Sempena peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung pada 13 September sehingga 15 September 2011, satu program telah diadakan oleh pihak SKTD khas untuk calon-calon UPSR tahun 2011. Majlis dinamakan Majlis Restu Waris Tahun 6 dilangsungkan di Dewan Seri Dermawan. Dirasmikan oleh Penyelia Pengurusan GPI (Rendah), Jabatan Pelajaran Perak, Tuan Haji Shamsul Ariffin bin Mohamad Shith, program ini sedikit sebanyak menyuntik motivasi tambahan untuk anak-anak SKTD menjalani peperiksaan UPSR minggu hadapan.
Malam sebelumnya, program Bacaan Yassin Perdana telah dianjurkan oleh PIBG SKTD dan dilangsungkan di Masjid AsSyakirin, Kampung Tersusun Tasek.
Selepas berakhir ucapan guru besar dan perasmi, majlis diteruskan dengan salam mohon restu anak-anak SKTD dengan ibu bapa yang dijemput khas hadir pada hari ini. Begitu juga dengan guru-guru turut memberikan restu kepada anak-anak ini dan mendoakan yang terbaik bagi mereka. Semoga anak-anak SKTD mencapai kejayaan yang diidam-idamkan selama ini. Kepada pembaca blog, mohon bersama-sama mendoakan mereka, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment