Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Saturday, July 11, 2009

MAJLIS BACAAN YAASIN UNTUK KEJAYAAN





Pada Jumaat, 10 Julai 2009, satu bacaan Yaasin beramai-ramai telah diadakan untuk memohon restu keberkatan daripada Ilahi bagi kejayaan dalam peperiksaan, terutamanya UPSR tahun ini. Majlis ini diadakan di Dewan Terbuka SKTD.



Bacaan Yaasin diadakan sebanyak 7 kali, dan hari tersebut merupakan kali pertama. Ustaz Zul telah mengetuai bacaan Yasin ini. Semua guru dan murid Islam daripada Tahap 1 dan 2 terlibat dalam majlis ini.

Manakala, murid bukan Islam diletakkan di kantin untuk sesi Pendidikan Moral di bawah seliaan guru-guru bukan Islam dan beberapa orang guru moral.



Majlis ini berlangsung bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pukul 8.15 pagi. Sesi P&P berjalan seperti biasa selepas majlis bacaan Yaasin. Program seumpama ini bersesuaian dalam pembinaan sahsiah dan kemenjadian murid yang baik.

Faktor keagamaan memang sewajarnya dititik beratkan bak pepatah ada menyebut "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Ini kerana, kelemahan dalam didikan agama turut menyumbang kepada penyalahgunaan dadah oleh belia Islam.



Diharapkan program seumpama ini akan menyediakan murid menjadi insan Madani seperti yang diharapkan oleh agama, bangsa dan negara. Seterusnya, menjadi warga yang membenci dadah.

No comments: