Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Thursday, October 22, 2009

SKTD TERBILANG!


Satu kejayaan yang cukup manis bagi tahun ini. Bilik Sumber PPDa SK Tasek Dermawan telah berjaya memenangi Tempat Ketiga bagi Anugerah Pengurusan Bilik Sumber Dan Sudut/Lorong Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan 2009
yang berlangsung pada 20 Oktober 2009 di Hotel Tropical Inn, Johor Baharu, Johor Darul Takzim pada sebelah malam.



Anugerah disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Haili Bin Dolhan, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan). Anugerah diterima oleh En. Shamshulbahri Bin Ghazali, PK Pentadbiran SKTD mewakili Guru Besar dan sekolah.





Harapan warga SKTD ialah mendapat johan. Walaubagaimana pun, warga SKTD tetap bersyukur dengan kejayaan yang dicapai, memandangkan semua sekolah rendah dari seluruh Malaysia yang bertanding hebat-hebat belaka.



Selain itu, program lain turut dijalankan bermula 19 Oktober sehingga 20 Oktober 2009 iaitu Majlis Alumni Sahabat PPDa-Petronas yang mencakupi aktiviti taklimat, lawatan dan ceramah untuk para peserta iaitu murid-murid sekolah rendah dan menengah yang mewakili sekolah masing-masing ke peringkat kebangsaan.

Jagdis Singh Sidhu a/l Kalwant Singh dari Tahun 5 Berlian telah dipilih oleh pihak sekolah kerana merupakan seorang pengawas PPDa yang paling berkaliber dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak JPN Perak dalam pemilihan peserta yang mewakili Perak. Adik Jagdis seorang pengawas PPDa yang banyak membantu sekolah tanpa mengira waktu, penat lelah dan mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan Bilik Sumber PPDa SKTD. Tahniah kerana berjaya dipilih mewakili Perak.

Semoga kejayaan ini akan menjadi perangsang kepada warga SKTD untuk mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang. Tahniah diucapkan kepada Pn. Hjh. Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD yang memainkan peranan penting menyokong dan turut sama-sama membantu menjayakan program PPDa.

Begitu juga kepada semua guru dan murid, khasnya para Pengawas PPDa, Jawatankuasa PIBG yang turut sama merealisasikan kejayaan ini. Tidak lupa kepada PPD Kinta Utara, terutamanya Unit PPDa iaitu. En. Mohamad Rashid B. Din dan pihak JPN Perak iaitu En. Mohamad Hazawawi B. Yusof , Pn. Wiza Rozahrin Bt. Mohd. Radzi, yang merupakan Penolong Pengarah Unit PPDa, En. Zailan B. Zainuddin, JPN Perak. Tidak lupa juga teristimewa kepada En. Said B. Manap, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta. Terima kasih dan penghargaan buat semua.




No comments: