Total Pengunjung (bermula 24 Oktober 2010)

Tuesday, May 11, 2010

INFO 5 MINIT(SIRI 5):STIMULAN

INFO 5 MINIT pada kali ini menyentuh tentang STIMULAN yang merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Jenis-jenis Stimulan ialah:




1. AMFETAMIN: Stimulan sintetik buatan manusia. Dadah perangsang jenis ini seperti methamphetamine (ice/syabu) dan 'methylenedioxy methamphetamine' adalah sangat berbahaya. Cara disalahgunakan dengan menelan,menyuntik,menghisap dan menyedut.

2. METHAMPHETAMINE: 'Methamphetamine hydrochloride' berbentuk kaca pecah dan adakalanya berbentuk tawas. Contoh dadah jenis ini seperti syabu dan yaba atau 'ice'. Cara disalahgunakan ialah menghisap dan menyedut.


3. KOKAIN: Merupakan serbuk putih daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Banyak disalhgunakan di Negara Amerika dan Eropah. Kokain 'Freebase' adalah bes kokain bebas daripada segala campuran dan dihisap dengan menggunakan paip khas. Kokain 'Crack' pula campuran dengan serbuk penaik berbentuk 'granules'. Ia sangat berbahaya kerana menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

4. MDMA: 'Methylenedioxy-methamphetamine'(MDMA) merupakan analog meskaln dan amfetamin. Ia digelar 'feel good drug' dan meningkatkan daya tahan pengguna. Pil ini berbentuk ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda dengan ditelan. Ia juga digelar 'ecstacy atau 'XTC'.

SUMBER BAHAN: AADK

No comments: