Aktiviti dimulakan dengan perbincangan serta mesyuarat secara terperinci program utama dan sampingan yang dirancang sepanjang tahun. Menyelaras struktur organisasi, penyampaian maklumat dan pelarasan jadual waktu penggunaan Bilik Sumber PPDa.
Seterusnya, aktiviti info 5 Minit Anti Dadah dijalankan pada setiap rabu pada perhimpunan pagi oleh guru bertugas,atau pengawas PPDa yang ditugaskan. Tidak dapat dijalankan sekiranya terdapat aktiviti lain yang dijalankan atau melewati waktu perhimpunan.
Aktiviti Program Sifar Dadah dijalankan mengikut silibus PROSIDAR, Tahap 2, sewaktu PSK dan Tahap 1, waktu PJPK mengikut penentuan guru mata pelajaran di Bilik Sumber PPDa. Aktiviti mengemaskini bahan pameran dijalankan sepanjang bulan Februari dan berkala sepanjang tahun mengikut kesesuaian waktu.
Begitu juga laporan Laman Blog dijalankan sepanjang tahun yang menyalurkan pelbagai info berkaitan aktiviti pendidikan pencegahan dadah dan aktiviti sekolah sepanjang tahun. Alamat laman blog ialah www.ppdasktd.blogspot.com.

Bilik Sumber PPDa juga dilawati pihak luar,Pihak luar yang datang melawat Bilik Sumber PPDa daripada pelbagai agensi seperti JPN Perak, PPD Kinta Utara, dan sebagainya.
Akhir sekali aktiviti pendokumentasian dan pealporan aktiviti berkaitan sepanjang tahun yang dijalankan oleh Pn. Norhuda(Fail) dan Encik Ahmad Faizal(Laman Blog) bagi menyimpan,mengemaskini serta merekodkan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2010.
Diharapkan pada tahun mendatang, aktiviti Bilik Sumber PPDa akan lebih mantap dan berkesan bagi mencapai sasaran Sekolah Bebas Dadah 2012. Diucapkan berbanyak terima kasih serta penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah, terutamanya Pn. Hjh Rafiah Bt. Abdul Razak, Guru Besar SKTD yang banyak memberi sokongan moral dan material. Begitu juga para guru dan seterusnya warga SKTD keseluruhannya, khasnya murid-murid SKTD yang merupakan kumpulan sasaran bagi aktiviti yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment