman sesawang ini agar anda dapat mendapat sinar baharu di hujung sana, bukannya sinar di hujung rokok....! Alamat laman sesawang tersebut ialah www.champscircle.com. Selamat datang ke 'dunia' baharu!!.


Dr. Abdul Razak Mutalib (dua dari kiri) bersama tetamu kehormat lain mematahkan replika rokok simbolik kepada pelancaran www.champscircle.com sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2011 di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


Untuk pengetahuan umum, PPDa juga telah melakukan simbolik yang sama (mematahkan replika rokok) semasa pelancaran Minggu PPDa pada 4 April yang lalu. Nampaknya, PPDa juga berharap untuk berjaya dalam menerapkan satu sikap Tak Nak Merokok kepada murid-murid dan warga SKTD, malahan pihak PPDa berasa bangga dengan simbolik yang kebetulan serupa ini. Wahai warga SKTD, mari kita melalui Hari Tanpa Tembakau Sedunia dengan satu perubahan dalam hidup kita......

Sunday, May 22, 2011

Pemenang Aktiviti-aktiviti Pertandingan Minggu PPDa 2011

Sempena Minggu PPDa yang lalu, beberapa pertandingan telah diadakan. Antaranya ialah pertandingan Sudut PPDa antara kelas-kelas yang diadakan untuk menggalakkan murid-murid mendapat lebih akses terhadap bahan-bahan yang berkaitan dengan info dadah, rokok dan sebagainya. Antara ciri-ciri penjurian yang diambil kira ialah isi bahan yang dipamerkan, kreativiti dan kerjasama murid dalam merealisasikan bahan pameran tersebut. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Tahap 1 dan Tahap 2.

Antara contoh-contoh kelas yang menghias sudut PPDa masing-masing untuk pertandingan ini:



4 Berlian
 

6 Zamrud


4 Zamrud

3 Zamrud

2 Zamrud


3 Delima
Pemenang Sudut PPDa:
Tahap 1:
1. 3 Delima
2. 2 Zamrud
3. 3Zamrud

Tahap 2:
1. 4 Berlian
2. 4 Zamrud
3. 6 Zamrud

Pemenang Pertandingan Melukis Poster PPDa

Tahun 4:
1. Nur Ain Natasha - 4Z
2. Nurul Izzah - 4D
3. Muhd Fairuz Aiman - 4I

Tahun 5:
1. Muhd Ikmal Hakimi - 5Z
2. Reynuga - 5Z
3. Hani Amira - 5I

Tahun 6:
1. Nurul Adlah - 6I
2. Muhammad Hijaz - 6I
3. Muhammad Zahirul Haq - 6D

Pertandingan Mewarna Tahap 1

Tahun 1:
1. Nurul Asyikin - 1B
2. Nur Marsya - 1Z
3. Ahmad Akmal Alif - 1D

Tahun 2:
1. Nur Nadiah - 2Z
2. Jasleen Kaur - 2D
3. Muhd Afiq Haqimi - 2Z

Tahun 3:
1. Puteri Nur Aqilah - 3B
2. Nur Suhaila - 3Z
3. Muhd Izzat Muqri - 3Z