Pada hari berlangsungnya program Larian Serentak 1Murid 1Sukan pada 2 Julai, beberapa program sampingan dijalankan. Seusai larian serentak seluruh Malaysia, program diteruskan dengan Pertandingan Futsal Antara Kelas Tahap 2 bagi murid lelaki dan Pertandingan Bola Jaring Antara Kelas Tahap 2 bagi murid perempuan. Sementara itu, murid Tahap 1 dibawa ke Bilik Muzik untuk menonton tayangan video yang berkaitan dengan sukan seperti "Anak-anak Sidek" dan Upin dan Ipin Piala Dunia".
Guru-guru wanita pula turut mengadakan perlawanan persahabatan antara dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Kumpulan A terdiri daripada Puan Che Aishah, Ustazah Ain, Puan Nirmal, Puan Saniah dan Puan Asmawati. Manakala kumpulan B dianggotai oleh Puan Hajah Rafiah (Guru Besar), Miss Lee (PK KoKo), Puan Meenachi, Ustazah Aqmal dan Puan Menaga. Perlawanan lima pemain ini dimenangi oleh Kumpulan B iaitu kumpulan 'guru besar and the gang'. Memang hebat!.
Pada jam 12.00 tengah hari acara diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan futsal dan bola jaring. Pemenang pertandingan bola jaring ialah 6 Zamrud, 5 Zamrud dan 4 Zamrud. Manakala pemenang pertandingan futsal ialah 6 Berlian, 5 Berlian dan 4 Delima. Program selesai jam 12.45 tengah hari.
Larian serentak seluruh Malaysia.. |
Antara staf SKTD yang turut menyertai larian |
Puan Hajah Rafiah, guru besar SKTD turut menyertai murid-murid berlari |
Antara guru-guru dan 'mr.polis' yang bertugas |
peserta larian yang terakhir, akhirnya sampai jugak, siap tersenyum lagi.. |
Guru-guru yang bertugas mengedarkan makanan murid |
Guru-guru di gerai minuman dan makanan... |
cikgu Azhar tunjuk skil... |
Kata depa ni la pakar buat roti john.....ya la kot..... tengok gaya dah ada dah tu |
berhimpun sebelum memulakan pertandingan futsal dan bola jaring |
Murid Tahap 1 sedang menonton tayangan video |
pertandingan futsal antara kelas |
Pertandingan bola jaring antara kelas.. |
uii..hebat..... |
tak boleh main dua orang je ye...kena pass bola tu... |
siap landing lagi..Ustazah Ain dengan guru besar... |
penyampaian hadiah kepada para pemenang |
No comments:
Post a Comment