Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Sunday, October 18, 2009

MINGGU KESIHATAN 2009

Pelancaran Minggu Kesihatan telah dilancarkan Pn. Hjh Kamariah Bt. Mohamad, Guru Besar SKTD pada 12 Oktober, hari Isnin. Tujuannya, untuk mendedahkan warga SKTD tentang kepentingan penjagaan kesihatan.

Selain itu, ia turut menekankan tentang Konsep Gaya Hidup Sihat terutamanya, mengambil pemakanan yang seimbang, mengelak stres, budaya bersenam, menjauhi penyalahgunaan dadah, tabiat merokok, meminum arak dan melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan terjerumus kepada penagihan Inhalan dan punca mendapat penyakit HIV/Aids.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah, Info 5 Minit setiap hari sehingga 15 Oktober 2009, Ceramah Kesihatan, Kuiz Kesihatan dan Melukis Poster Gaya Hidup Sihat. Bagi Ceramah Kesihatan disampaikan oelh Jururawat dari Klinik Kesihatan Chemor. Pelbagai maklumat kesihatan disampaikan kepada warga SKTD sempena Minggu Kesihatan SKTD 2009 yang telah dijalankan.


2 Orang Penolong Kanan Pentadbiran di SKTD.

Pada minggu tersebut, sekolah telah dilawati selama seminggu bermula 12 Oktober 2009 oleh dua orang Penolong Kanan Pentadbiran iaitu:

1. En. Hishamuddin Bin Darus dari SK. Jati, Ipoh dan,
2. Pn. Hjh. Salmah Bt. Osman dari SK Manjoi 2, Ipoh.

Tujuan JPN Perak menghantar mereka ke SKTD, untuk melihat sendiri perjalanan SKTD dari segi aspek pengurusan sekolah, pengurusan pengajaran dan pembelajaran, kekuatan, kelebihan dan kelemahan(jika ada) untuk dibentangkan di JPN Perak. Selain itu, pengalaman yang dikutip boleh dijadikan ikhtibar dan pengalaman berguna di sekolah mereka.

Mereka telah didedahkan tentang itu semua, dan telah dibawa melawat ikon SKTD terutamanya, Bilik Sumber PPDa.


No comments: