Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Wednesday, July 15, 2009

UJIAN PENGESANAN 2 dan TKRs



Bermula 14 Julai sehingga 16 Julai, murid-murid SKTD menduduki Ujian Pengesanan 2. Subjek yang akan diuji ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan Moral.

Guru-guru juga telah mengadakan kelas

ulangkaji pada minggu lepas untuk membantu murid-murid mengulang kaji sebagai persediaan menghadapi ujian. Didoakan agar semua murid dapat menjawab kertas ujian dengan cemerlang.



Aktiviti kokurikulum pada minggu ini turut ditangguhkan ke minggu depan. Pada 13 Julai, hari Isnin, Badan Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan perhimpunan rasmi.

Cikgu Ainul, Cikgu Norhaslily, Cikgu Rafidah dan dua orang guru pelatih dengan jayanya telah berjaya melatih Kadet TKRS dalam masa yang terhad untuk tujuan tersebut.



Cikgu Faizal telah menyediakan teks ucapan Guru Besar dan Guru Bertugas, yang telah disampaikan oleh dua orang Kadet TKRS. Tajuk ucapan pada perhimpunan tersebut ialah, "Sikap Pelajar yang Cemerlang" dan "Saya Ada Sebuah Impian". Persembahan nyanyian lagu TKRS turut disampaikan, yang dilatih oleh guru pelatih.




1 comment:

Peter Khiew said...

Saya adalah pemberita dari Ipoh Echo dan sebenarnya sudah pernah menulis melalui ruangan ini. Saya masih lagi menunggu jawapan kerana saya berpendapat aktiviti yang dilakukan memang ada nilai-nilai berita. Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran dan tujuan kami hanyalah untuk hightlight peristiwa untuk dijadikan dorongan dan inspirasi sekolah-sekolah di Perak.
Saya boleh dihubungi di 012-4681883 (peter Khiew)