Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, July 2, 2009

BILIK SUMBER PPDa DIKUNJUNGI PELAWAT LUAR

SKTD menjadi tumpuan para pelawat luar yang datang mengunjungi ke Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah setelah berjaya mewakili Negeri Perak bertanding di peringkat kebangsaan. Antara pelawat-pelawat yang sudi mengunjungi Bilik Sumber PPDa ialah En. S.Kalai Chalvan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Beliau merupakan Ketua Unit Pusat Pendidikan Pesakit dan Promosi Kesihatan telah meluangkan masa berkunjung pada 1 Julai 2009, hari rabu.



Beliau memuji info dan corak pameran yang terdapat di bilik ini dan berminat untuk mengadaptasikan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Beliau juga berjanji untuk menyumbang bagi membantu sekolah bertanding.



Selain itu, pihak Jabatan KEMAS Ipoh Barat turut mengunjungi bilik ini bersama dengan guru-guru KEMAS dan kanak-kanak Tadika KEMAS Kampung Tersusun Tasek. Kanak-kanak turut didedahkan tentang bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS. Penerangan secara ringkas dan menarik serta ditayangkan video amat menarik minat kanak-kanak menumpukan perhatian.





Bilik PPDa turut dikunjungi oleh En. Hashim Bin Mohd. Ali, Ketua Kampung Kg Tersusun Tasek, Ipoh bersama-sama dengan beberapa orang penduduk kampung mengunjungi Bilik Sumber PPDa di sini.








Mereka turut menyokong program sebegini dan memberikan beberapa cadangan dan pandangan yang bernas. Mereka turut merasa bangga dengan pencapaian sekolah dan bilik ini.



Bilik Sumber PPDa turut menerima kunjungan pegawai-pegawai dari PPD Kinta Utara, iaitu En. Zainor Amri dan En. Wong Pak Koon. Turut sama melawat bilik ini ialah, guru-guru dari pelbagai sekolah. Kesemuanya memuji Bilik Sumber PPDa dan memberikan kata-kata semangat dan harapan agar sekolah ini berjaya.





Kesan Halo ini memberikan impaks bukan hanya kepada warga SKTD tentang kesedaran menjauhi dadah, tetapi juga kepada masyarakat sekeliling, dan juga jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Pihak sekolah dengan harapan dapat merealisasikan dan menyahut seruan kerajaan "Negara Bebas Dadah 2012" agar tercapai.





Disini pihak sekolah mengambil kesempatan mempelawa para pelawat mengunjungi Bilik Sumber PPDa untuk mendapatkan pelbagai info berguna berkaitan penyalahgunaan dan pencegahan dadah.

Jika berminat, sekolah boleh dihubungi melalui telefon, nombor telefon sekolah ialah 05-5483749 atau nombor fax iaitu, 05-5484751 dan bercakap terus dengan Pn. Hajah Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD.

No comments: