Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Monday, October 12, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI Deepavali PERINGKAT SEKOLAH 2009


Pada 10 Oktober 2009, Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Deepavali Pringkat Sekolah diadakan. Ia bermula pada pukul 10.45 pagi hingga 1.05 petang. Antara aktiviti dijalankan ialah
Jamuan utama Bihun Sup Istimewa untuk semua warga SKTD. Cikgu Basri Bin Abdullah mengetuai penyediaan bihun sup dengan dibantu jawatankuasa yang dilantik membantu beliau. Selain itu, kuih atau biskut raya pelbagai jenis yang dibawa oleh guru dan murid SKTD untuk dikongsi bersama-sama.





Seterusnya, aktiviti menyanyikan lagu-lagu raya mengikut kelas dan sebagainya. Semua warga SKTD memakai baju raya Aidilfitri, Cina dan Deepavali. Suasana sungguh meriah walaupun sederhana. Semua murid dari pelbilang bangsa memakai baju berwarna-warni turut sama-sama meraikan dengan semangat kekeluargaan.



Jamuan untuk guru juga diadakan selepas majlis bersama murid-murid, iaitu selepas tamat sesi persekolahan hari tersebut. Kerjasama di kalangan guru dan murid amat baik bagi melancarkan program ini. Tahniah buat semua.



No comments: