Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, April 25, 2009

GAYA HIDUP SIHAT MELALUI PERLAWANAN FUTSAL


Gambar 1:Pasukan Futsal SKTD
Gambar 2: Cikgu Faizal bersama Pasukan Futsal SKTD

Hari Jumaat, 9.15 malam, 24 April 2009, bertempat di Extreme Park Sunway Tambun, Barisan Jagoan Futsal SKTD sempena Kempen Anti Rokok telah memulakan misi mengadakan perlawanan persahabatan menyahut seruan bersama "Anti Rokok Gaya Hidup Sihat" di kalangan guru-guru lelaki dan warga SKTD keseluruhannya.

Sesi 'warming up'


PERLAWANAN PADA kali ini antara Pasukan Futsal SKTD dan Pemain Taman Bercham Raya. Kehebatan dan ketangkasan yang ditunjukkan oleh pemain kedua-dua pasukan untuk menyumbat gol dengan penuh semangat kesukanan.



Tidak dapat dinafikan Pasukan Futsal SKTD
memberikan saingan sengit kepada pihak lawan. Idea yang dikemukakan oleh Cikgu Meor, Cikgu Naim dan beberapa orang guru lelaki tentang konsep perlawanan futsal anti rokok sebagai salah satu aktiviti yang boleh dimasukkan dalam aktiviti PPDa bersama masyarakat luar adalah cukup baik sekali.


Gaya Hidup Sihat melalui aktiviti futsal berketepatan dengan aktiviti yang berfaedah di samping merapatkan silaturrahim sesama guru dan masyarakat luar. Mesej katakan "Tak Nak Pada Rokok" juga kesampaian kerana tabiat merokok dapat digantikan dengan aktiviti permainan futsal.




Pemain Pasukan Futsal SKTD pada kali ini ialah:

1. Cikgu Shamshul Bahri Bin Ghazali, PK Pentadbiran.
2. Cikgu Hasrunnaim Bin Ahmad.
3. Cikgu Meor Zulkarnaen Bin Zabidin.
4. Ustaz Mohd. Dzulkifly Bin Musanif.
5. Ustaz Mohd. Ikhmal Bin Mukhtar.
6. Cikgu Nor Azlan Shah Bin Mohd. Redhun.
7. Cikgu Zoraimi Bin Shariff.

8. Cikgu Basri Bin Abdullah.

9. Ustaz Kamal Ismady Bin Yusof (Tidak Hadir).

Keputusan perlawanan ialah... (?)

Disini kami ingin mengambil kesempatan mempelawa dan mencabar pasukan futsal lain di sekitar Daerah Kinta, Perak ini untuk berlawan dengan Pasukan Futsal SKTD. Pengurus Pasukan SKTD ialah Ustaz Mohd. Ikhmal Bin Mukhtar, dan boleh dihubungi melalui sekolah kami.

4 comments:

Odi Marley said...

Nice blog.. interesting!
Odi

Odi Marley said...

Nice blog.. interesting!

Odi

Anonymous said...

betul ke futsal boleh kurangkan merokok????

Muallim said...

perlawanan berakhir dengan kemenangan bagi pihak SKTD dengan keputusan 12-8! Gol pembukaan oleh Striker yang suka mengelecek Cikgu Shamsul dan gol penutup Striker berwibawa dari Parit Marican Cikgu Basri !!!!