Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, July 6, 2009

'Go Go' SKTD!

Pada hari Jumaat,3 Julai 2009, Pn. Normah telah mengumumkan tiga orang murid dari kelas 6 Berlian telah dipilih untuk mewakili Perak ke peringkat kebangsaan bagi pertandingan tarian yang akan diadakan di
Star Hotel Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 20 Julai 2009.

Sebagai persediaan, dua orang murid ini akan menjalani latihan di bawah kelolaan JPN, Perak di Kompleks Rakan Muda Kamunting, Taiping Perak pada 16 Julai 2009 sehingga 18 Julai 2009 bersama dengan peserta-peserta Perak yang lain.
Murid-murid tersebut ialah:

1. Dewar Darshini a/p Raja Gopal, 6 Berlian.
2. Noralia Shafiqah Bt. Mohd. Rodhi, 6 Berlian dan,
3. Nurul Farina Bt. Rosli, 6 Berlian.

Warga SKTD mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga mereka. Sepastinya ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan akan mendoakan kejayaan kalian.



Pada minggu lepas juga, dua orang murid telah menjalani latihan menunggang kuda yang terletak di Jalan Lumba Kuda, Ipoh. Diharapkan mereka akan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang dalam apa-apa pertandingan mewakili negeri Perak suatu hari nanti.

Dua orang murid yang menyertai Kelab Poni Negeri Perak iaitu:
1. Muhammad Zulhilmi B. Md. Moktar, 5I dan
2. Nur Farah Nasuha Bt. Hamidi, 5I






FAKTA:Menunggang kuda merupakan satu rekreasi yang menyihatkan badan dan merupakan salah satu dari sunnah Nabi Muhammad SAW.

No comments: