Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, September 15, 2009

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Assalamualaikum wbr...

Dalam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Tidak lewat untuk kita renung balik antara amalan-amalan yang kita telah lakukan atau akan dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelang tidak lama lagi. Ibadat yang kita lakukan pada masa terluang memberikan amalan berlipat kali ganda sempena bulan mulia ini.

Antaranya, ialah solat sunat terawih yang dilakukan oleh seluruh umat Islam hanya pada bulan Ramadhan, yang Allah SWT kurniakan pelbagai keistimewaan dan keberkatan padanya untuk umat Islam yang mengerjakan dengan ikhlas dan sabar.


Berkaitan fadhilat solat terawih setiap malam, iaitu dari malam pertama hingga malam ke-30 yang dinyatakan adalah didakwa hadis rekaan.

Walaupun begitu memang terdapat beberapa hadis sahih yang menyentuh tentang ganjaran nya, tetapi tiada hadis yang menyentuh terus dari ganjaran malam pertama hingga malam ke 30. Antara hadis sahih yang menyentuh tentang ganjaran solat sunat terawih seperti yang dinyatakan oleh Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor(1998).
"Dari Said Musayyap, Rasulullah bersabda: sesiapa beribadat (solat terawih) dalam bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni dosa-dosa yang terdahulu, hadis riwayat al-Nasa'i.

"Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: sesiapa yang menghayati (beribadat) malam lailatulkadar dengan iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni semua dosanya, hadis riwayat al-Nasa'i."
Sumber: Petikan dari Berita Harian, Khamis 31 Disember 1998 12 Ramadan 1419, dibawah tajuk berita "Fadilat tarawih didakwa hadis rekaan"






No comments: