Majlis dimulakan dengan kehadiran tetamu VIP dan jemputan lain. Selepas itu, semua tetamu yang hadir dipelawa untuk Jamuan VIP. Pada pukul 11.00 pagi, acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Diikuti bacaan doa oleh Ustaz Kamal Ismady Bin Yusof.
Seterusnya, ucapan wakil murid yang disampaikan oleh Adik Aisah Binti Mohamad, 6 Zamrud. Selepas itu, Cikgu Shamshulbahri Bin Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan ucapan. Dr. Yahya Bin Osman, YDP PIBG turut sama berucap, sebagai mewakili ibu bapa SKTD.
Tibalah masa individu yang diraikan iaitu, Puan Hajah Kamariah Binti Mohamad, Guru Besar SKTD yang kelima menyampaikan ucapan perpisahan yang merangkumi pengalaman, panduan serta nasihat kepada semua hadirin yang ada. Sebelum itu, tayangan 'slide show' biografi beliau ditayangkan. Kejutan buat beliau dan seluruh warga SKTD apabila didudukkan di buaian gantung, simbolik penghargaan warga SKTD atas khidmat beliau di sekolah. Suasana kelihatan sayu ketika itu... Tuan Haji Mohd. Radzi Bin Abdul Jabar, Pengarah JPN Perak turut menyerikan majlis ini dengan menyampaikan ucapan penghargaan atas jasa yang pernah Bonda Hjh. Kamariah Bt. Mohamad curahkan selama 31 tahun berkhidmat sebagai seorang guru.

Seterusnya penyampaian hadiah penghargaan daripada warga SKTD, wakil MGB dan barisan guru besar yang hadir.

Sayonara-sayonara,
Sampai berjumpa lagi (2X),
Ingat-ingat itu, 'remember',
Jangan lupa itu, 'don't forget',
Kami sayang kamu,
'We love you',
Hanya engkau,
'Only you'.
(Lagu sayonara)
Nota: Sila ke 'Facebook' SKtasekdermawan Ipoh Perak untuk melihat gambar-gambar semasa Majlis Jasamu dikenang.
No comments:
Post a Comment