Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, October 12, 2009

INFO 5 MINIT

Sudah agak lama tiada ulasan berkenaan Info 5 Minit Anti Dadah, Info 5 Minit yang dijalankan pada setiap hari Rabu untuk mendedahkan warga SKTD terutamanya, murid-murid tentang pelbagai maklumat berkaitan dadah, rokok, Inhalan, HIV/Aids dan Arak.


Pada minggu lepas, info 5 minit menyentuh semula tentang bahaya Inhalan seperti gam basikal, petrol, ubat nyamuk, diesel dan sebagainya. Memandangkan bahan inhalan merupakan bahan yang mudah didapati di kedai dan pasaraya.

Inhalan memberikan keseronokan kepada para penagihnya dengan khayalan yang memudaratkan tubuh badan serta mental penghidunya. Info 5 minit yang disampaikan oleh Adik Jagdis Singh A/L Kalwant Singh dari Kelas 5B adalah seperti berikut:

Jenis-Jenis Inhalan: Gam, ubat nyamuk, minyak petrol, thinner, cecair pemetik api, spray rambut, krim pencuci dan 'marker pen'.

Cara Pengambilan: dihidu melalui hidung.

Tanda Pengambilan: bertindak ke atas sistem saraf pusat, khayal, halusinasi.

Kesan Pengambilan Jangka Pendek: loya, bersin, hidung berdarah, letih tidak bertenaga, hilang selera makan, tubuh menggeletar.



Kesan Jangka Panjang:susut berat badan, pendarahan otak, hepatitis B, sistem saraf tunjang rosak, gangguan paru-paru dan saluran pernafasan dan akhirnya mati.

Bahan Asas: Hydrocarbon, Nitrous Oxide.







Oleh itu, Janganlah kita mencuba sesuatu yang pasti sia-sia dan memudaratkan kita, keluarga, masyarakat dan negara.



No comments:

There was an error in this gadget

Universal Converter