Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, August 18, 2009

INFO H1N1


Perhimpunan pagi hari ini menyentuh tentang virus selesema H1N1 atau selesema babi, yang merujuk kepada langkah-langkah pencegahan daripada merebaknya wabak yang cukup berbahaya pada kali ini.


Menurut statistik semalam sebanyak 384 kes virus H1N1 kes baru dikesan dengan korban keseluruhan setakat ini, seramai 64 orang. Ini menjadikan jumlah kes bagi seluruh Malaysia meningkat kepada 4,225 kes dengan seramai 184 pesakit menerima rawatan di wad hospital dengan 33 orang pula di unit rawatan rapi (ICU).
Peningkatan jumlah pesakit H1N1 secara mendadak baru-baru ini memerlukan semua warga SKTD mengambil langkah pencegahan atau berjaga-jaga, dan segera mendapatkan rawatan sekiranya terdapat tanda-tanda penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk.
Walaupun kes wabak H1N1 tiada di SKTD, diharapkan kita sentiasa menjaga kebersihan, memakai topeng mulut dan hidung serta menjauhi tempat-tempat ramai orang. Info H1N1 yang disampaikan oleh Cikgu Nor Azlan Shah B. Mohd. Redhun pagi tadi menekankan tentang perkara tersebut.
Didoakan agar musibah yang membawa maut ini tidak melanda kita semua.


No comments: